Tempat roh berhimpun selepas kematian


Tempat roh berhimpun selepas kematian

SELEPAS kematian, di mana tempat berkumpulnya roh orang beriman dan orang kafir?

Di dalam buku Teman di Barzakh kupasan kitab Ziarah Ke Alam Barzakh karya Al-Imam Jalaluddin as-Suyuthi menyatakan Abdullah ibnu ‘Amr ibnu al-’As iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh seseorang berkenaan hal itu.

Beliau menjawab, roh orang beriman berada di dalam burung yang berwarna putih di bawah naungan Arasy Allah SWT dalam keadaan bersujud kepada-Nya. Setiap roh itu tidak berada di dalam satu tempat. Ada yang ditempatkan di dalam burung berwarna putih dan ada yang ditempatkan di dalam burung berwarna hijau berterbangan di dalam syurga Allah SWT.

Sementara itu, roh orang kafir ditempatkan di dalam bumi di lapisan ketujuh. Selepas nyawa seseorang dicabut, roh orang Mukmin akan dibawa melintasi roh orang yang beriman dan orang kafir. Ketika itu, akan berlaku sapa-menyapa dan bertanya khabar antara mereka. Ketika melintasi kumpulan roh orang beriman, kumpulan roh beriman itu bertanya hal keadaan sahabat mereka.

Sekiranya roh itu menjawab sahabat mereka sudah meninggal dunia, mereka akan menjawab roh si fulan sudah dihantar ke bawah iaitu lapisan bumi ketujuh. Itu bermaksud, roh berkenaan ditempatkan bersama-sama orang kafir. Apabila melintasi kum-pulan roh orang kafir, roh berkenaan akan bertanya keadaan kenalan mereka.

Jika roh itu menjawab si fulan sudah meninggal dunia, maka mereka membalas: “Sesungguhnya si fulan itu sudah dinaikkan ke bahagian atas” iaitu roh itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Di dalam satu riwayat daripada Abdullah ibnu Umar menyatakan, roh itu akan ditempatkan di dua tempat di dunia.

Jika roh itu dalam golongan orang baik, ia ditempatkan di Jabiyah iaitu lokasinya dikatakan berada di Syam. Ulama turut menyatakan, Syam adalah gabungan empat negara iaitu Palestin, Jordan, Lubnan dan Syria.

Roh orang kafir pula ditempatkan di satu lembah dinamakan Barhut yang dikatakan terletak di Yaman. Ali ibnu Abi Talib r.a sebagaimana dituturkan oleh Abu Bakar an-Najjad menyatakan, “Sebaik-baik lembah manusia adalah lembah Makkah. Seburuk-buruk lembah manusia adalah lembah al-Ahqaf, suatu lembah yang terdapat di Hadramaut yang dinamakan Barhut. Di dalamnya berkumpul arwah orang kafir.”

Menurut riwayat lain, Saidina Ali ibnu Abi Talib mengatakan, roh orang beriman semuanya ditempatkan di sumur zamzam iaitu Makkah. Bagaimanapun, apa yang tersirat daripada riwayat itu adalah roh orang beriman semuanya di tempat yang baik. Ibnu Jarir dalam tafsirnya menuturkan riwayat daripada Muhammad ibnu ‘Awf ath Thai’i yang diterimanya daripada Abu Mughirah.

Abu Mughirah mendengar daripada Safwan. Safwan pernah bertanya kepada Amir ibnu Abdillah di Yaman, “Apakah arwah orang yang beriman itu berkumpul?” Ibn Abdillah menunjuk ke bumi lalu membacakan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: ‘Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh.’” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 105)

Selepas itu, beliau berkata: “Itulah bumi tempat berkumpul arwah orang yang beriman sehingga hari kebangkitan.”

Kredit/Sumber: hmetro.com.my

Kisah Kematian Saad Bin Muaz Yang Menggegar Arasy Allah

Kisah Kematian Saad Bin Muaz Yang Menggegar Arasy Allah
Kisah Kematian Saad Bin Muaz Yang Menggegar Arasy Allah

Kisah Kematian Saad Bin Muaz Yang Menggegar Arasy Allah

Saad bin Muaz adalah salah seorang sahabat yang ikut berjuang dalam hampir setiap peperangan melawan musuh bersama-sama Rasullulah saw. Abu Nuaim meriwayatkan dariSaad bin Abi Waqqasbahawa di dalam perang Khandaq, Rasullulah saw diberitahu bahawa Saad bin Muaz mengalami luka parah hingga banyak darah yang keluar. 

Menurut Siti Aisyah, Rasullulah saw telah mendirikan sebuah khemah khas untuk menempatkan Saad supaya orang dapat merawat lukanya dan baginda sendiri mudah menziarahinya. 

Tetapi ketika hendak meletakkan senjatanya untuk berehat, malaikat Jibrail datang memberitahu bahawa peperangan belum tamat sehingga kaum muslimin berjaya menundukkan kaum Yahudi Bani Quraidzah. Rasullulah saw pun mengambil kembali senjatanya lalu memimpin pasukannya memerangi Bani Quraidzah hingga kekuatan mereka dimusnahkan. 

Saad yang mendapat tahu dari khemahnya bahawa Rasullulah saw akan memerangi Bani Quraidzah itu, lalu ia berdoa kepada Allah :"Ya Allah janganlah aku dimatikan sebelum aku merasa puas melihat Bani Quraidzah dihancurkan." 

Allah mengabulkan permintaan doa Saad lalu darah yang mengalir dari lukanya terus berhenti. Nabi saw sangat mengasihi Saad dan amat mempercayainya lalu baginda melantik Saad yang sedang luka itu sebagai hakim. Hakim yang akan bakal menjatuhkan hukuman ke atas kaum Yahudi yang mengkhianati Nabi dan kaum muslimin itu. 

Dalam pengadilan itu, Saad menjatuhkan hukuman bahawa orang lelaki Yahudi Bani Quraidzah dijatuhi hukuman bunuh, wanita dan kanak-kanak dilayan sebagai rampasan perang. Ini adalah hukuman akibat pengkhianatan mereka. Pengadilan Saad itu diakui sendiri oleh Rasullulah saw sebaik-baik pengadilan. Sebaik sahaja selesai pengadilan Saad itu, luka Saad itu pecah kembali hingga membawa kepada syahidnya. 

Abu Nuaim meriwayatkan bahawa sebaik sahaja berita kematian Saad diketahui oleh Rasullulah saw baginda terburu-buru keluar daripada khemahnya tanpa menoleh kepada sesiapa. Ada sahabat yang bertanya :"Mengapa Rasullulah saw begitu terburu-buru?" 

Nabi menjawab :"Aku takut aku didahului oleh malaikat Jibrail. Aku tidak mahu ditinggalkan oleh malaikat Jibrail seperti mana mereka mendahului aku ketika memandikan Hanzalah yang dimandikan malaikat Jibrail. 

Sebenarnya, yang menyampaikan berita kematian Saad kepada baginda ialah Malaikat Jibrail yang datang kepadanya dan bertanya:"Siapakah orang salih yang telah syahid hingga dibukakan baginya pintu langit dan Arasy bergerak kerananya." 

Maka tahulah Rasullulah saw bahawa yang syahid itu tidak lain ialah Saad bin Muaz. Peristiwa ini menunjukkan betapa kasihnya para Malaikat terhadap Saad seperti Allah mengasihinya. Imam Baihaqi meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa ketika wafat Rasullulah saw bersabda:"Arasy bergerak dan jenazahnya diiringi oleh 7,000 malaikat." 

Abu Nuaim meriwayatkan bahawa ketika jenazah Saad diusung ramai , seorang munafik seolah-olah berseloroh:"Tidak pernah kami memikul jenazah yang ringan seperti mayat Saad." 

Mendengar ucapannya itu, a saw menjawab:"Tentulah kerana ada 7,000 Malaikat yang ikut mengusung jenazah Saad dan mereka tidak pernah menginjakkan kaki mereka ke tanah" 

Ibnu Saad dan Nuaim melaporkan bahawa Muhammad bin syurahbil bin Hafsah berkata:"Ada seorang sahabat mengambil segumpal tanah dari kubur Saad bin Muaz yang berbau harum. Waktu tanah itu ditunjukkan kepada Rasullulah saw, Rasullulah saw bersabda:"Subhanallah! Subhanallah! Jika ada orang yang selamat dari himpitan kubur, maka orang itu adalah Saad bin Muaz."

Manakala Ibnu Saad pula meriwayatkan dari Saad Al Khudri yang berkata:"Aku termasuk salah seorang yang mengali kubur Saad, semakin dalam kami menggali tanah kubur Saad semakin wangi atau harum bau yang keluar dari celah-celah kuburannya.

Translate

CLOSE