Nasib Akhir Iblis di Hari Kiamat

iblis

Nasib Akhir Iblis di Hari Kiamat

Iblis, makhluk yang dikenal dalam Islam sebagai pembangkang pertama terhadap perintah Allah, memainkan peranan besar dalam perjalanan hidup manusia. Sejak penolakannya untuk sujud kepada Nabi Adam a.s., Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Namun, apakah nasib akhirnya? Dalam artikel ini, kita akan membincangkan nasib Iblis di akhirat berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an, hadis, dan pandangan ulama.

Janji Iblis dan Tugasnya di Dunia

Setelah diusir dari syurga kerana kesombongan dan keangkuhannya, Iblis memohon kepada Allah untuk diberi tangguh hingga hari kiamat:

"Wahai Tuhanku! Berilah aku penangguhan sehingga hari mereka dibangkitkan." (Surah Al-Hijr: 36)

Allah mengabulkan permintaannya, tetapi dengan syarat:

"Sesungguhnya engkau termasuk dalam golongan yang diberi tangguh hingga waktu yang telah ditentukan." (Surah Al-Hijr: 37-38)

Iblis kemudian bersumpah untuk menyesatkan manusia kecuali mereka yang benar-benar ikhlas dalam keimanan:

"Aku pasti akan mendatangi mereka dari depan, belakang, kanan, dan kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (Surah Al-A’raf: 17)

Peranan Iblis Menjelang Kiamat

Pada hari kiamat, peranan Iblis sebagai penggoda manusia akan mencapai puncaknya. Dalam Surah Ibrahim, Allah menggambarkan bagaimana Iblis akan berbicara kepada para pengikutnya yang telah tersesat:

"Dan berkatalah syaitan ketika perkara (hisab) telah diselesaikan: 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu janji yang benar, dan aku (juga) telah menjanjikan kepada kamu, tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadap kamu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi aku. Oleh sebab itu janganlah kamu mencela aku tetapi celalah diri kamu sendiri.'" (Surah Ibrahim: 22)

Ini menunjukkan bahawa pada hari kiamat, Iblis akan berlepas diri daripada tanggungjawab terhadap dosa-dosa manusia. Dia akan mengakui bahawa tiada paksaan yang dilakukannya; manusia tersesat kerana mengikuti rayuannya secara sukarela.

Hukuman Iblis di Akhirat

Nasib Iblis di akhirat telah dijelaskan dengan jelas dalam beberapa ayat Al-Qur’an. Dia akan dihumban ke dalam neraka bersama-sama dengan semua pengikutnya:

"(Allah berfirman): 'Pergilah! Barang siapa di antara mereka yang mengikuti engkau, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.'" (Surah Al-Isra: 63)

Neraka Jahannam akan menjadi tempat tinggal kekal bagi Iblis dan para syaitan yang mengikuti jejaknya. Dalam Surah Sad, Allah menegaskan:

"Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan engkau dan dengan orang-orang yang mengikuti engkau di antara mereka semuanya." (Surah Sad: 85)

Ayat ini menunjukkan keadilan Allah yang mutlak. Iblis dan semua pengikutnya akan dihukum setimpal dengan perbuatan mereka.

Kekalahan Total Iblis

Dalam hadis, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa pada hari kiamat, Iblis dan syaitan-syaitan lainnya akan dihukum dengan azab yang sangat pedih. Mereka tidak akan mempunyai jalan keluar, dan kekuasaan mereka yang pernah mereka gunakan untuk menggoda manusia akan lenyap sepenuhnya. Iblis yang dahulu angkuh akhirnya akan tunduk di bawah keadilan Allah.

Menurut riwayat, ketika neraka Jahannam dihidupkan, ia akan menjadi tempat yang penuh dengan siksaan yang tidak terbayangkan. Iblis akan menyesali setiap tindakannya, tetapi penyesalan itu tidak lagi bermakna.

Pengajaran untuk Manusia

Kisah tentang nasib akhir Iblis mengandungi pengajaran yang sangat penting bagi manusia. Antara pengajarannya ialah:

  1. Kesombongan Membawa Kebinasaan
    Kesombongan Iblis kerana merasa lebih baik daripada Adam menjadi sebab utama kehinaannya. Manusia diajarkan untuk menghindari sifat sombong agar tidak mengalami nasib serupa.

  2. Berpegang Teguh pada Iman
    Allah telah berjanji bahawa orang-orang yang ikhlas dan beriman tidak akan terpengaruh dengan tipu daya Iblis. Oleh itu, keimanan dan keikhlasan adalah perisai terbaik bagi manusia.

  3. Keadilan Allah
    Allah tidak pernah berlaku zalim. Setiap makhluk akan menerima balasan sesuai dengan amal perbuatannya, baik atau buruk.

Kesimpulan

Nasib Iblis di hari kiamat adalah bukti keadilan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Iblis, makhluk yang pernah berada di tempat mulia, akhirnya dihukum dengan azab kekal kerana kesombongan dan tindakannya yang menyesatkan. Sebagai manusia, kita harus menjadikan kisah ini sebagai peringatan untuk tetap berada di jalan Allah, menjauhi godaan syaitan, dan menghindari sifat-sifat yang membawa kepada kehancuran. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari tipu daya Iblis dan diberi kekuatan untuk tetap teguh di jalan yang benar. Aamiin.

Rawatan Islam Merawat Gangguan Jin & Syaitan

Rawatan Islam Merawat Gangguan Jin & Syaitan

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Syaitanmu telah membuatmu berasa demikian", tanya Aisyah, "bersamaku ada syaitan?" Jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah, "Adakah bersama semua manusia ada syaitan pendamping (qarin)?", jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah lagi, "Engkau juga ya Rasulullah?", jawab Rasulullah SAW. "Ya, tetapi dengan izin Allah aku terpelihara dari kejahatannya".(Hadis Riwayat Bukhari)

Qarin, atau syaitan pendamping inilah yang berhubungan dengan bomoh, iaitu qarinnya berhubung dengan qarin si pesakit, dari situlah bomoh mengetahui hal-hal yang telah terjadi kepada pesakit. Maka dengan ini, tahulah kita bahawa tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah.

Selain daripada qarin (jin pendampin), satu lagi bentuk gangguan keatas manusia adalah jin kafir yang bernama 'saka'.

'Saka' adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

Kebiasannya seseorang yang ada mendapat gangguan daripada jin saka adalah selalu mendapat gangguan di malam hari dan mengalami mimpi-mimpi ngeri :

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malamselepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.
6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.
7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.
8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).
9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.

Ketika berjaga sering mendapat gangguan seperti :

1. Selalu pening kepala (perubatan moden tidak dapat kesan).
2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering lesu dan malas bekerja.
4. Sentiasa sakit di tulang belakang.
5. Lenguh-lenguh sendi.
6. Terasa sesuatu berjalan didalam badan.
7. Mudah marah dan panas baran.
8. Cepat mengantuk (terutama mendengar ayat-ayat al-Quran dan tazkirah)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

Sahabat yang dimuliakan,

Cara yang berkesan untuk melawan gangguan jin-jin kafir atau syaitan adalah dengan kita kuatkan semangat ,berfikiran positif semasa berubat dan yakin janji-janji Allah SWT bahawa syaitan adalah makhluk yang lemah.. Lidah sentiasa berzikir dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang terkutuk

Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah: 

1) Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena. 
2) Rasa takut yang tidak diketahui puncanya. 
3) Terlalu sukar untuk bangun solat. 
4) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.
5) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.

Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.

Terdapat beberapa kaedah perubatan Rasulullah SAW yang dijalankan :

Di antara cara Nabi SAW bagi mengubati gangguan jin dan syaitan adalah seperti berikut :-

1) Membaca surah Al-Baqarah ke telinga si pesakit. Baringkan si pesakit dan bacakan surah Al-Baqarah di telinganya, kerana syaitan sangat takut kepada surah Al-Baqarah. 

Sabda Nabi SAW di dalam musnad Ahmad Hanbal yang bermaksud, "Janganlah jadikan rumah kamu sunyi seperti kuburan. Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan".

2) Membacakan surah Al-Falaq dan An-Naas, dan menyuruh pesakit mengamalkannya, seperti mana kita lihat di dalam hadis di atas.

3) Membaca "a'uzu bikalimaatillah at-taammah, min syarrima khalaq", iaitu "Aku berlindung dengan kalam Allah, daripada kejahatan yang Dia ciptakan". 

Ini merupakan amalan yang diajarkan kepada Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Juga dari amalan sunnah banyak membaca "A'uzubillahi minas syaitaanir rajiim".

4) Membacakan Ayat Kursi sebelum tidur. Kata syaitan sendiri kepada Abu Hurairah ra, "Sesiapa yang membacakan Ayat Kursi setiap kali sebelum tidur, maka dia tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi", dan amalan ini disahihkan oleh Rasulullah SAW.

5) Membacakan jampi Jibrail as ke atas pesakit, iaitu "Bismillahi arkiq, min kulli syai'in yukziq, wa min kulli sharrin haasid, Allahu yushfiq, bismillahi arkiq",

Bermaksud, "Dengan nama Allah aku jampikan engkau, dari segala apa yang mengganggu dirimu, dan dari segala kejahatan orang yang dengki, Allah lah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku jampikan engkau".

Jampi ini dibacakan Jibrail as ketika Nabi terkena sihir, dan Rasulullah SAW sembuh setelah sekali bacaan. Jampi ini juga boleh dibacakan ke atas air, dan diberikan kepada pesakit untuk mandi dan minum.

6) Menggunakan daun bidara untuk dijadikan air mandi kepada pesakit, atau diberikan kepada pesakit untuk di hidu. Kaedah ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah. Ini kerana beliau mendapati jin amat alah kepada bau daun bidara. Kaedahnya, ikatkan sedikit daun bidara kepada batu-batu kecil, dan rendamkan di dalam botol berisi air. Ambil sedikit air dari botol dan dicampurkan di dalam air mandian, paling kurang selama seminggu.

7) Mencari punca sihir, sepertimana di dalam hadis, dan menghapuskannya. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengubati sihir.

8) Adapun cara yang terakhir tetapi juga terpenting, adalah si pesakit menyemak semula amalan dan disiplin dirinya menurut Islam. Jikalau ada di dalam hati perasaan hasad, dengki, enggan menutup aurat dan sebagainya, maka perbaikilah segera. Ini kerana syaitan, menurut Imam Ahmad Hanbal adalah seperti anjing yang kelaparan. Jika di tangan kita ada tulang dan daging, berapa kali kita halaupun anjing itu, ia akan datang kembali, kerana kegemarannya ada pada kita. 

Begitu juga syaitan, syirik, hasad dengki dan sebagainya, adalah kegemaran syaitan, maka betapa baik si pengubat atau kaedah yang digunakan, jikalau si pesakit sendiri enggan berubah, maka tidak hairan jikalau gangguan datang semula.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: facebook.com/notes/makmum-sundar

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Sepanjang hidupnya, Nabi Idris as terkenal sangat takwa dan saleh. Hal ini tentu saja membuat setan dan iblis menjadi iri hati. Dikisahkan pada suatu hari Nabi Idris as sedang menjahit baju sambil duduk, sekonyong-konyong tanpa jelas arah datangnya, muncul seorang pria di depan pintu rumahnya dengan memegang telur di genggaman tangannya.

Pria itu adalah Iblis yang sedang menyamar untuk menggoda Nabi Idris a.s. Pria itu pun berkata:

“Ya Nabiyullah, sanggupkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini? Nabi Idris as dengan kepandaiannya sekilas sudah dapat mengetahui bahwa lelaki yang datang itu dan sedang berada di hadapannya adalah iblis laknatullah yang sedang menyamar.

Nabi Idris as berkata, “Kemarilah, dekatlah denganku dan tanyalah yang engkau ingin tanyakan.” Iblis menduga bahwa ia telah mampu menyamar dengan baik dan menipu Nabi Idris a.s. Kemudian iblispun mendekati Nabi Idris a.s dengan perasan senang karena menyangka penyamarannya tidak diketahui oleh Nabi Idris a.s.

Iblis berkata,“Bisakah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” tanya iblis. Nabi Idris a.s pun menjawab dengan penuh keyakinan, “Jangankan memasukkan dunia ke dalam telur sebesar ini, memasukkannya ke dalam lubang jarumku ini pun Tuhanku berkuasa melakukannya”, jawab Nabi Idris as.

Dengan secepat kilat Nabi Idris as langsung menusukkan jarumnya ke mata iblis tersebut dan mengenai matanya. Iblis pun seketika menjerit kesakitan dan sangat terkejut. Tidak menyangka bahwa Nabi Idris a.s ternyata mengetahui penyamaran dan tipu dayanya. Mata iblispun menjadi buta dan seketika langsung lari tunggang langgang hingga menghilang dari pandangan Nabi idris a.s.

Kredit/Sumber: pondokislami.com

Cara-cara Rawatan Nabi SAW Untuk Memulihkan Daripada Gangguan Jin dan Syaitan

Cara-cara Rawatan Nabi SAW Untuk Memulihkan Daripada Gangguan Jin dan Syaitan

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. 

Sahabat yang dirahmati Allah,

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Syaitanmu telah membuatmu berasa demikian", tanya Aisyah, "bersamaku ada syaitan?" Jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah, "Adakah bersama semua manusia ada syaitan pendamping (qarin)?", jawab baginda SAW, "Ya". Tanya Aisyah lagi, "Engkau juga ya Rasulullah?", jawab Rasulullah SAW. "Ya, tetapi dengan izin Allah aku terpelihara dari kejahatannya".(Hadis Riwayat Bukhari)

Qarin, atau syaitan pendamping inilah yang berhubungan dengan bomoh, iaitu qarinnya berhubung dengan qarin si pesakit, dari situlah bomoh mengetahui hal-hal yang telah terjadi kepada pesakit. Maka dengan ini, tahulah kita bahawa tipu daya syaitan itu sebenarnya lemah.

Selain daripada qarin (jin pendampin), satu lagi bentuk gangguan keatas manusia adalah jin kafir yang bernama 'saka'.

'Saka' adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah berkawan dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah kepada anak dan kepada cucu oleh pembela-pembela jin-jin tersebut.

Kebiasannya seseorang yang ada mendapat gangguan daripada jin saka adalah selalu mendapat gangguan di malam hari dan mengalami mimpi-mimpi ngeri :

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.

2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 malam atau 3 dan malamselepas itu sukar untuk tidur.

3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,dan sebagainya.

4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.

5. Mimpi di Kawasan Kotor atau Perkuburan.

6. Mimpi Jatuh tempat tinggi.

7. Mimpi Berjumpa atau melihat Makhluk halus.

8. Mimpi Budak Kecil (Menyusukan bayi bagi wanita).

9. Mimpi di ancam benda tajam seperti pisau,paku dan sebagainya.

Ketika berjaga sering mendapat gangguan seperti :

1. Selalu pening kepala (perubatan moden tidak dapat kesan).

2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.

3. Sering lesu dan malas bekerja.

4. Sentiasa sakit di tulang belakang.

5. Lenguh-lenguh sendi.

6. Terasa sesuatu berjalan didalam badan.

7. Mudah marah dan panas baran.

8. Cepat mengantuk (terutama mendengar ayat-ayat al-Quran dan tazkirah)

9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan

10. Bila memejamkan mata, bulu mata berkedip-kedip.

Sahabat yang dimuliakan,

Cara yang berkesan untuk melawan gangguan jin-jin kafir atau syaitan adalah dengan kita kuatkan semangat ,berfikiran positif semasa berubat dan yakin janji-janji Allah SWT bahawa syaitan adalah makhluk yang lemah.. Lidah sentiasa berzikir dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang terkutuk.

Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan adalah: 

1) Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena. 

2) Rasa takut yang tidak diketahui puncanya. 

3) Terlalu sukar untuk bangun solat. 

4) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.

5) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.

Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.

Terdapat beberapa kaedah perubatan Rasulullah SAW yang dijalankan :

Di antara cara Nabi SAW bagi mengubati gangguan jin dan syaitan adalah seperti berikut :-

1) Membaca surah Al-Baqarah ke telinga si pesakit. Baringkan si pesakit dan bacakan surah Al-Baqarah di telinganya, kerana syaitan sangat takut kepada surah Al-Baqarah. 

Sabda Nabi SAW di dalam musnad Ahmad Hanbal yang bermaksud, "Janganlah jadikan rumah kamu sunyi seperti kuburan. Rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan".

2) Membacakan surah Al-Falaq dan An-Naas, dan menyuruh pesakit mengamalkannya, seperti mana kita lihat di dalam hadis di atas.

3) Membaca "a'uzu bikalimaatillah at-taammah, min syarrima khalaq", iaitu "Aku berlindung dengan kalam Allah, daripada kejahatan yang Dia ciptakan". 

Ini merupakan amalan yang diajarkan kepada Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Juga dari amalan sunnah banyak membaca "A'uzubillahi minas syaitaanir rajiim".

4) Membacakan Ayat Kursi sebelum tidur. Kata syaitan sendiri kepada Abu Hurairah ra, "Sesiapa yang membacakan Ayat Kursi setiap kali sebelum tidur, maka dia tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi", dan amalan ini disahihkan oleh Rasulullah SAW.

5) Membacakan jampi Jibrail as ke atas pesakit, iaitu "Bismillahi arkiq, min kulli syai'in yukziq, wa min kulli sharrin haasid, Allahu yushfiq, bismillahi arkiq",

Bermaksud, "Dengan nama Allah aku jampikan engkau, dari segala apa yang mengganggu dirimu, dan dari segala kejahatan orang yang dengki, Allah lah yang menyembuhkan kamu, dengan nama Allah aku jampikan engkau".

Jampi ini dibacakan Jibrail as ketika Nabi terkena sihir, dan Rasulullah SAW sembuh setelah sekali bacaan. Jampi ini juga boleh dibacakan ke atas air, dan diberikan kepada pesakit untuk mandi dan minum.

6) Menggunakan daun bidara untuk dijadikan air mandi kepada pesakit, atau diberikan kepada pesakit untuk di hidu. Kaedah ini dipelopori oleh Ibnu Taimiyah. Ini kerana beliau mendapati jin amat alah kepada bau daun bidara. Kaedahnya, ikatkan sedikit daun bidara kepada batu-batu kecil, dan rendamkan di dalam botol berisi air. Ambil sedikit air dari botol dan dicampurkan di dalam air mandian, paling kurang selama seminggu.

7) Mencari punca sihir, sepertimana di dalam hadis, dan menghapuskannya. Ini merupakan kaedah yang paling berkesan di dalam mengubati sihir.

8) Adapun cara yang terakhir tetapi juga terpenting, adalah si pesakit menyemak semula amalan dan disiplin dirinya menurut Islam. Jikalau ada di dalam hati perasaan hasad, dengki, enggan menutup aurat dan sebagainya, maka perbaikilah segera. Ini kerana syaitan, menurut Imam Ahmad Hanbal adalah seperti anjing yang kelaparan. Jika di tangan kita ada tulang dan daging, berapa kali kita halaupun anjing itu, ia akan datang kembali, kerana kegemarannya ada pada kita. 

Begitu juga syaitan, syirik, hasad dengki dan sebagainya, adalah kegemaran syaitan, maka betapa baik si pengubat atau kaedah yang digunakan, jikalau si pesakit sendiri enggan berubah, maka tidak hairan jikalau gangguan datang semula.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita beramal dengan sunah Nabi SAW ketika kita menjalankan rawatan untuk mengubati daripada gangguan jin kafir dan syiatan.

Sesungguhnya tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah SAW, dan tiada sunah yang lebih baik dari sunah Rasulullah SAW. dengan bantuan Al-Quran dan sunah yang sahih, in shaa Allah segala gangguan dapat kita hindari.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: Facebook Ustaz Makmum Sundari

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan
Gambar Hiasan

Bukan tetamu, tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib. Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala, pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita.

Siapakah wanita itu, apa yang dia lakukan di dalam rumah kita? Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini .

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan ?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil, jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan. Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung .

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil , di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya , maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua. Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan, diantaranya adalah;

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh . 

Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini ; 

1. Sawan tangis 
2. Autisme (over hiperaktif) 
3. Nakal dan keras kepala 
4. Malas 

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ; 

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar , yang mungkin berlangsung sampai tengah malam 
2) Kusut fikiran 
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang 
4) Mengigau ketika tidur 
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan 

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan; 

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib 
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering) 

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak; 

1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis 2) Halau dengan bahasa sendiri seperti “wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” 

InsyaAllah dengan izin Allah, 

Ummu Sibyan akan pergi …

Wallahualam..

Syaitan Bersama Saidina Abu Bakar r.a

Syaitan Bersama Saidina Abu Bakar r.a

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedang Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

p/s : begitulah indahnya sabar...hebat kan, moga2 kita semua menjadi seorang yang sentiasa sabar dalam menghadapi kerenah manusia yang berbagai2

Khanaz Anak Syaitan

Anak Syaitan Bernama Khanaz

Di awal Nabi Adam dan Hawa di turunkan ke Bumi., syaitan laknatullah yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, memikirkan bagaimana cara hendak menganggu kacau anak cucu Adam dari patuh dengan suruhan Allah. 

Suatu hari ibu syaitan laknatullah duduk berfikir "macam mana aku hendak kenakan anak cucu Adam"....dan tiba-tiba dia nampak anak dia yang bernama khanaz. lalu di panggilnya "khanaz ....mari sini ikut mak...". 

Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah, tiba-tiba, pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." ibu syaitan laknatullah menjawab "Tolong jagakan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik".

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa muslihat ibu syaitan laknatullah, sedia memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berfikir dan " Ini mesti anak syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...".

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama berfikir "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila ibunya datang biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tiada...".

Keesokkan pagi harinya ibu syaitan laknatullah itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja. "Mana anak aku..."Tanya ibu syaitan pada Hawa. Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan. 

"anak kamu........Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan laknatullah... lalu sudah kami kerat-kerat anak kamu dan kami gantungkan dagingnya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa. 

"Oh...ia ke?..."jawab ibu syaitan laknatullah dengan nada yang tidak risau. Kemudian ibu syaitan laknatullah meneriak memanggil anaknya "Khanazzzzz....!!!" 

Tiba-tiba daging-daging khanaz laknatullah yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz laknatullah kembali dan ibu syaitan laknatullah masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz lakantullah dan dia berpesan akan kembali lagi esok hari nya. 

Apabila Adam pulang dan terlihatlah anak syaitan laknatullah yang bernama khanaz laknatullah itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku. 

"Kita tak boleh biarkan usaha syaitan laknatullah untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak syaitan laknatullah ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut dan ibunya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam. 

Keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan laknatullah ini bertanyakan khanaz laknatullah. ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya ibu syaitan laknatullah. "Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!" jawab Hawa. 

"Oh ia ke? Kata ibu sayitan laknatullah lalu meneriak mamanggil "khanaz laknatullah!!!"...kemudian bercantumlah kembali daging khanaz laknatullah dari abu dan menjadi Khanaz laknatullah kembali. Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz laknatullah. 

Apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumahnya. "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini sajalah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam. 

Keesokan pagi, datanglah lagi ibu syaitan laknatullah bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya ibu syaitan laknatullah.  "anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya ibu syaitan laknatullah. 

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Ia ke...? Lalu ibu syaitan laknatullah memanggil anaknya" khanaz!!!" "ia mak...." jawab khanaz laknatullah dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku..kamu duduk sana , jangan keluar-keluar. Arah ibu syaitan laknatullah pada khanaz laknatullah. 

Itulah cerita dia kawan-kawan...duduklah khanaz laknatullah dalam tubuh badan manusia sehinggá Hari Kiamat.

Tugas Syaitan Khanaz

  • Bila kita makan ia(laknatullah) pun makan, kita minum ia(laknatullah) pun minum. 
  • Apa aktiviti kita buat dia(laknatullah)akan menyertai JIKA KITA TIDAK MEMBACA BISMILLAH. 
  • Bila kita solat dia(laknatullah) akan berusaha supaya kita was-was, itulah mana yang sedang solat, tiba-tiba tidak ingat berapa rakaat sudah disolatkan. 
  • Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyakkan dengan BERISTAGAFAR... 
  • khanaz laknatullah akan belari / bermain dalam darah kita...ubatnya...banyakkan Zikir... 
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari khanaz laknatullah ini. Sabda Rasulullah S.A.W., setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa., sekurang-sekurangnya BISMILLAH dan khanaz laknatullah akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus apabila kita memulakan dengan membaca Bismillah sebelum makan. 

Bagaimana syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.. Surah An Nas jua menceritakan hal syaitan laknatullah bernama khanaz laknatullah yang sentiasa membuat kita merasa was-was. 

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah S.W.T., BISMILLAH. 

Walllahualam....

Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam

Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........

Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” 

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. 

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. 

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'.

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam…

Kisah syaitan laknatullah bernama khanaz laknatullah

Di awal Nabi Adam dan Hawa di turunkan ke Bumi., syaitan laknatullah yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, memikirkan bagaimana cara hendak menganggu kacau anak cucu Adam dari patuh dengan suruhan Allah. 

Suatu hari ibu syaitan lakantullah duduk berfikir "macam mana aku(laknatullah) hendak kenakan anak cucu Adam"....dan tiba-tiba dia(laknatullah) nampak anak dia(laknatullah) yang bernama khanaz(laknatullah). lalu di panggilnya "khanaz(laknatullah)....mari sini ikut mak(laknatullah)...". 

Lalu dia(laknatullah) pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah, tiba-tiba, pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." ibu syaitan laknatullah menjawab "Tolong jagakan anak saya(laknatullah)...nanti saya(laknatullah) akan datang untuk ambil dia(laknatullah) balik".

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa muslihat ibu syaitan laknatullah, sedia memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita(laknatullah) menyuruh kita menjaga anak(laknatullah) ini." Adam berfikir dan " Ini mesti anak syaitan(laknatullah), yang mahu menganggu anak cucu kita...".

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama berfikir "Kita potong-potong dagingnya(laknatullah) sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya(laknatullah) di pokok luar rumah kita...Nanti bila ibunya(laknatullah) datang biar dia(laknatullah) nampak dan tahu anaknya(laknatullah) sudah ttiada...".

Keesokkan pagi harinya ibu syaitan laknatullah itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja. "Mana anak aku(laknatullah)..."Tanya ibu syaitan(laknatullah) pada Hawa. Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan(laknatullah), 

"anak kamu(laknatullah)........Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan laknatullah... lalu sudah kami kerat-kerat anak kamu(laknatullah) dan kami gantungkan dagingnya(laknatullah) di atas pokok luar sana ..."terang Hawa. 

"Oh...ia ke?..."jawab ibu syaitan laknatullah dengan nada yang tidak risau. Kemudian ibu syaitan laknatullah meneriak memanggil anaknya(laknatullah) "Khanazzzzz(laknatullah)....!!!" 

Tiba-tiba daging-daging khanaz laknatullah yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz laknatullah kembali dan ibu syaitan laknatullah masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz lakantullah dan dia(laknatullah) berpesan akan kembali lagi esok hari nya. 

Apabila Adam pulang dan terlihatlah anak syaitan laknatullah yang bernama khanaz laknatullah itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku. 

"Kita tak boleh biarkan usaha syaitan laknatullah untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak syaitan laknatullah ini dan abunya(laknatullah) kita buangkan ke laut, biar abunya(laknatullah) di bawa arus laut dan ibunya(laknatullah) tidak akan dapat mendapatkan anaknya(laknatullah) ini lagi..." terang Adam. 

Keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan laknatullah ini bertanyakan khanaz laknatullah. ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak(laknatullah) aku(laknatullah)?" tanya ibu syaitan laknatullah. "Anak(laknatullah) kamu sudah kami bakar dan abunya(laknatullah) kami buang ke laut!" jawab Hawa. 

"Oh ia ke? Kata ibu sayitan laknatullah lalu meneriak mamanggil "khanaz laknatullah!!!"...kemudian bercantumlah kembali daging khanaz laknatullah dari abu dan menjadi Khanaz laknatullah kembali. Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz laknatullah. 

Apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumahnya 
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. 
"Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini sajalah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam. 

Keesokan pagi, datanglah lagi ibu syaitan laknatullah bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku(laknatullah)" tanya ibu syaitan laknatullah. 
"anak(laknatullah) kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak 
kamu(laknatullah).."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya ibu syaitan laknatullah. 

"Anak kamu(laknatullah) telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. 
"Ia ke...? Lalu ibu syaitan laknatullah memanggil anaknya ½ "khanaz(laknatullah)!!!" "ia mak(laknatullah)...." jawab khanaz laknatullah dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku(laknatullah)..kamu(laknatullah) duduk sana , jangan keluar-keluar. Arah ibu syaitan laknatullah pada khanaz laknatullah. 

Itulah cerita dia(laknatullah) kawan-kawan...duduklah khanaz laknatullah dalam tubuh badan manusia sehinggá Hari Kiamat., syaitan khanaz(laknatullah) tugasnya:

- Bila kita makan ia(laknatullah) pun makan, kita minum ia(laknatullah) pun minum. 
Apa aktiviti kita buat dia(laknatullah)akan menyertai JIKA KITA TIDAK MEMBACA 
BISMILLAH. 

- Bila kita solat dia(laknatullah) akan berusaha supaya kita was-was, itulah mana yang 
sedang solat, tiba-tiba tidak ingat berapa rakaat sudah disolatkan. 

- Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya 
banyakkan dengan BERISTAGAFAR... 

- khanaz laknatullah akan belari / bermain dalam darah kita...ubatnya...banyakkan 
Zikir... 

Translate

CLOSE