Kisah Nabi Ibrahim & malaikat Izrail


Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada Allah. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.


“Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?” tanya Nabi Ibrahim.

“Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini,” jawab lelaki itu ringkas.

Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. “Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?”

Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, “Ya… aku adalah malaikat. Malaikat Maut!”

Lantas Nabi Ibrahim bertanya, “Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang mukmin?”

Berkata malaikat maut, “Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika.”
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.

Kata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka.

Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah itu.

“Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya,” jawab Izrail.

Apabila sudah mendapat keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah dan berbuat zalim?”

Jawab Izrail, “Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika.”

Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.

Apabila melihat keadaan malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.

Berkata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah.”

Agaknya, bagaimanakah nanti rupa malaikat maut apabila mencabut nyawa kita setelah sampai masa kita nanti??


Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail


Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail


Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". 

Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. 

Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Translate

CLOSE