Home » , » Tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi

Tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi

Menjelang Hari Akhir Zaman, ketika mana kemungkaran dan kejahatan begitu berleluasa, Allah akan memerintahkan seorang hambaNYA yang mempunyai akhlak mulia untuk mengajak umat manusia supaya kembali ke jalan yang benar. Hamba Allah yang dimaksudkan itu adalah Al-Mahdi. Berikut adalah tanda-tanda yang akan berlaku sebelum datangnya Al-Mahdi.

1. Penyimpangan akidah yang mendalam.
Di akhir zaman, penyimpangan akidah akan melanda manusia secara berleluasa di mana tidak ada seorangpun yang mampu melindungi dirinya dari penyimpangan itu dan penyimpangan itu menyebar begitu cepat ke setiap tempat. Situasi ini akan berlaku sehingga seseorang datang dan berkata, “Hai umat manusia, mulai saat ini pemimpinmu adalah Al Mahdi.” (Ibnu Hajar Haytahami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi’alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 23)

Senario yang berlaku
Pada masa kini, ada segolongan manusia yang begitu berani secara terang-terangan menolak kekuasaan dan kewujudan Allah SWT.
Seperti mana Darwin dan teori evolusinya, yang memberikan dasar bahawa alam ini dan isinya wujud secara sendiri. Walaupun tidak didasarkan dengan bukti ilmiah yang logik, sesetengah manusia tertentu di seluruh dunia tetap berusaha agar teori ini diterima walau dengan cara pembohongan dan penipuan. Mereka tetap percaya bahawa manusia wujud kerana keturunan monyet dan teori ini telahpun mempengaruhi pemikiran sesetengah manusia di dunia.

2.Perang Iran dan Iraq
Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae’dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). (Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, hal. 166)

Senario yang berlaku
Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan terletusnya Perang Iran dan Iraq. Pemberontakan pertama ke atas Shah Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).

3.Pendudukan Afghanistan

Taliban sangat miskin (sebuah wilayah di Afghanistan), di sana tempatnya itu harta Allah, bukan emas dan perak, tetapi terdiri dari orang-orang yang mengenal Allah seperti mereka seharusnya mengenalnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 59)

Senario yang berlaku
Ada suatu petunjuk bahawa Afghanistan akan diduduki sehingga Hari Akhir Zaman. Pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan berlaku pada tahun 1979 (1400, menurut kalender Hijriyah). Kenapa? Hanya kerana kekayaan alam Afghanistan itu sendiri. Sebenarnya kuasa besar di dunia seperti Amerika telah menyedari bahawa Afghanistan kaya dengan bahan galian yang belum diterokai secara komersial.

4.Berhentinya aliran sungai Eufrat

Terganggunya aliran sungai Eufrat adalah salah satu tanda kedatangan Al Mahdi.
Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emasnya. Maka siapa pun yang ada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. (HR Bukhari)
Sungai itu (Eufrat) akan memperlihatkan sebuah gunung emas (di bawah sungai itu). (Abu Daud)

Senario yang berlaku

Banyak sumber hadis menyebutkan kedua peristiwa ini. Al-Suyuti menyebutkan hadits ini sebagai ‘berhentinya air.’ Sebenarnya empangan telah menghentikan aliran air sungai ini. Tanah sekitarnya telah berharga sama nilainya dengan emas kerana berbagai alasan. Kawasan sekitar sungai ini amat subur untuk tanah pertanian dan menjadi sumber penjanaan tenaga elektrik. Sungai ini juga menjadi laluan pengangkutan utama.Empangan yang merentasi sungai ini menyerupai sebuah gunung. Oleh kerana itu, dam ini mempunyai sifat-sifat seperti ‘gunung emas’ (Allah-lah Yang Maha Tahu).

5.Gerhana bulan dan matahari di bulan Ramadhan
Ada dua tanda untuk kedatangan Al Mahdi ... Yang pertama adalah gerhana bulan di malam pertama Ramadhan, dan kedua adalah gerhana matahari di pertengahan bulan ini. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 47)
Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi. (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)
... Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya .... (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, h. 37)
Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan (Diriwayatkan oleh by Abu Nu'aym in al-Fitan)

Senario yang berlaku

Apabila peristiwa ini dianalisis, sejumlah perbezaan menjadi jelas. Akan ada gerhana matahari dan gerhana bulan pada bulan Ramadhan. Keduanya akan berjarak sekitar 14-15 hari dan gerhana ini akan berulang dua kali.
Seiring dengan perhitungan ini, ada sebuah gerhana bulan telah berlaku pada tahun 1981 (tahun Hijriyah 1401) pada hari ke-15 bulan Ramadhan dan gerhana bulan pada hari ke-29 pada bulan tersebut. Selepas itu, satu lagi gerhana bulan telah berlaku pada tahun 1982 (tahun Hijriyah 1402) pada hari ke-14 bulan Ramadhan dan gerhana matahari pada hari ke-28 pada bulan tersebut.

6.Munculnya sebuah komet
Sebuah bintang dengan ekor bercahaya akan muncul dari Timur sebelum munculnya Al Mahdi. (Ka’b al-Ahbar)
Sebuah komet akan muncul di Timur dengan mengeluarkan cahaya sebelum tiba. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 53)
Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32).

Senario yang berlaku
Pada tahun 1986 (1406 Hijriyah), komet Halley telah melintasi bumi. Komet ini merupakan sebuah bintang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982 (1401-1402 Hijriyah).
Kejadian munculnya bintang ini dengan tanda-tanda lain adalah petanda kemunculan Al-Mahdi. Jelas sekali bahawa bintang komet Halley adalah bintang seperti yang dimaksudkan di dalam hadis.

7.Penyerbuan Ka'bah dan pertumpahan darah
Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah. (Jamra: sebuah tiang batu yang menjadi simbol Syaitan dan dilempari dengan batu jumrah selama ibadah haji.) (Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim and Nu'aym ibn Hammad)

Senario yang berlaku

Pada tahun 1979 (21 Nov. 1979), sebuah pertempuran yang sangat mirip dengan cerita peristiwa di dalam hadis di atas telah berlaku. Peristiwa tersebut telah berlaku semasa musim haji.
Hadis ini menyebut bahawa akan berlaku pertumpahan darah dan pertempuran. Apa yang berlaku pada tahun 1979 adalah terkorbannya 30 orang di dalam pertempuran di antara tentara Arab Saudi dan para militan yang melakukan penyerangan. Tujuh tahun kemudian, satu lagi peristiwa yang lebih berdarah terjadi semasa musim haji. Pada waktu itu, lebih kurang 402 orang jamaah haji yang sedang melakukan demonstrasi terbunuh. Mereka yang terbabit di dalam insiden tersebut ialah tentara Arab Saudi dan jemaah haji dari Iran. Peristiwa tersebut telah berlaku di luar kawasan Ka'bah dan bukannya di dalam.

8.Terlihatnya api dari Timur
Sebuah kebakaran besar akan terjadi di Timur selama 3 atau 7 hari dalam sebuah rentetan yang diikuti dengan kegelapan di langit dan warna kemerahan baru yang tidak seperti warna merah biasa yang menyebar di atas langit. Sebuah pernyataan akan didengar dalam sebuah bahasa yang dapat difahami penduduk bumi. (Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn 'Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat'is-saat, h. 166)

Senario yang berlaku
Pada bulan Julai tahun 1991, Iraq telah melakukan pencerobohan ke atas Kuwait. Tindakan Iraq membakar semua gedung minyak Kuwait telah mengakibatkan satu kebakaran besar telah berlaku. Keadaan yang berlaku pada waktu itu hampir sama seperti yang diceritakan di dalam hadis di atas.

9.Sebuah tanda dari matahari

Dia (Al-Mahdi) tidak akan datang, kecuali ada sebuah tanda muncul dari matahari. (Ibn Hajar al-Haythami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi `Alamat al-Mahdi al-Muntazar, h. 47)
Al Mahdi tidak akan datang, kecuali terbitnya matahari sebagai suatu pertanda. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, h. 33)

Senario yang berlaku
Pada 11 Ogos 1999, gerhana matahari terakhir untuk abad kedua puluh telah berlaku. Gerhana ini adalah gerhana pertama yang dapat dilihat oleh begitu ramai orang dan dapat dipelajari dalam jangka waktu yang begitu panjang.

10.Membangun Kembali Tempat-tempat yang Telah Hancur
Tempat-tempat yang telah hancur akibat dari peperangan dan bencana akan berlaku. Ini merupakan tanda dan petunjuk penting bahawa Hari Kiamat sudah semakin hampir.

Share artikel ini:

Penafian! Maklumat yang dipaparkan di blog ini diperoleh daripada pelbagai sumber dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah atau kemudaratan yang timbul akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung dalam blog ini. Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan

Translate

CLOSE