Abdullah bin Mubarak batalkan Ibadah Haji kerana selamatkan wanita

Abdullah bin mubarak Tidak Jadi Pergi Haji Kerana Menyelamatkan Wanita
Gambar hiasah: Kaabah, Mekah
Abdullah bin Mubarak atau nama penuhnya Abu Abdurrahman Abdullah bin Mubarak al-Hanzhali al-Marwazi lahir pada tahun 118 H/736 M. Ayahnya orang Turki yang bekerja kepada pedagang dari Bani Handzalah dan ibunya orang Turki dari suku Khawarizmi. Selain dikenal sebagai ahli hadis, beliau juga seorang yang  zahid yang dermawan.

Suatu hari, dalam perjalanan menuju ke Baitullah untuk menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Mubarak singgah di kota Kufah. Tiba-tiba beliau terlihat seorang wanita memungut bangkai ayam di tempat pembuangan sampah kemudian mencabuti bulu-bulunya.

Lalu Mubarak bertanya kepada wanita tersebut, “Ini bangkai ayam atau sudah disembelih?”

Si wanita itu menjawab, “Bangkai, dan aku akan memakannya bersama anak-anakku yang kelaparan,” jawabnya jujur.

“Kenapa engkau berani melanggar ketetapan Rasulullah, kerana memakan bangkai tidak dibenarkan dalam Islam?” tanyanya lagi.

Pada awalnya, wanita itu menolak untuk berterus terang. Namun akibat desakan ibnu Mubarak, akhirnya ia menceritakan keadaannya yang menderita selama ini.

“Sudah tiga hari ini, aku dan anak-anakku tidak makan dan aku tidak mendapat sebarang pertolongan daripada sesiapa walaupun aku merayu dan meminta supaya dikasihani. Suamiku sudah meninggal dunia dan aku perlu menyara 4 orang anakku. ” si ibu bercerita dengan sedih.

Mendengar cerita itu, Mubarak segera menuju ke perkhemahannya. Lalu ia menuntun keledai dan segala perbekalan Hajinya ke rumah wanita tadi. Ibnu Mubarak memberikan semua bekalannya sambil berpesan,

“Jangan lagi memakan bangkai yang diharamkan itu,” tuturnya.

Wanita itu hampir tidak percaya dengan apa yang dilakukan ibnu Mubarak. Padahal barang yang diberikan itu adalah bekalan menuju Mekah untuk beribadah di Baitullah. Wanita itu menerima sedekah Mubarak dengan perasaan yang gembira dan penuh rasa syukur.

Ibnu Mubarak lantas menetap di kota itu beberapa waktu lamanya dan pulang ke tanah kelahirannya ketika orang-orang yang naik haji pulang ke negeri masing-masing.

Sebagaimana orang yang pulang dari ibadah haji, beliau disambut oleh sanak saudara dan keluarga. Sesampainya di rumah, keluarga dan para tetangganya berdatangan memberikan ucapan selamat termasuk mereka yang turut menunaikan ibadah haji pada musim itu juga.

Tiba-tiba Mubarak mengatakan kepada tetamu yang ada, “Jangan ucapkan selamat kepadaku, Tahun ini aku tidak pergi menunaikan ibadah haji.”

Namun sebahagian tetamu yang pulang dari Haji berkata “Bukankah engkau memegangkan duitku dan aku ambil kembali ketika kita bertemu di Arafah?”

“Malahan engkau juga memberi minum aku sewaktu kita bertemu di Mekah?” ujar yang lain memberikan pengakuan.

Ibnu Mubarak semakin bingung mendengar ucapan-ucapan para tetamu yang pergi haji. Beberapa kali ibnu Mubarak menyatakan beliau tidak pergi Haji kerana beliau hanya menetap di Kufah setelah kehabisan bekal akibat diberikan kepada seorang wanita yang kelaparan.

Suatu malam, ketika Mubarak tidur, dia bermimpi didatangi Rasullulullah SAW. “Hai ibnu Mubarak, Allah Swt menerima sedekahmu. Kemudian Dia menyuruh seorang Malaikat menyerupaimu untuk menggantikanmu melaksanakan ibadah haji.”

Wallahualam..

Kisah Emak Masuk Neraka

Kisah Emak Masuk Neraka
Gambar Hiasan: Kisah Emak Masuk Neraka

Kisah Emak Masuk Neraka

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. 

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" 

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya.

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." 

 Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? 

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. 

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. 

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" 

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. 

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. 

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh seperti sediakala. Lantas Rasullullah pun berkata "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH.

Translate

CLOSE