Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk

Gambar: Kamal Ataturk

Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk


Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.
Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.

Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk Yang Penuh Azab

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang.

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Makam Mustafa Kamal Ataturk




Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadap agama Islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

Al Quran yang diarah Mustafa Kamal Ataturk ditulis dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

Patung Kamal Ataturk

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?”

Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”

Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.

Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: detikislam.blogspot.com

Air Wuduk Sayyidah Nafisah Menyembuhkan Penyakit Lumpuh

Makam Sayyidah Nafisah di Kaherah, Mesir

Air Wuduk Sayyidah Nafisah Menyembuhkan Penyakit Lumpuh 

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.

Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.

Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.

Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: "Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam." Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.

Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:

" Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini."

Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.

Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.

Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: mukmin.com.my

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis


Sepanjang hidupnya, Nabi Idris as terkenal sangat takwa dan saleh. Hal ini tentu saja membuat setan dan iblis menjadi iri hati. Dikisahkan pada suatu hari Nabi Idris as sedang menjahit baju sambil duduk, sekonyong-konyong tanpa jelas arah datangnya, muncul seorang pria di depan pintu rumahnya dengan memegang telur di genggaman tangannya.

Pria itu adalah Iblis yang sedang menyamar untuk menggoda Nabi Idris a.s. Pria itu pun berkata:

“Ya Nabiyullah, sanggupkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini? Nabi Idris as dengan kepandaiannya sekilas sudah dapat mengetahui bahwa lelaki yang datang itu dan sedang berada di hadapannya adalah iblis laknatullah yang sedang menyamar.

Nabi Idris as berkata, “Kemarilah, dekatlah denganku dan tanyalah yang engkau ingin tanyakan.” Iblis menduga bahwa ia telah mampu menyamar dengan baik dan menipu Nabi Idris a.s. Kemudian iblispun mendekati Nabi Idris a.s dengan perasan senang karena menyangka penyamarannya tidak diketahui oleh Nabi Idris a.s.

Iblis berkata,“Bisakah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” tanya iblis. Nabi Idris a.s pun menjawab dengan penuh keyakinan, “Jangankan memasukkan dunia ke dalam telur sebesar ini, memasukkannya ke dalam lubang jarumku ini pun Tuhanku berkuasa melakukannya”, jawab Nabi Idris as.

Dengan secepat kilat Nabi Idris as langsung menusukkan jarumnya ke mata iblis tersebut dan mengenai matanya. Iblis pun seketika menjerit kesakitan dan sangat terkejut. Tidak menyangka bahwa Nabi Idris a.s ternyata mengetahui penyamaran dan tipu dayanya. Mata iblispun menjadi buta dan seketika langsung lari tunggang langgang hingga menghilang dari pandangan Nabi idris a.s.

Kredit/Sumber: pondokislami.com

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Najm, ayat 3-4: “Tidaklah apa yang diperkatakan olehnya (Muhammad) berdasarkan hawa nafsu, tetapi (segala ucapannya, perbuatannya) adalah berdasarkan wahyu yang diwahyukan kepadanya,” segala ucapan Rasulullah SAW yang dinilai sahih oleh para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari segi sanad dan matannya adalah daripada wahyu Allah SWT.

Hadith yang menyatakan berkenaan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga terdapat di dalam Kitab Musnad Imam Ahmad ibni Hanbal, Kitab Sunan at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah yang diriwayatkan daripada dua orang sahabat yang juga merupakan dua orang sahabat yang tergolong dalam golongan tersebut iaitu ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA dan Sa’id bin Zaid RA. Lafaz hadith tersebut ialah ucapan Rasulullah SAW: “Abu Bakar (as-Siddiq) di syurga, ‘Umar (bin al-Khattab) di syurga, ‘Uthman (bin ‘Affan) di syurga, ‘Ali (bin Abi Talib) di syurga, Talhah (bin ‘Ubaidillah) di syurga, Zubair (bin al-‘Awwam) di syurga, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf di syurga, Sa’ad bin Abi Waqqas di syurga, Sa’id bin Zaid di syurga dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah di syurga.”

Hadith tersebut dinilai sahih oleh para ulama muhaddithin Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Berikut merupakan 10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga.

1. Abu Bakar as-Siddiq RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Abdullah bin Abi Quhafah ‘Uthman bin ‘Amir bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga kabilah Bani Taym. Kedua-dua susurgalur nenek moyang belah ayah dan ibunya bertemu pada moyang Rasulullah SAW yang bernama Murrah bin Ka’ab. Abu Bakar adalah nama gelarannya yang popular sejak zaman sebelum beliau memeluk Islam lagi. Beliau dua tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau digelar “as-Siddiq” yang bermaksud “orang yang sering membenarkan” kerana beliau adalah salah seorang sahabat yang sentiasa membenarkan segala kata-kata Rasulullah SAW sejak pengutusan baginda sebagai seorang rasul tatkala semua kaum musyrikin Makkah mendustakan kata-kata baginda terutamanya ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Dalam kalangan para sahabat, beliau merupakan orang lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW. Kerjanya adalah berniaga. Beliau bukan sahaja sahabat Rasulullah SAW yang paling akrab, bahkan beliau juga merupakan bapa mertua baginda apabila baginda dikahwinkan dengan puterinya yang bernama ‘Aisyah RA. Seperti bapanya, ‘Aisyah RA juga merupakan sahabat yang paling disukai oleh Rasulullah SAW selain merupakan isteri kesayangan baginda dalam kalangan Ummahatul Mukminin selepas Khadijah RA meninggal dunia.

Abu Bakar as-Siddiq RA sentiasa berkorban jiwa dan harta benda demi kepentingan perjuangan Islam. Beliau menggadai nyawa menemani Rasulullah SAW berhijrah berdua ke Yathrib (Madinah) walaupun mereka berdua menjadi buruan kaum musyrikin Makkah sehingga hampir dijumpai di Gua Thur. Peristiwa tersebut dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an dalam Surah at-Taubah ayat 40. Sewaktu kempen Peperangan Tabuk, beliau telah menginfaqkan kesemua harta bendanya bagi tujuan membiayai ekspedisi ketenteraan tersebut.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, beliau dilantik sebagai khalifah pertama umat Islam atas permuafakatan para sahabat dengan memakai gelaran Khalifatur-Rasul. Ketika zaman pemerintahannya, golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi palsu diperangi habis-habisan terutamanya dalam Peperangan Yamamah. Pada zaman pemerintahannya jugalah, al-Qur’an mula dihimpunkan menjadi satu mushaf.

Tiada seorang sahabat yang beramal ibadat lebih daripada Abu Bakar RA. Dalam satu hadith sahih, diceritakan bahawa ketika para sahabat ditanya oleh Rasulullah SAW pada pagi hari tentang siapa yang sedang berpuasa, siapa yang telah memberi makan orang miskin, siapa yang telah mengiringi jenazah dan siapa yang telah melawat orang sakit pada hari tersebut. Abu Bakar RA mengatakan kepada Rasulullah SAW bahawa beliau telah melakukan semua perkara tersebut pada pagi hari tersebut. Ramai para sahabat memeluk Islam hasil daripada dakwah beliau seperti ‘Uthman bin ‘Affan RA, Talhah bin ‘Ubaidillah RA, Zubair bin al-‘Awwam RA dan Sa’ad bin Abi Waqqas RA. Beliau meninggal dunia selepas dua tahun memerintah sebagai khalifah umat Islam yang pertama.

2. ‘Umar bin al-Khattab RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab daripada keluarga ayahnya kabilah Bani ‘Adi. Susurgalur nenek moyang belah ayahnya bertemu pada Ka’ab bin Luaiy. Ibunya adalah daripada kabilah Bani Makhzum. Usia beliau 13 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Berlainan dengan sifat Abu Bakar as-Siddiq RA yang lemah lembut, ‘Umar RA terkenal dengan sifat tegasnya sehingga terdapat sepotong hadith sahih daripada Rasulullah SAW menyatakan bahawa syaitan sendiri tidak akan melalui jalan yang dilalui oleh ‘Umar RA kerana takut bertembung dengannya. Sebelum memeluk Islam, ‘Umar RA adalah salah seorang penentang keras para sahabat yang memeluk Islam ketika itu. Dengan keislaman ‘Umar dan Hamzah bin ‘Abdul Mutalib RA, kekuatan umat Islam bertambah kuat ketika itu. Selain gelaran Abu Hafs, ‘Umar RA juga terkenal dengan gelaran “al-Faruq” yang bermaksud pemisah antara perkara yang benar dengan yang batil.

‘Umar RA juga merupakan bapa mertua kepada Rasulullah SAW apabila puterinya, Hafsah RA yang menjadi balu setelah kesyahidan suaminya di medan Peperangan Badar, dikahwinkan dengan baginda. Setelah kewafatan Abu Bakar RA, ‘Umar RA dilantik sebagai khalifah kedua atas wasiat Abu Bakar RA dengan memakai gelaran Khalifatul Mukminin. Sepanjang sedekad pemerintahannya, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh umat Islam antaranya ialah pengasasan penggunaan kalender Hijrah, pembukaan Baitulmaqdis, Parsi dan Mesir. Beliau seorang yang kuat beribadat dan begitu zuhud walaupun beliau seorang pemimpin umat Islam yang berkuasa, malah beliau amat mementingkan kebajikan umat Islam dan rakyatnya melebihi kepentingan diri dan keluarganya. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang mengimamkan solat berjemaah.

3. ‘Uthman bin ‘Affan RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abi al-‘As bin Umayyah bin ‘Abdu Syams bin ‘Abdul Manaf daripada keluarga kabilah Bani Umayyah. Susurgalur nenek moyang kedua-dua ibu bapanya bertemu dengan moyang Rasulullah SAW yang bernama ‘Abdul Manaf bin Qusay. Beliau berusia lima tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau terkenal dengan sifat pemalunya sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa malaikat juga malu dengan beliau. ‘Uthman RA mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab dengan Rasulullah SAW kerana beliau dikahwinkan dengan dua orang puteri baginda. Pertama, beliau dikahwinkan dengan Zainab RA. Selepas Zainab RA meninggal dunia, beliau dikahwinkan pula dengan adiknya, Ummu Kalthum RA. Oleh sebab itu, ‘Uthman RA mendapat gelaran “Zunnurayn” (pemilik dua cahaya).

‘Uthman RA dilantik sebagai khalifah ketiga umat Islam selepas kesyahidan ‘Umar RA melalui pemilihan enam orang calon sahabat dalam Majlis Syura. Enam tahun pertama pemerintahannya, wilayah umat Islam berkembang dengan begitu pesat. Penulisan al-Qur’an juga diseragamkan dari segi dialek Quraisy, (dialek asal bahasa Arab al-Qur’an diwahyukan) dan dikenali sebagai Mushaf ‘Uthmani. Sebanyak enam buah salinan al-Qur’an dibuat, lima buah salinan dihantar ke wilayah-wilayah Islam yang lain sementara sebuah mushaf lagi yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam kekal di Madinah, pusat pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Enam tahun kedua pemerintahannya diwarnai dengan kegelapan zaman fitnah, apabila golongan munafiq mula menimbulkan fitnah dan huru-hara sehingga menyebabkan ‘Uthman RA syahid dibunuh oleh puak pemberontak.

4. ‘Ali bin Abi Talib RA

‘Ali RA merupakan sepupu Rasulullah SAW belah ayah kerana ayahnya, Abi Talib merupakan ayah saudara baginda. ‘Ali RA merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dalam kalangan para sahabat. Usia beliau 30 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Sejak kanak-kanak lagi, ‘Ali RA merupakan seorang sahabat yang berani. Ketika peristiwa Hijrah, beliau dengan beraninya menawarkan diri tidur di tempat tidur Rasulullah SAW, menyamar sebagai baginda, ketika kaum musyrikin Makkah menyerbu rumah baginda. Disebabkan sejak kecil lagi beliau tidak mahu mengikuti jejak langkah ayahnya dan keluarganya yang lain menyembah berhala, maka ‘Ali RA digelar “Karramallahu wajhahu” (dimuliakan Allah SWT wajahnya). ‘Ali RA juga amat dikenali sebagai seorang sahabat yang berilmu tinggi sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda umpama ‘bandar ilmu’ dan ‘Ali merupakan ‘pintu masuknya,’ sesiapa yang ingin memasuki ‘bandar’ tersebut perlu melalui ‘pintu masuknya.’

‘Ali dikahwinkan dengan puteri bongsu Rasulullah SAW iaitu Fatimah RA. Melalui perkahwinan tersebut, mereka melahirkan Hasan dan Hussien RA yang merupakan dua orang cucu Rasulullah SAW yang mengembangkan zuriat Ahlul Bayt ke serata dunia. ‘Ali RA dilantik sebagai khalifah keempat umat Islam setelah kesyahidan ‘Uthman RA dalam keadaan fitnah dan huru-hara berleluasa dalam kalangan umat Islam. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang solat di dalam sebuah masjid di Kufah.

5. Talhah bin ‘Ubaidillah RA

Salasilah penuh beliau ialah Talhah bin ‘Ubaidillah bin ‘Uthman bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga belah ayahnya Bani Taym, kabilah yang sama dengan Abu Bakar as-Siddiq RA, bahkan beliau juga adalah menantu kepada Abu Bakar RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Ummu Kalthum RA. Talhah RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau memperjuangkan syi’ar Islam sepenuh hatinya. Ketika Peperangan Uhud, beliau menjadikan badan beliau sendiri sebagai perisai kepada Rasulullah SAW tatkala ramai pejuang musyrikin Makkah menumpukan serangan ke atas baginda kerana tentera Islam dalam keadaan kucar-kacir. Serangan bertubi-tubi tersebut menyebabkan badan beliau penuh dengan luka hirisan pedang-pedang musuh. Rasulullah SAW menggelar Talhah RA sebagai “seorang syahid yang berjalan di muka bumi.”

Talhah RA merupakan salah seorang calon pengganti khalifah yang dicadangkan oleh ‘Umar RA. Ketika ‘Zaman Fitnah’ pada zaman pemerintahan ‘Ali RA, Talhah RA, Zubair RA dan Ummul Mukminin ‘Aisyah RA turut terlibat sama dalam Peperangan Jamal. Zaman tersebut dikenali sebagai ‘Zaman Fitnah’ iaitu suatu zaman dimana khabar angin, kekeliruan dan huru-hara berleluasa apabila golongan munafiq dan pemberontak bercampur dalam kalangan umat Islam ketika itu. Talhah RA syahid terbunuh dalam peperangan tersebut disebabkan panahan sesat sebatang panah beracun.

6. Zubair bin al-‘Awwam RA

Salasilah penuh beliau ialah Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Uzza bin Qusay daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Asad, kabilah yang sama dengan isteri pertama Rasulullah SAW iaitu Khadijah RA, bahkan Zubair RA merupakan anak saudaranya. Zubair RA juga merupakan menantu kepada Abu Bakar as-Siddiq RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Asma’. Anak mereka berdua iaitu ‘Abdullah bin Zubair juga merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW. Zubair RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Zubair RA adalah hawari (sahabat dan pembantu) baginda. Setiap orang nabi mempunyai golongan hawarinya sendiri seperti 12 orang hawari Nabi Isa AS (lihat Surah Ali ‘Imran, ayat 52), dan hawari Rasulullah SAW adalah Zubair RA.

Zubair RA juga merupakan salah seorang calon khalifah selepas kesyahidan ‘Umar RA. Anaknya, ‘Abdullah RA adalah antara sahabat Rasulullah SAW yang terlibat sama menentang golongan pemberontak pada zaman pemerintahan ‘Uthman RA. Ketika zaman pemerintahan ‘Ali RA sebagai khalifah, Zubair RA bersama Ummul Mukminin ‘Aisyah RA dan Talhah RA terlibat sama dalam peperangan saudara iaitu Peperangan Jamal. Zubair RA syahid dibunuh oleh seorang pemberontak dalam peperangan tersebut.

7. ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Abdul Rahman bin ‘Auf bin ‘Abdu ‘Auf bin ‘Abd bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Zuhrah, kabilah yang sama dengan ibu Rasulullah SAW iaitu Aminah. Nama asalnya ialah ‘Abdu ‘Amru (hamba kepada ‘Amru), setelah beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada ‘Abdul Rahman (hamba al-Rahman, salah satu nama Asma’ul Husna Allah SWT). ‘Abdul Rahman RA terkenal sebagai salah seorang sahabat yang kaya-raya disebabkan kepandaian beliau dalam berdagang dan berniaga. Ketika berhijrah ke Yathrib (Madinah), beliau meninggalkan segala harta bendanya demi penghijrahan tersebut. Setelah diberikan bantuan berniaga oleh saudara Ansarnya, maka beliau menjadi peniaga yang kaya-raya semula. Walaupun begitu, beliau seorang yang begitu zuhud dan amat pemurah menginfaqkan hartanya pada jalan Allah.

Selepas kesyahidan ‘Umar RA, ‘Abdul Rahman RA merupakan salah seorang daripada enam orang sahabat yang dicalonkan sebagai pengganti khalifah. Walau bagaimanapun, beliau menolak pencalonan terhadap dirinya dan menawarkan dirinya mempengerusikan Majlis Syura untuk memilih lima orang sahabat yang lain sebagai calon khalifah seterusnya. Hasil daripada mesyuarat tersebut, ‘Abdul Rahman RA membuat keputusan untuk membai’ah ‘Uthman RA sebagai khalifah ketiga umat Islam diikuti oleh para sahabat yang lain. Beliau meninggal dunia ketika zaman pemerintahan ‘Uthman RA.

8. Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’ad bin Abi Waqqas Malik bin Wuhayb bin ‘Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA iaitu Bani Zuhrah. Beliau merupakan salah seorang golongan as-Sabiqun al-Awwalun iaitu antara 40 orang terawal yang memeluk Islam selepas pengutusan Rasulullah SAW walaupun beliau mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri. Beliau berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam kebanyakan peperangan utama dan seorang yang mahir menggunakan senjata memanah. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Sa’ad RA merupakan orang pertama yang memanah untuk berjuang pada jalan Allah.

Sa’ad RA merupakan seorang panglima perang yang bertanggungjawab menawan dan membuka wilayah Parsi dalam Peperangan Qaddisiyyah ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA. Beliau juga termasuk dalam kalangan enam orang calon khalifah yang dicalonkan bagi menggantikan ‘Umar RA yang syahid dibunuh. Beliau antara sahabat yang mengambil sikap berkecuali ketika Zaman Fitnah yang berlaku ketika zaman ‘Ali RA. Dikatakan beliau mengembangkan syi’ar Islam sehingga ke Tanah Besar China dan kuburnya berada di negara China. Sa’ad RA adalah golongan sahabat Muhajirin yang terakhir meninggal dunia iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA. Beliau juga adalah sahabat yang terakhir meninggal dunia dalam kalangan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga.

9. Sa’id bin Zaid RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Umar RA iaitu Bani ‘Adi, bahkan Sa’id RA merupakan adik ipar kepada ‘Umar RA apabila beliau berkahwin dengan adik ‘Umar RA yang bernama Fatimah al-Khattab RA. Bapanya, Zaid bin ‘Amru merupakan salah seorang pengikut ajaran Hanif iaitu ajaran Islam Nabi Ibrahim AS sebelum diselewengkan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu. Zaid bin ‘Amru meninggal dunia sebelum pengutusan Rasulullah SAW. Sa’id RA meninggal dunia ketika zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA.

10. Abu ‘Ubaidah al-Jarrah RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhayb bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihir bin Malik daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Fihir. Beliau termasuk dalam golongan sahabat terawal yang memeluk Islam. Beliau adalah seorang sahabat yang amat dikenali dengan sifat zuhud dan berkeperibadian mulia. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap umat terdapat seorang pemegang amanah dalam kalangan mereka dan Abu ‘Ubaidah RA merupakan pemegang amanah (Amin) dalam kalangan umat baginda.

Semangatnya dalam mempertahankan Rasulullah SAW paling terserlah ketika dalam Peperangan Uhud. Dalam peperangan tersebut, seutas rantai besi tertusuk pada pipi Rasulullah SAW sehingga mulut baginda berdarah. Abu ‘Ubaidah RA lantas memutuskan rantai besi tersebut dengan giginya sehingga patah beberapa giginya. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, beliau merupakan salah seorang panglima perang pasukan tentera Islam.

Ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA, Abu ‘Ubaidah RA adalah salah seorang sahabat yang bertanggungjawab membuka wilayah Syam. Beliau terus menetap di sana dan syahid juga ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA disebabkan jangkitan wabak penyakit yang melanda penduduk Syam ketika itu, walaupun ‘Umar RA telah berusaha memujuk beliau supaya berpindah keluar daripada wilayah tersebut.

Begitulah sedikit latar belakang ringkas berkenaan kesepuluh-sepuluh orang para sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga. Keempat-empat orang Khulafa’ ar-Rasyidin termasuk dalam golongan tersebut. Persoalannya, adakah cuma 10 orang sahabat tersebut sahaja yang dijamin syurga? Bagaimana pula dengan para sahabat yang lain? Sebenarnya kesemua mereka yang termasuk dalam golongan sahabat Rasulullah SAW adalah generasi umat baginda yang terbaik. Terdapat banyak hadith lain daripada ucapan Rasulullah SAW sendiri yang menyatakan beberapa orang sahabat baginda yang lain yang dijamin syurga seperti keluarga Yasir (Yasir bin ‘Ammar RA, Sumayyah binti Khayyat RA dan ‘Abdullah bin Yasir RA) yang syahid diseksa, Ja’afar bin Abi Talib RA (Sayyidul Syuhada’), Bilal bin Rabah RA, ‘Ukasya RA, isteri baginda iaitu Ummul Mukminin Khadijah RA dan puteri baginda Fatimah RA.

Kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut sentiasa bersama-sama baginda dalam keadaan susah dan senang. Mereka sanggup meninggalkan harta benda berhijrah ke Habsyah kemudiannya ke Madinah. Mereka berjuang bersama-sama Rasulullah SAW menentang kaum musyrikin Makkah dan sekutu mereka dalam hampir semua peperangan seperti Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk, Hunain dan Khaibar. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka seperti kuasa, harta kekayaan, keberanian, keilmuan dan kemahiran mereka dalam menegakkan, mengembangkan dan memperjuangkan syi’ar Islam.

Persoalan lain, bagaimana pula reaksi kesepuluh-sepuluh orang para sahabat tersebut setelah mengetahui bahawa diri mereka tergolong dalam kumpulan sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW? Mereka bersifat zuhud, tidak bermegah diri dan sentiasa berusaha menambah amal ibadat mereka. Perkataan Rasulullah SAW adalah daripada wahyu Allah SWT, oleh itu setiap perkataan baginda adalah benar. Sekiranya dengan perkataan baginda yang memberi jaminan bahawa kesepuluh-sepuluh orang sahabat baginda tersebut dimasukkan ke dalam syurga menjadikan mereka bermegah diri, maka perkataan baginda adalah dusta, ini kerana baginda sendiri pernah bersabda bahawa seseorang itu tidak akan memasuki syurga Allah SWT jika di dalam hatinya ada sekelumit perasaan bongkak, takbur, riak, ujub dan sombong. Ini menunjukkan bahawa perkataan Rasulullah SAW itu benar, tiada nas al-Qur’an dan hadith lain yang menafikannya.

Apa yang penting bagi kita ialah mengetahui sejarah kehidupan kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut supaya kita boleh mengambil iktibar, contoh dan tauladan serta motivasi kepada diri kita supaya sentiasa berusaha menggunakan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita untuk menambah dan menjaga amal soleh, ilmu dan amal jariah buat bekalan menuju syurga Allah SWT di akhirat kelak. Insya Allah. Itulah sebenar-benarnya orang-orang yang berjaya.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: thepatriots.asia

Thalhah Bin Ubaidillah Syahid Yang Hidup

Syahid Yang Hidup

Beliau ialah Thalhah bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu bin Usman bin Ka’ab bin Sa’ad, seorang sahabat Quraisy. Merupakan salah seorang daripada 6 (enam) orang sahabat yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar bin Khattab sepeninggalnya, dan juga merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga.

Setelah Khalifah Umar ditikam oleh Abu Luk-luk, ia sempat memyebut 6 orang sahabatnya sebagai calon penerus kekhalifahan, yaitu:

1. Usman Bin Affan rhadiyallaahu 'anhu,
2. Abdul Rahman Bin Auf rhadiyallaahu 'anhu,
3. Ali Bin Abu Talib rhadiyallaahu 'anhu,
4. Thalhah Bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu,
5. Zubair al-Awwam rhadiyallaahu 'anhu dan,
6. Saad Abi Waqqas rhadiyallaahu 'anhu

Beliau selalu aktif di setiap peperangan kecuali Perang Badar. Beliau telah menyertai peperangan Uhud dan menyumbangkan suatu sumbangan yang besar Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.. Beliau telah melindungi Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalam dengan dirinya sendiri dan menahan panah dari terkena baginda dengan tangannya sehingga lumpuh jari-jarinya.

Thalhah Memeluk Islam

Beliau masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq rhadiyallaahu 'anhu. Thalhah adalah seorang pemuda Quraisy, ia memilih profesi sebagai saudagar. Meski masih muda, Thalhah punya kelebihan dalam strategi berdagang, ia cerdik dan pintar, hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua.

Pada suatu ketika Thalhah dan rombongan pergi ke Syam. Di Bushra, Thalhah mengalami peristiwa menarik yang mengubah garis hidupnya. Tiba-tiba seorang pendeta berteriak-teriak, "Wahai para pedagang, adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?" "Ya, aku penduduk Makkah," sahut Thalhah. "Sudah munculkah orang di antara kalian orang bernama Ahmad?" tanyanya. 

"Ahmad yang mana?" Pendeta itu berkata: "Ahmad bin Abdullah. Bulan ini pasti muncul sebagai Nabi penutup para Nabi. Kelak ia akan hijrah dari negerimu ke negeri berbatu-batu hitam yang banyak pohon kurmanya. Ia akan pindah ke negeri yang subur makmur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya wahai anak muda," sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu membekas di hati Thalhah rhadiyallaahu 'anhu hingga tanpa menghiraukan kafilah dagang di pasar ia langsung pulang ke Makkah.

Setibanya di Makkah, ia langsung bertanya kepada keluarganya, "Ada peristiwa apa sepeninggalku?" "Ada Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. ”Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami berteman baik, banyak orang menyukai majelisnya, karena dia ahli sejarah Quraisy," berkata Thalhah rhadiyallaahu 'anhu.

Setelah itu Thalhah langsung mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Abu Bakar rhadiyallaahu 'anhu menceritakan kisah Muhammad Shalallaahu 'Alaihi Wassalam sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya ayat pertama.

Abu Bakar rhadiyallaahu 'anhu mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita, Thalhah ganti bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Abu Bakar tercengang, lalu ia mengajak Thalhah untuk menemui Rasulullaah dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, Thalhah rhadiyallaahu 'anhu langsung mengucapkan dua kalimat syahadat.

Pengorbanan Thalhah kepada Rasulullah

Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abu Bakar rhadiyallaahu 'anhu selalu teringat pada Thalhah rhadiyallaahu 'anhu. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, beliau berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari (70) tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus."

Diceritakan ketika tentara Muslim terdesak mundur dan Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai kesetanan merangsek maju untuk melumat tentara muslim dan Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam, terbayang di pikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. 

Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong dengan sadis. Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan mengkilat, mereka terus mencari Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam, melindungi dengan tubuhnya dengan daya upaya, mereka rela terkena sabetan, tikaman pedang dan anak panah. 

Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah". Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalam adalah Thalhah. Ia berperawakan tinggi kekar. Ia ayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya Beliau dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya ia ayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai laron yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah selamat.

Thalhah memang merupakan salah satu pahlawan dalam barisan tentara perang Uhud. Ia siap berkorban demi membela Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalam. Ia memang patut ditempatkan pada barisan depan karena Allaah menganugrahkan kepada dirinya tubuh kuat dan kekar, keimanan yang teguh dan keikhlasan pada agama Allaah. Akhirnya kaum musyrikin pergi meninggalkan medan perang. Mereka mengira Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam telah tewas. 

Alhamdulillah, Rasulullah selamat walaupun dalam keadaan menderita luka-luka. Beliau dipapah oleh Thalhah rhadiyallaahu 'anhu menaiki bukit yang ada di ujung medan pertempuran. Tangan, tubuh dan kakinya diciumi oleh Thalhah, seraya berkata, "Aku tebus engkau Ya Rasulullah dengan ayah ibuku." Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalam tersenyum dan berkata, "Engkau adalah Thalhah kebajikan." Di hadapan para sahabat Nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalambersabda, "Keharusan bagi Thalhah adalah memperoleh" Yang dimaksud nabi Shalallaahu 'Alaihi Wassalam adalah memperoleh surga. Sejak peristiwa Uhud itulah Thalhah mendapat julukan "Burung elang hari Uhud."

Keteladanan Thalhah Bin Ubaidillah

1. Al-Qarinain atau sepasang sahabat yang mulia

Bagi keluarganya, masuk Islamnya Thalhah rhadiyallaahu 'anhu bagaikan petir di siang bolong. Keluarganya dan orang-orang sesukunya berusaha mengeluarkannya dari Islam. Mulanya dengan bujuk rayu, namun karena pendirian Thalhah sangat kokoh, mereka akhirnya bertindak kasar. Siksaan demi siksaan mulai mendera tubuh anak muda yang santun itu. Sekelompok pemuda menggiringnya dengan tangan terbelenggu di lehernya, orang-orang berlari sambil mendorong, memecut dan memukuli kepalanya, dan ada seorang wanita tua yang terus berteriak mencaci maki Thalhah rhadiyallaahu 'anhu, yaitu ibu Thalhah, Ash-Sha'bah binti Al-Hadramy. Tak hanya itu, pernah seorang lelaki Quraisy, Naufal bin Khuwailid yang menyeret Abu Bakar rhadiyallaahu 'anhu dan Thalhah rhadiyallaahu 'anhu, mengikat keduanya menjadi satu dan mendorong ke algojo hingga darah mengalir dari tubuh sahabat yang mulia ini. Peristiwa ini mengakibatkan Abu Bakar dan Thalhah digelari Al-Qarinain (sepasang sahabat yang mulia).

2. Assyahidul Hayy, atau syahid yang hidup.

Tidak hanya sampai disini saja cobaan dan ujian yang dihadapi Thalhah rhadiyallaahu 'anhu, semua itu tidak membuatnya surut, melainkan makin besar bakti dan perjuangannya dalam menegakkan Islam, hingga banyak gelar dan sebutan yang didapatnya antara lain Assyahidul Hayy (syahid yang hidup). Julukan ini diperolehnya dalam perang Uhud.

Saat itu barisan kaum Muslimin terpecah belah dan kocar-kacir dari sisi Rasulullah. Yang tersisa di dekat beliau hanya 11 orang Anshar dan Thalhah dari Muhajirin. Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke bukit tadi dihadang oleh kaum Musyrikin. "Siapa berani melawan mereka, dia akan menjadi temanku kelak di surga," seru Rasulullah. "Aku Wahai Rasulullah," kata Thalhah. "Tidak, jangan engkau, kau harus berada di tempatmu." "Aku wahai Rasulullah," kata seorang prajurit Anshar. "Ya, majulah," kata Rasulullah.

Lalu prajurit Anshar itu maju melawan prajurit-prajurit kafir. Pertempuran yang tak seimbang mengantarkannya menemui kesyahidan. Rasulullah kembali meminta para sahabat untuk melawan orang-orang kafir dan selalu saja Thalhah mengajukan diri pertama kali. Tapi, senantiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkan untuk tetap ditempat sampai 11 prajurit Anshar gugur menemui syahid dan tinggal Thalhah sendirian bersama Rasulullah, saat itu Rasulullah berkata kepada Thalhah, "Sekarang engkau, wahai Thalhah." Dan majulah Thalhah dengan semangat jihad yang berkobar-kobar menerjang ke arah musuh dan menghalau agar jangan menghampiri Rasulullah.

Lalu Thalhah berusaha menaikkan Rasulullah sendiri ke bukit, kemudian kembali menyerang hingga tak sedikit orang kafir yang tewas. Saat itu Abu Bakar dan Abu Ubaidah bin Jarrah yang berada agak jauh dari Rasulullah telah sampai di dekat Rasulullah. "Tinggalkan aku, bantulah Thalhah, kawan kalian," seru Rasulullah. Keduanya bergegas mencari Thalhah, ketika ditemukan, Thalhah dalam keadaan pingsan, sedangkan badannya berlumuran darah segar. Tak kurang 70 luka bekas tebasan pedang, tusukan lembing dan lemparan panah memenuhi tubuhnya. Pergelangan tangannya putus sebelah. Dikiranya Thalhah sudah gugur, ternyata masih hidup.

Karena itulah gelar syahid yang hidup diberikan Rasulullah. "Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi setelah mengalami kematiannya, maka lihatlah Thalhah," sabda Rasulullah.

Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar rhadiyallaahu 'anhu, maka beliau selalu menyahut, "Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya."

Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu tak kenal henti. Sebuah sejarah besar diukir, sejarah itu bernama "Thalhah bin Ubaidillah."

3. Thalhah Al-Jaud wal Fayyadh - Pribadi yang Pemurah dan Dermawan

Kemurahan dan kedermawanan Thalhah bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu patut kita contoh dan kita teladani. Dalam hidupnya ia mempunyai tujuan utama yaitu bermurah dalam pengorbanan jiwa.

Thalhah merupakan salah seorang dari (8) delapan orang yang pertama masuk Islam, dimana pada saat itu orang bernilai seribu orang. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Janjinya selalu tepat. Ia juga dikenal sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi berkhianat.

Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan.

Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah rhadiyallaahu 'anhu, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang,sandang dan pangannya."

Jaabir bin Abdullah rhadiyallaahu 'anhu bertutur, "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta. Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", " Thalhah kebaikan dan kebajikan".

4. Thalhah Al-Khair (Thalhah yang baik)

Thalhah rhadiyallaahu 'anhu adalah pedagang besar. Pada suatu sore hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700.000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrinya Ummu Kaltsum binti Abu Bakar As-Shiddiq, "Mengapa Anda gelisah, hai Abu Muhammad, Apa kesalahan kami sehingga Anda gelisah?" Jawab Thalhah, "Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada yang terfikir olehku sejak semalam, seperti biasanya pikiran seseorang tertuju kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya.?" 

Jawab isterinya, Ummu Kalthum, "Mengapa Anda begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum Anda banyak yang membutuhkan pertolongan Anda. Besok pagi bagi-bagikan wang itu kepada mereka?" Kata Thalhah, "Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah.? Pagi-pagi, dimasukkannya wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Anshar."

Diceritakanya pula, seorang laki-laki pernah datang kepada Thalhah bin Ubaidillah meminta bantuannya. Hati Thalhah tergugah oleh rasa kasihan terhadap orang itu. Lalu katanya, "Aku mempunyai sebidang tanah pemberian Utsman bin 'Affan kepadaku, seharga tiga ratus ribu. Jika engkau suka, ambillah tanah itu, atau aku beli kepadamu tiga ratus ribu dirham?" Kata orang itu, "Biarlah aku terima uangnya saja." Thalhah memberikan kepadanya uang sejumlah tiga ratus ribu.

Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat pemurah. Pada suatu masa beliau berhutang lima puluh ribu dirham dari Utsman bin Affan rhadiyallaahu 'anhu. Untuk beberapa lama beliau belum dapat membayar hutangnya itu. Suatu hari Thalhah bin Ubaidillah bersama dengan Utsman bin Affan yg sedang berjalan menuju ke Masjid besar Madinah. "Utsman." kata Thalhah bin Ubaidillah, "sekarang saya sudah mempunyai cukup uang untuk membayar hutang saya." "Saya hadiahkan uang itu kepadamu, sebab kau selalu berhutang bagi menanggung keperluan orang-orang lain," Jawab Utsman bin Affan rhadiyallaahu 'anhu.

Wafatnya Thalhah

Talhah bin Ubaidillah meninggal dunia pada tahun 36 Hijrah bersamaan 656 Masehi. Thalhah wafat pada usia 60 (enam puluh) tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basra. Beliau meninggal dunia terkena panah pada peperangan Jamal. Sewaktu terjadi pertempuran "jamal", Thalhah (di pihak lain) bertemu dengan Ali, dan Ali memperingatkan agar ia mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya maka dia segera dipindahkan ke Basra dan tak berapa lama kemudian karena lukanya yang cukup dalam ia wafat. 

Tidak ada kegembiraan paling diharapkan sahabat Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam, melebihi kedudukan yang disandangkan kepada Thalhah bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu.

Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wassalam pernah berkata kepada para sahabat, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi maka lihatlah Thalhah." 

Hal itu juga dikatakan Allaah dalam firman-Nya : "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allaah, maka diantara mereka ada yang gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya." (Al-Ahzaab: 23).

Teriring doa untuk Thalhah bin Ubaidillah rhadiyallaahu 'anhu, semoga kita bisa mengambil manfaat dari kisah kehidupan beliau.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: kisahrasulnabisahabat.blogspot.com
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE