BILAL BIN RABAH MUAZIN KESAYANGAN RASULULLAH
KHUTBAH RASULULLAH SAW KETIKA MENJELANG RAMADHAN
"Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.
Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.
Wahai manusia!
Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Sumber
Nama-nama Syurga Dan Neraka
NERAKA
1. NERAKA HAWIYAH: diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur keburukan. Orang muslim laki-laki maupun perempuan yang perbuatan sehari- harinya tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka Hawiyah sebagai tempat tinggalnya. Mereka ini yaitu orang yang tidak mau menerima syariat Islam, tidak mau memakai jilbab (bagi wanita), memakai sutra dan emas (bagi lak- laki), mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan lain sebagainya. Dalam Al-Qur’an terdapat pada surah (Al-Qori’ah ayat 8-11)
http://juztben.blogspot.com/2013/01/macam-macam-surga-neraka-beserta.html
Kisah Ikan Sebelah

Kisah Ikan Sebelah
Sebuah Hadis Nabi Muhammad s.a.w. ,diriwayatkan oleh Imam Bukhari, iaitu pada ketika Nabi Musa a.s. berucap kepada orang-orangnya, seorang dari mereka bertanya: “Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih pengetahuannya daripada Tuan?”. Nabi Musa menjawab: “Tidak ada.”. Allah telah menegur Nabi Musa kerana dia tidak merujukkan soalan itu kepada Allah. Dan Allah telah menerangkan: Ada seorang hambaku yang lebih ilmunya daripada kamu. Orang itu dapat ditemui di tepi pantai, berhampiran dengan tempat pertemuan dua laut (mungkin Nil Biru dengan Nil Putih atau jernih). Kemudian Allah telah mengarahkan Nabi Musa membawa bekalan ikan dalam sebuah bakul. Ditempat ikan itu hidup semula dan masuk ke laut, maka, di situlah tempat pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Hidir.Peristiwa Akhir Zaman Selepas turunnya Nabi Isa AS
Peristiwa Akhir Zaman Selepas Turunnya Nabi Isa AS
Di penghujung zaman, akan berlaku satu peperangan besar antara umat Islam dan golongan kufar, dikenali sebagai Armagedon. Perang ini merupakan pertempuran terakhir antara kaum Muslimin dengan Dajjal dan tenteranya sebelum kedatangan Hari Kiamat. Berikut adalah penjelasan mengenai peristiwa ini berdasarkan sumber hadis dan Al-Qur'an.
Kehadiran Imam Mahdi dan Peperangan Terakhir
Sebelum turunnya Nabi Isa AS, Imam Mahdi akan muncul sebagai pemimpin umat Islam. Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia tidak akan lenyap sehingga Allah mengutuskan seorang lelaki daripada keluargaku, namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku. Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan seperti mana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)
Imam Mahdi akan memimpin umat Islam menghadapi Dajjal dan tenteranya. Dalam peperangan besar ini, umat Islam akan bersiap sedia untuk solat Subuh, ketika itu Nabi Isa AS akan turun dari langit untuk menyertai mereka.
Turunnya Nabi Isa AS
Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Masjid Ummayyad, Damascus, Syria. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Isa putera Maryam akan turun di menara putih di sebelah timur Damascus dengan mengenakan dua helai kain yang dicelup za’faran, meletakkan kedua tangannya di sayap dua malaikat." (HR. Muslim)
Nabi Isa AS akan turun dengan mengenakan jubah putih kekuning-kuningan dan rambutnya kelihatan basah, seolah-olah baru keluar dari air. Baginda akan memberikan salam kepada kaum Muslimin yang sedang menunaikan solat Subuh. Imam Mahdi akan mempersilakan Nabi Isa AS untuk menjadi imam, tetapi Nabi Isa AS akan menolak dengan berkata:
"Sesungguhnya kamu adalah pemimpin mereka, ini adalah penghormatan Allah untuk umat ini." (HR. Muslim)
Perang dengan Dajjal
Setelah selesai solat Subuh, Nabi Isa AS akan memimpin umat Islam untuk menghadapi Dajjal. Dajjal adalah manusia dari keturunan Yahudi yang telah diberikan kekuatan besar untuk menyesatkan manusia. Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada satu pun makhluk sejak penciptaan Nabi Adam AS sehingga terjadinya kiamat yang lebih besar fitnahnya daripada Dajjal." (HR. Muslim)
Ketika Dajjal melihat Nabi Isa AS, dia akan mencair seperti garam terkena air. Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Isa, dia akan meleleh seperti garam larut dalam air." (HR. Muslim)
Nabi Isa AS akan membunuh Dajjal di pintu Lud, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis:
"Isa putera Maryam akan membunuh Dajjal di pintu Lud." (HR. Muslim)
Penghapusan Kaum Yahudi yang Bersama Dajjal
Setelah kematian Dajjal, kaum Yahudi yang menjadi pengikutnya akan bersembunyi di balik batu dan pokok. Namun, batu dan pokok akan berkata:
"Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini ada Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia." (HR. Bukhari dan Muslim)
Hanya pokok Gharqad tidak akan berkata demikian kerana ia adalah pokok kaum Yahudi.
Nabi Isa AS dan Kebenaran Risalah
Kehadiran Nabi Isa AS juga akan menjadi penutup kepada fitnah yang menyatakan bahawa baginda telah disalib. Allah SWT berfirman:
"Dan (Kami hukum juga) disebabkan dakwaan mereka dengan berkata: ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa putera Maryam, Rasul Allah.’ Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka." (Surah An-Nisa: 157)
Nabi Isa AS akan menjelaskan kepada manusia bahawa baginda tidak pernah disalib tetapi diangkat oleh Allah SWT ke langit dan kini kembali untuk menyelesaikan tugasnya.
Kesimpulan
Peristiwa turunnya Nabi Isa AS dan peperangan melawan Dajjal adalah tanda besar menjelang kiamat yang disebutkan dalam hadis-hadis sahih. Ia mengingatkan kita untuk sentiasa memperkuat iman, mempersiapkan diri dengan amal soleh, dan menjauhi fitnah Dajjal yang penuh tipu daya.
Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada fitnah terbesar ini dan meneguhkan hati kita di atas kebenaran. Wallahu a'lam.
p/s Cerita ini telah pun dikemaskini/ di update pada 11/12/2024 (Rabu) kerana terdapat beberapa percanggahan dan sumber yang tidak sahih pada cerita sebelum ini. Mohon maaf kepada semua pembaca.


.jpg)



