Muka Rasullulah SAW Berdarah Dibaling Batu

Muka Rasullulah SAW Berdarah Dibaling Batu


DI KALANGAN kita sudah tentu pernah mendengar bahawa Rasulullah mengalami luka yang agak parah ketika Perang Uhud. Walaupun dikelilingi pahlawan Islam namun dalam satu kejadian baginda parah apabila seketul batu yang agak besar melayang tepat mengenai baginda.

Batu itu dikatakan dibaling oleh pihak musuh iaitu Utbah bin Abu Waqqas (dalam setengah riwayat yang lain, baginda sebenarnya dipanah tepat mengenai topeng muka besi yang dipakai).

Batu tersebut tepat mengenai muka baginda menyebabkan luka yang teruk walaupun baginda memakai topeng besi ketika itu.

Bayangkan kuat dan besarnya batu yang dibaling sehingga topeng daripada besi itu pecah. Akibatnya serpihan batu yang pecah itu menusuk menembusi pipi Rasulullah dan sebatang gigi baginda turut patah.

Baginda juga dikatakan diserang oleh seorang tentera berkuda dari pihak musuh, iaitu Abdullah bin Qamiah.

Abdullah melibas pedangnya pada bahu baginda, namun tidak berhasil untuk mengoyak baju besi apatah lagi mencederakan baginda.

Namun akibat tetakan itu dikatakan baginda rasa sakit pada bahu itu lebih sebulan lamanya.

Akibat tidak puas hati baginda tidak berjaya dibunuh, Abdullah lagi sekali cuba menetak baginda dengan kuat sehingga perisai kepala dan muka daripada rajutan rantai besi terpecah dua dan menambahkan lagi kecederaan muka yang dialami oleh baginda.

Abdullah ketika itu berkata: "Rasakanlah kau wahai Muhammad, akulah anaknya Qamiah (Qamiah yang bermakna orang yang hina)!"

Sambil membersihkan darah di wajahnya, baginda Rasulullah pun menjawab: "Semoga Allah SWT menghina kamu!"

Ketika itu datanglah para sahabat yang lain membantu baginda. Namun dalam keadaan luka dan kesakitan itu, baginda terjatuh dalam sebuah lubang.

Lubang itu dikatakan digali oleh seorang musuh, iaitu Abu Amir Ar Rahib. Abu Amir sengaja berbuat demikian bagi memerangkap dan mencederakan tentera Muslim terutama baginda sendiri.

Lubang tersebut agak dalam yang menyebabkan baginda tidak mampu keluar. Datang seorang sahabat, iaitu Talhah bin Ubaidullah melompat masuk ke dalam lubang itu.

Lalu dia membongkokkan badannya bagi membolehkan Rasulullah memanjat dan memijak bahunya dan mengangkat nabi ke atas. Ali bin Abi Talib pula menyambut tangan nabi daripada atas lubang itu.

Kemudian Abu Ubaidah bin Jarrah membantu nabi dengan membukakan topeng muka besi pada baginda itu. Setelah dibuka didapati ada serpihan besi topeng itu yang mencucuk pipi baginda lalu Abu Ubaidah menggigit serpihan itu dan dicabutnya. Lalu baginda dibawa berlindung di penjuru Bukit Uhud untuk dirawat.

Pihak musuh berusaha pelbagai cara bagi menembusi benteng para sahabat yang mengelilingi dan melindungi baginda.

Namun, semua usaha itu gagal kerana kukuhnya 'benteng manusia' para sahabat.

Mayat Shuhada Uhud Terkeluar Dari Kubur Selepas Banjir


Gambar: Mayat Shuhada Uhud Yang Terkeluar Ketika Banjir


Mayat Shuhada Uhud Terkeluar Dari Kubur Selepas Banjir.

Mati syahid adalah suatu kurniaan Allah yang sangat besar diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas untuk agama Islam. Kurniaan yang besar ini adalah suatu galakan untuk para pejuang Islam terus istiqomah dalam perjuangannya menegakkan agama. Mati syahid adalah suatu ganjaran yang lebih besar dari harta seisi dunia, orang yang mati syahid diberikan kemudahan untuk masuk syurga tanpa hisab. Ketika matinya sebagai pahlawan dan perwira agama, mereka tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan dan tidak perlu dimandikan, ini adalah kerana mereka masih hidup, adakah perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan bagi orang yang masih hidup. 

Firman Allah Ta’ala :


وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ


“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki .” (QS. Al Baqarah, 169)

Orang mati syahid akan bangkit di hari kiamat nanti dengan darah berlumuran, rupanya rupa darah tapi baunya bau kasturi, sabda Rasulullah SAW :

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكلم أحد في سبيل الله والله أعلم بمن يكلم في سبيله إلا جاء يوم القيامة اللون لون الدم والريح ريح المسك قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وقد روي من غير وجه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسل

(Tiada seseorang yang mengisahkan tentang orang-orang yang berjihad fisabilillah, sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui dan Dia sahaja yang mampu mengkhabarkan akan kelebihan orang berjuang fisabilillah, melainkan orang mati syahid akan datang pada hari kiamat dengan warna darah tetapi baunya bau kasturi)

Dalam siri peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda, ramai yang telah berjaya menemui SYAHID ini. Antara peperangan yang menyaksikan sahabat-sahabat terkorban sebagai syahid ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain.

Satu berita yang sangat menggemparkan, tentang Syuhada’ Uhud yang bersemadi di dalam pagar batu di Bukit Uhud, mereka sering dilawati oleh jemaah Haji dan jemaah Umrah. Ketika berlaku banjir pada tahun lepas 2013, maka kebanyakan jenazah para syuhada’ ini telah terkeluar.

Bilangan dan Nama Shuhada Yang Terkorban

Bilangan syuhada’ Uhud berjumlah 70 orang semuanya, senarainya adalah seperti berikut :

1. Hamzah bin Abdul Muththalib bin Hasyim
2. Abdullah bin Jahsyi
3. Mus’ab bin ‘Umair
4. Shammas bin ‘Utsman
5. ‘Amru bin Mu’adz bin An-Nu’man
6. Al-Harits bin Anas bin Rafi’
7. ‘Imarah bin Ziad
8. Salamah bin Tsabit bin Wahsyi
9. ‘Amru bin Tsabit bin Wahsyi
10. Tsabit bin Wahsyi
11. Rifa’ah bin Wahsyi
12. Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah Al-Yaman)
13. Saifi bin Qaizhi
14. Habbab bin Qaizhi
15. ‘Abbad bin Sahli
16. Al-Harits bin Ans bin Mu’adz
17. Iyas bin Aus
18. ‘Ubaid bin At-Taihan
19. Habib bin Yazid bin Taimi
20. Yazid bin Hathib bin Umaiyah bin Rafi’
21. Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid
22. Hanzalah bin Abu ‘Amir (Syahid yang dimandikan oleh Malaikat)
23. Unais bin Qatadah
24. Abu Habbah bin ‘Umar bin Tsabit
25. ‘Abdullah bin Jabair bin An-Nu’man (Ketua Batalion Pemanah)
26. Abu Sa’ad Khaitsamah bin Khaitsamah
27. ‘Abdullah bin Salamah
28. Subai’ bin Hathib bin Al-Harits
29. ‘Amru bin Qais
30. Qais bin ‘Amru bin Qais
31. Tsabit bin ‘Amru bin Zaid
32. ‘Amir bin Mukhallid
33. Abu Hurairah bin Al-Harits bin ‘Alqamah bin ‘Amru
34. ‘Amru bin Muthraf ‘Alqamah bin ‘Amru
35. ‘Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (Adik-beradik Hussan bin Tsabit)
36. Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, Khadam Nabi saw)
37. Qais bin Mukhallid
38. Kaisan (Hamba kepada Bani An-Najjar)
39. Salim bin Al-Harits
40. Nu’man bin ‘Abdu ‘Amru
41. Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair
42. Saad bin Ar-Rabi’ bin ‘Amru bin Abu Zuhair
43. Aus bin Al-Arqam
44. Malik bin Sinan dari Bani Khadrah (Bapa kandung Abu Sa’id Al-Khudri)
45. Sa’id bin Suwaid
46. ‘Utbah bin Rabi’
47. Tsa’labah bin Sa’ad bin Malik
48. Saqaf bin Farwah bin Al-Budai
49. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Wahab
50. Dhamrah (Halif bagi Bani Tharif)
51. Naufal bin ‘Abdullah
52. ‘Abbas bin ‘Ubadah
53. Nu’man bin Malik bin Tsa’labah
54. Al-Mujdar bin Ziad Dikebumikan dalam satu kubur
55. ‘Ubadah bin Al-Hashas
56. Rifa’ah bin ‘Amru
57. ‘Abdullah bin ‘Amru (dari Bani Haram) Dikebumikan dalam satu kubur
58. ‘Amru bin Al-Jamuh (dari Bani Haram)
59. Khallad bin ‘Amru bin Al-Jamuh
60. Abu Aiman, Maula ‘Amru bin Al-Jamuh
61. Salim bin ‘Amru bin Hadidah
62. Antarah (Maula Salim)
63. Sahal bin Qais bin Abu Ka’ab
64. Dzakwan bin ‘Abdu Qais
65.’Ubaid bin Al-Mu’alla
66. Malik bin Tumailah
67. Harits bin ‘Udai bin Khursyah
68. Malik bin Iyas
69. Iyas bin Udai
70. ‘Amru bin Iyas

Gambaran Mayat Shuhada Ketika Berlakunya Banjir

Waktu berlaku banjir di Madinah, kubur 70 orang ditenggelami air banjir sehingga menyebabkan mayat syuhada' Uhud terkeluar, dan kelihatan masih utuh serta segar lagi dan masih berdarah. Sayangnya, hanya dua mayat sahaja yang dikenali iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib kerana terdapat kesan tembus dadanya kerana telah dikeluarkan jantungnya oleh Hindun, badannya tegap dan agak tinggi, tangan Hamzah masih menutup lukanya di perutnya yang terkena lembing yang dilontar oleh Wahsy, bekas terkena lembing itu masih lagi berdarah biarpun mayat itu melalui masa ribuan tahun.

Mayat kedua yang dikenali ialah Saidina Abdullah bin Jahsy kerana di kenali dari kuping dan hidungnya yang terpotong-potong kerana diikat benang. Kedua-dua sahabat ini sahaja yang diletak nisan, manakala yang lainnya tidak dikenali, dikebumikan semula tanpa nisan. Jika kita menziarahi syuhada' Uhud sekarang ini, akan kelihatan dua nisan tersebut.

Syaikh Mahmud Ash-Shawaf adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, pekuburan yang terkenal. 

Beliau berkata” Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya diatas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir dan berbau wangi aroma misk. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”

Wallahualam..

Translate

CLOSE