Berdiri di Mahsyar

Kisah Mahsyar



Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye, mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok, tak de sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. 

kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. 

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. 

Bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi, kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. 

Lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu. 

Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal.

lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 

1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 
2)tak ingat 
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 

Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.

Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. 

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin.. 

ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. :) 

Nasihat Ustaz Azhar Idrus Utk perkongsian: 

Ketika kita mengeluh:“eeeiii, aku penat sangat..." ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9) 

Ketika kita mengeluh:“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..." ALLAH menjawab :(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah :286) 

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..." ALLAH menjawab :( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 

Ketika kita mengeluh:“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..." ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7) 

Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..." ALLAH menjawab:(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60) 

Ketika kita mengeluh :“ Aku sedihh sangat...” ALLAH menjawab: ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40) 

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa... Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^ Mohon sahabat-sahabat semua share untuk manfaat kita bersama.. 

Terdapat dua jenis manusia 

1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan.. 
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan..wallahualam ❤️❤️❤️

Kredit/Sumber: Facebook

Gambaran hari akhirat yang meniginsafkan dan menggerunkan

Gambaran hari akhirat yang meniginsafkan dan menggerunkan

? Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

? Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

? Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

? Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

? Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

? Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

? Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

? Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

? Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

? Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

? Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

? Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

? Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

? Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

? ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

? Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

? Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

? Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

? Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

? Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

? Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

? Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

? Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

? Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

? Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

? Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
?- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
?- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
?- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

? Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

? Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

? Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

? Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

? Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit/Sumber: Amar Sufi

Kisah Hari Kiamat

Pada suatu hari Muas bin Jabal bertanya pada Rasulullah tentang hari kiamat. Mendengar pertanyaan itu Rasulullah menangis. Di padang masyar pada hari kiamat, umat Islam terbahagi kepada 12 saf.
SAF PERTAMA
Manusia dibangkitkan dari kubur yang tidk mempunyai kaki dan tidak bertangan. Ini adalah kerana di dunia mereka suka menyakiti jiran-jirannya dan mereka akan dicampakkan ke dalam neraka.
SAF KEDUA
Manusia dibangkitkan dari kubur mnyerupai babi menuju ke padang Masyar. Ini adalah kerana mereka mempermudahkan sembahyang (lalai serta tidak menunaikan janjinya yang telah dilafazkan dalam solah) Firman Allah di dalam surah Al-Maun, ayat 45 & 47, bermaksud “Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang iaitu yang lalai dalam sembahyang.
SAF KETIGA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan perutnya buncit seperti bukit atau gunung dan dipenuhi dengan ular-ular dan kalajengking. Besar ular dan kala itu seperti keldai. Ini adalah kerana semasa hidup mereka tidak pernah mengeluarkan zakat dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
SAF KEEMPAT
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan mulutnya yang mengeluarkan darah. Ini adalah kerana di dunia mereka berdusta di dalam jual beli dan mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KELIMA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan badannya berbengkak-bengkak dan berbau lebih busuk daripada bangkai manusia. Ini adalah kerana di dunia mereka menyembunyikan kejahatan serta menunjukkan kebaikkan kerana mereka takutkan manusia sedangkan mereka tidak takut kepada Allah. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KEENAM
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan halkum terpotong kerana di dunia mereka berdusta dan bersumpah palsu. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KETUJUH
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan mulutnya mengeluarkan darah dan nanah. Mereka menegah orang lain menjadi saksi keppada pihak yang benar sewaktu di dunia dan akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KELAPAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan kakinya di atas kepalanya, kepalanya tunduk kerana malu akibat melakukan zina dan tidak sempat bertaubat. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KESEMBILAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan mukanya hitm dan matanya biru serta perutnya penuh dengan api, maka dicampakkan mereka ke dalam api neraka.
SAF KESEPULUH
Manusia yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya, dibangkitkan dari kubur dengan keadaan badannya penuh dengan kurap dan sopak. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KESEBELAS
Manusia yang minum arak (kaki botol), mereka akan dibangkitkan dari kubur dengan hati dan matanya buta, giginya seperti tanduk lembu jantan serta bibirnya melabihi dada dan lidahnya terjulur ke perut. Mulutnya pula mengeluarkan benda-benda yang najis lagi jijik. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KEDUABELAS
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke Padang Masyar dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama, lalu melintasi titian SIRATUL MUSTAQIM seperti kilat cepatnya kerana sewaktu di dunia mereka mengerjakan amalan yang baik tanpa maksiat, menjaga solah dan mati bertaubat. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga serta mendapat keampunan Ilahi……..
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DIDALAM SAF YANG KEDUABELAS AMIN………………..
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE