Kisah Dajjal Siri 1

Kisah Dajjal Siri 1

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." [Surah Al-An'am: 158]

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: "Tiga perkara yang apabila telah muncul maka tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam imannya itu iaitu terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang yang keluar dari perut bumi."

Para ulama Ahli sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya Dajjal pasti akan muncul kerana hadis-hadis yang menceritakan tentangnya telah mencapai taraf mutawatir sebagaimana dibentangkan takhrij hadis-hadisnya oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya "Qisshah al-Masih al-Dajjal wa Nuzuli 'Isa 'Alaihi Solatu Wassalam wa Qatlihi Iyyahu."

Begitu juga tanda-tanda kiamat selain dajjal diikuti juga dengan tanda-tanda yang lain antaranya seperti gempa bumi di sebelah timur, barat dan jazirah arab, keluarnya asap, binatang dari perut bumi, Ya'juj dan Ma'juj, terbitnya matahari dari sebelah barat, dan keluarnya api dari lembah 'Adn yang mengiringi manusia. Hal ini disampaikan oleh Nabi s.a.w. riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Fitan Asyrath al-Sa'ah, sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga terjadinya sepuluh tanda…" kemudian disebutkan tanda-tanda sebagaimana telah disebutkan tadi termasuk dajjal.

Disebabkan itulah hendaklah kita beramal soleh sebanyak yang mungkin sebelum keluarnya tanda-tanda kiamat yang besar di atas. Disamping munculnya dajjal juga akan muncul al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Ini semua telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadis-hadisnya yang sahih.

Sifat-sifat Dajjal

Dajjal adalah seorang lelaki muda yang berkulit merah, tubuhnya pendek, berambut kerinting, lebat dan tidak terurus, dahinya lebar, sebelah matanya buta (dalam riwayat Bukhari menyatakan sebelah kanan manakala Imam Muslim meriwayatkan yang buta adalah sebelah kiri), mata kirinya tidak nampak jelas dan ada kulit yang tipis selaput mata yang menebal dalam riwayat lain ia berwarna hijau seperti bintang mutiara. Manakala mata kanannya sangat jelas seperti buah anggur yang terapung dalam riwayat lain tidak menonjol dan tidak pula timbul ke permukaan. Sedang di antara kedua matanya tertulis perkataan 'kafir' yang dapat dibaca oleh orang yang beriman dan orang yang sangat benci pada perbuatannya sama ada yang pandai membaca atau yang buta huruf. [Kisah Dajjal, Al-Albani, hal 168-169, Pustaka Imam Syafi'i]

Dajjal adalah makhluk paling besar fitnah yang dibawa olehnya. Dajjal juga tidak mempunyai anak dan keturunan.

Keluarnya Dajjal

Dajjal akan keluar dari arah sebelah timur yang bernama khurasan di kampung Yahudiyah kota Ashbahan. Kemudian dajjal akan mengembara ke seluruh dunia. Tidak terdapat satu pun tempat yang tidak pernah dimasuki dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Diriwayatkan juga dajjal tidak dapat memasuki empat buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Thur dan Masjid Al-Aqsa. Dajjal keluar dari perkampungan yahudiyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan sebagaimana diterangkan dalam hadis riwayat Ahmad.

Tiga tahun sebelum kemunculan dajjal manusia dilanda kesusahan dalam kehidupan mereka. Manusia pada ketika itu kelaparan disKisaebabkan bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada tahun pertama, sepertiga langit tidak menurunkan hujan serta sepertiga juga dari tumbuh-tumbuhan tidak tumbuh. Kemudian pada tahun kedua, bertambah lagi dua pertiga sehingga ke tahun yang ketiga sama sekali tidak ada lagi hujan yang turun dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan kesemuanya mati dan haiwan-haiwan juga mati akibat ketiadaan makanan kecuali beberapa haiwan sahaja. Nabi s.a.w. berpesan bekalan makanan manusia pada ketika itu adalah bacaan tahlil, takbir, dan tahmid.

Dajjal tidak dapat memasuki Madinah yang pada ketika itu mempunyai 7 buah pintu, setiap daripada pintu tersebut terdapat 2 malaikat yang menjaganya dengan membawa pedang yang terhunus. Para malaikat menjaga Mekah dan Madinah daripada dimasuki dajjal sehinggalah dajjal pergi ke suatu tanah yang lembab di belakang gunung Uhud, ia memukul-mukul bahagian depan badannya. Kemudian kawasan Madinah mula bergegar sehingga manusia di Madinah yang munafik baik lelaki maupun wanita kesemuanya berlari menuju ke tempat dajjal. Ternyata ketika itu golongan yang paling ramai adalah golongan wanita. Hari itu disebut sebagai "Yaumul Khalash" iaitu hari keterbebasan.

Kisah Hari Kiamat

Pada suatu hari Muas bin Jabal bertanya pada Rasulullah tentang hari kiamat. Mendengar pertanyaan itu Rasulullah menangis. Di padang masyar pada hari kiamat, umat Islam terbahagi kepada 12 saf.
SAF PERTAMA
Manusia dibangkitkan dari kubur yang tidk mempunyai kaki dan tidak bertangan. Ini adalah kerana di dunia mereka suka menyakiti jiran-jirannya dan mereka akan dicampakkan ke dalam neraka.
SAF KEDUA
Manusia dibangkitkan dari kubur mnyerupai babi menuju ke padang Masyar. Ini adalah kerana mereka mempermudahkan sembahyang (lalai serta tidak menunaikan janjinya yang telah dilafazkan dalam solah) Firman Allah di dalam surah Al-Maun, ayat 45 & 47, bermaksud “Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang iaitu yang lalai dalam sembahyang.
SAF KETIGA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan perutnya buncit seperti bukit atau gunung dan dipenuhi dengan ular-ular dan kalajengking. Besar ular dan kala itu seperti keldai. Ini adalah kerana semasa hidup mereka tidak pernah mengeluarkan zakat dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
SAF KEEMPAT
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan mulutnya yang mengeluarkan darah. Ini adalah kerana di dunia mereka berdusta di dalam jual beli dan mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KELIMA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan badannya berbengkak-bengkak dan berbau lebih busuk daripada bangkai manusia. Ini adalah kerana di dunia mereka menyembunyikan kejahatan serta menunjukkan kebaikkan kerana mereka takutkan manusia sedangkan mereka tidak takut kepada Allah. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KEENAM
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan halkum terpotong kerana di dunia mereka berdusta dan bersumpah palsu. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KETUJUH
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan mulutnya mengeluarkan darah dan nanah. Mereka menegah orang lain menjadi saksi keppada pihak yang benar sewaktu di dunia dan akan dicampakkkan ke dalam api neraka.
SAF KELAPAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan kakinya di atas kepalanya, kepalanya tunduk kerana malu akibat melakukan zina dan tidak sempat bertaubat. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KESEMBILAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan mukanya hitm dan matanya biru serta perutnya penuh dengan api, maka dicampakkan mereka ke dalam api neraka.
SAF KESEPULUH
Manusia yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya, dibangkitkan dari kubur dengan keadaan badannya penuh dengan kurap dan sopak. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KESEBELAS
Manusia yang minum arak (kaki botol), mereka akan dibangkitkan dari kubur dengan hati dan matanya buta, giginya seperti tanduk lembu jantan serta bibirnya melabihi dada dan lidahnya terjulur ke perut. Mulutnya pula mengeluarkan benda-benda yang najis lagi jijik. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.
SAF KEDUABELAS
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke Padang Masyar dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama, lalu melintasi titian SIRATUL MUSTAQIM seperti kilat cepatnya kerana sewaktu di dunia mereka mengerjakan amalan yang baik tanpa maksiat, menjaga solah dan mati bertaubat. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga serta mendapat keampunan Ilahi……..
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DIDALAM SAF YANG KEDUABELAS AMIN………………..

Jibril a.s menggoncang tugu kaum nabi Saleh

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)Kaum Saleh telah dibinasakan Allah dengan suara jeritan Jibril as. Peristiwa ini terjadi pada hari Rabu. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya kami menimpakan atas mereka suatu suara yang keras mengguntut; maka jadilah mereka seperti rumput-�rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang mempunyai kandang binatang." (Al- Qomar: 31) Dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Saleh menyampaikan berita bahawa pada masa itu akan lahir di tengah-tengah mereka seseorang yang menjadi penyebab kehancuran kaum itu. Maka para pemuka kaum itu mengadakan mesyuarat untuk membahas masalah tersebut. Akhirnya mereka memutuskan, harus memisahkan diri daripada isteri masing-masing, jika ada yang hamil dan melahirkan anak lelaki maka harus dibunuh. Keputusan mereka itu dijalankan. Salah seorang dari kaum mereka melahirkan seorang anak lelaki, namun mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya. Disebabkan keluarga tersebut belum pernah mempunyai anak, anak itu bemarna Qodaron. Sebanyak sembilan kaum telah membunuh anak lelaki mereka yang lahir. Namun ketika mereka melihat Qodaron telah menjadi seorang pemuda, mereka merasa menyesal kerana telah membunuh anak-anak mereka dahulunya. Kemudian mereka berunding untuk membunuh Nabi Saleh as. Mereka berkata: "Sebaiknya kita pergi keluar kota dahulu, kemudian kita pulang dengan secara sembunyi, pada saat itu Nabi Saleh kita bunuh. Lalu kita bersumpah dengan nama Allah dengan kerabatnya bahawa kita tidak membunuhnya dan kita tidak tahu sama sekali tentang pembunuhan itu." Ketika itu umur Qodaron lima belas tahun. Di saat mereka sedang minum arak, mereka juga memerlukan air, sedangkan pada hari itu merupakan giliran unta untuk mendapatkan air, mereka sudah puas mencari air di tempat yang lain, namun tidak mereka temui. Kemudian Qodaron berkata: "Menurut pendapatku, lebih baik kita bunuh sahaja unta Saleh, sebab kita dalam kesukaran air." Kemudian mereka pun keluar dengan membawa sebilah pedang, mereka bersembunyi di rumput-rumput di bawah kaki gunung. Pada saat giliran unta Saleh ingin minum air, maka dengan segera Qodaron membunuh unta tersebut. Kemudian mereka juga berusaha membunuh anak unta Nabi Saleh, maka anak unta itu pun berlari ke arah gunung, maka dengan kuasa Allah gunung itu terbelah, dan masuklah anak unta itu ke dalamnya. Ketika Nabi Saleh as mengetahui peristiwa pembunuhan terhadap unta mukjizatnya itu, maka ia berkata kepada kaumnya: "Anda semua boleh duduk di rumah selama tiga hari, setelah itu akan datang seksaan kepada anda. Tanda�tandanya adalah, pada hari pertama muka-muka kamu semua menjadi merah, pada hari kedua menjadi kuning, pada hari ketiga menjadi hitam legam." Di saat mereka melihat tanda-tanda seperti yang diucapkan oleh Nabi Saleh itu betul, mereka pun berkata: "Mari kita bunuh Nabi Saleh seperti kita membunuh untanya." Mereka kemudiannya menuju ke tempat tinggal Nabi Saleh. Peristiwa itu terjadi pada hari Rabu. Kemudian Jibril as datang sambil memegang tugu-tugu kota itu lalu digoncangnya dengan sekeras-kerasnya. Akhirnya dia menjerit dengan sekuat-kuatnya sehingga mereka semua mati pada saat itu juga. Begitu gambaran betapa bahayanya minuman keras yang memabukkan ini. Kerana sebab terbunuhnya unta mukjizat Nabi Saleh disebabkan minuman keras. Fitnah Harut dan Maarut juga kerana minuman keras. Sebab terbunuhnya Nabi Yahya kerana minuman keras. Kaum Nabi Nuh mengganggu Nabi Nuh kerana minuman keras. Pembunuhan terhadap Usman ra juga disebabkan minuman keras. Pembunuhan terhadap Sayyidina Husin juga kerana minuman keras."

Jibril Mengajar Nabi Nuh membuat Kapal

Di saat kaum Nuh melakukan tipu daya untuk membinasakan Nabi Nuh as maka Allah membinasakan mereka semua iaitu dengan mengeluarkan daripada bumi air yang sangat panas dan mencurahkan dari langit air yang sangat sejuk dan mendatangkan angin taufan yang sangat dahsyat di keliling mereka, saat itu binasalah musuh-musuh Nabi Nuh dan selamatlah Nabi Nuh berserta pengikut-pengikutnya yang beriman.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang bersertanya di dalam kapal yang penuh muatan."(Asy-Syu'ara': 119)Kaum Nuh ingin mengeluarkan Nabi Nuh as. daripada tengah-tengah mereka.

Kemudian Allah SWT melakukan tipu daya terhadap mereka. Dan Allah mengeluarkan daripada langit air yang sangat sejuk dan memancarkan air daripada bumi dengan air yang sangat panas.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancar mata air-mata air maka bertemulah air-air itu satu urusan yang sungguh telah ditetapkan."(Al-Qamar: 11-12)Ketika masa azab yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu hampir tiba, Allah mengutus Malaikat Jibril as untuk menemui Nabi Nuh as mengajarkan kepada beliau cara-cara menukang kayu, dan Jibril mengatakan bahawa Allah menyuruh Nabi Nuh membuat sebuah kapal.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami."(Hud: 37)Kemudian Nabi Nuh berkata:"Bagaimana cara membuat kapal tersebut? Jibril menjawab: "Potonglah 124000 keping papan, dan pada tiap-tiap keping papan itu tertulis nama Nabi." Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama Nabi tersebut? Allah berfirman: "Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya."Kemudian Nabi Nuh pun memotong kepingan papan yang pertama, maka kelihatan nama Nabi Adam as.

Pada kepingan yang kedua nampak nama Syaits as. Pada kepingan papan yang ketiga nampak nama Idris as. Pada kepingan papan yang keempat nama Nuh as. Demikianlah seterusnya, setiap kali Nabi Nuh selesai memotong papan tersebut maka nampaklah nama seorang Nabi pada papan itu. Yang paling akhirnya adalah Nabi Muhammad SAW, sebagai penutup nabi-nabi, penghias orang orang suci dan penyuluh para wali.Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh as untuk menyiapkan paku-pakunya. Pada setiap paku tercantum nama salah seorang Nabi. Setelah Nabi Nuh as menyiapkan paku, lalu beliau menyatukan kepingan-kepingan papan tersebut dan memakunya. Orang-orang kafir yang melihat pekerjaan Nabi Nuh itu mengejek dan menghinanya. Hal ini dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud:"Dan mulailah Nuh membuat bahtera.

Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatlah Nuh: "Jika engkau mengejek kami, maka sesungguhnya kami pun mengejekmu sebagaimana kamu sekalina mengejek (kami)."(Hud: 38)Itulah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah, kerana ketika Allah nampakkan nama-nama kekasih-Nya pada kepingan papan itu, maka Allah selamatkan papan itu dan penumpangnya daripada badai dan taufan. Dan ketika Allah menampakkan pada hati orang-orang beriman kecintaan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya, maka Allah selamatkan pula mereka daripada seksaan api Neraka.

Dalam sebuah kisah diceritakan, bahawa ada yang bertanya kepada Abdullah bin Abbas ra. "Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke dalam Syurga?"Ibnu Abbas menjawab: "Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. laitu lima dengan lisan, lima dengan anggota badan dan lima dengan hatimu.Lima dengan lisan itu adalah mengucap kalimah:Subhanallah Alhamdulillah La ilahaillallah Allahuakhbar Lahaulawala quwata illa billahil "aliil adzhim Lima dengan anggota badan iaitu solat lima waktu:Isyak. Subuh. Zohor. Asar. Maghrib. Lima dengan hati iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT Rasulullah dan sahabat yang empat.Nabi Muhammad SAW Abu Bakar Siddiq. Umar bin Khattab. Usman bin Affan. Ali bin Abi Thalib.

Malaikat Menunjukkan Gambaran Syurga kepada Asiah

Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan rakyat jelata, �Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.�Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang Maha Esa.Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya. Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan, ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah terbongkar berpunca dari ucapan perkataan �Allah� yang terbit dan mulutnya secara tidak sengaja.Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada kekafirannya. Ia berkata: �Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu!�JawabAsiah dengan tegas: �Wahai Firaun, pendirianku tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.�Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: �Hai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!�Jawab Asiah: �Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.�Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar akan ketuhanan Firaun.Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.Katanya: �Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan kumaafkan.� Berulang kali pula Asiah menjawab: �Tidak, janganlah engkau cuba mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.�Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: �Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.�Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan pada malaikat: �Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga.�Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih, juga tidak menangis malah tersenyum.

Berbagai bentuk Malaikat Izrail Mencabut Nyawa

Bila sampai masa kematian, maka Allah SWT mengutus malaikat Maut (Izrail) mencabut roh dari tubuh orang tersebut. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Dialah yang mempunyai kuasa tertinggi di atas hambaNya. Dan diutusNya, padamu malaikat-malaikat penjaga. Sehingga apabila datang kematian pada salah seorang di antaramu lalu ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kaini, dan malaikat-malaikat Kaini itu tidak melalaikan kewajipannya."(Al-An 'un: 61)
Sekiranya orang yang akan dicabut rohnya itu orang Mukmin yang tidak berdosa, maka malaikat itu datang sebagai seorang yang rupawan. Tetapi jika datang pada orang kafir dan munafik maka mereka mendatanginya dengan rupa yang menakutkan.Bara' bin Azib telah meriwayatkan yang dikutip dalam hadith Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lainnya menyebutkan hal tersebut sebagai berikut: "Sesunguhnya jika orang Mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini dan menuju alam akhirat, maka dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri.
Seolah-olah wajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yang dibawa dari syurga. Juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang. Kemudian datanglah malaikat Maut dengan duduk di sisi kepalanya. Malaikat itu mengatakan: "Hai nafas yang baik (tenang), keluarlah anda sekarang dengan mendapatkan ampunan dari Allah dan kerelaanNya." Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan yang berasal dari satu minuman, kemudian malaikat itu mengambil roh itu. "Dan sesungguhnya jika orang yang akan dicabut itu roh orang yang kafir, (dalam riwayat yang lain: orang yang "fajir" ertinya penjahat, penzina atan pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya kejam dan kasar) dengan rupanya yang hitam.
Dengan membawa pakaian berbulu, lalu mereka duduk daripadanya sejauh mata memandang. Lalu Malaikat Maut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan, "Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya ." Lalu dipisahkan roh itu dari tubuhnya, yang terpisahnya itu laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti dengan putusnya keringatnya dan urat sarafnya)." (Lihat Hadith riwayat Hakim, Abu Daud, Ahmad dan lainnya).Semasa hal itu berlaku, mereka yang hidup berada di sampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihat sesuatu.
Perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat."(Al- Waqiah: 83-85) Nabi SAW telah mengungkapkan tentang adanya malaikat maut yang akan memberikan berita gembira kepada mereka yang akan mati sebagai seseorang mukmin dengan janji ampunan Allah serta kecintaanNya. Namun bagi mereka yang kafir atau orang yang jahat (berdosa), bagi mereka dijanjikan pula adanya kemurkaan dan kemarahan Allah kepadanya. Berkaitan janji syurga kepada orang Mukmin yang akan mati telah diterangkan Allah dalam AI-Quran yang ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun pada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan beroleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia mahupun akhirat, yang di dalamnya kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, dan akan memperoleh pula di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Penyayang."(FusshiIat: 30-32)
Firman di atas menurut para ahli tafsir turun berkenaan dengan orang yang akan mati dalam keadaan serba takut dan susah, menghadapi masa akan datangnya kematian. Bahkan takutnya orang-orang yang akan mati kemudian. Dengan ayat ini maka jelaslah bahawa malaikat akan turun padanya nanti pada saat-saat kematiannya dengan berita yang membawa ketenteraman, yang seolah-olah malaikat itu akan mengatakan: "Janganlah anda susah dalam menghadapi masa akan datang, baik ketika di alam barzakh mahupun di akhirat nanti. Juga anda tidak perlu susah tentang keluarga anda, anak-anak anda, mahupun hutang-hutang anda." Bahkan diberinya berita dengan janji akan dimasukkan syurga sebagai berita gembira. Sebaliknya, bagi orang yang kafir maka malaikat berjanji kepada mereka untuk menempatkan mereka di neraka jahannam. Sepertimana Allah SWT firmankan dalam Al-Quran tentang malaikat yang akan mematikan mereka yang kafir dalam peperangan Badar, seperti dalam ayat yang menyebutkan: "Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka dan berkata: Rasakanlah olehmu seksa neraka yang membakar. Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya hambaNya."(AL-Anfal: 50-51) Dari firman Ilahi di atas menunjukkan pada kita bagaimana para malaikat mencabut roh orang yang kafir, maka merupakan suatu cara yang mengerikan; para malaikat itu memukul wajah dan belakang mereka dan malaikat mengatakan; "Rasakanlah engkau sekarang dengan seksaan yang pedih." Kisah itu berlaka dalam peperangan Badar, namun hal itu boleh terjadi bila-bila masa saja berkaitan masalah yang menyangkut kekafiran; tidak hanya khusus bagi orang-orang kafir dalam perang Badar. Boleh berlaku pada hari ini untuk orang yang kafir.
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE