Home » , , , » Hindun binti Utbah, Pemakan hati Singa Allah

Hindun binti Utbah, Pemakan hati Singa Allah

Hindun binti Utbah, Pemakan hati Singa Allah
Hindun binti Utbah, Pemakan hati Singa Allah

Hindun binti Utbah, Pemakan hati Hamzah bin Abdul Mutalib (Singa Allah)

Hindun binti ‘Utbah adalah seorang wanita Arab yang hidup pada lewat kurun ke-6 dan awal kurun ke-7M; dia adalah isteri kepada Abu Sufyan ibni Harb, seorang lelaki yang berkuasa di Makkah, di Semenanjung Arab barat. Abu Sufyan dan Hindun terdahulunya menentang Nabi Muhammad S.A.W. 

Dia adalah ibu kepada Muawiyah I, pengasas dinasti Umayyah, dan Ramlah binti Abi Sufyan, salah seorang isteri Nabi Muhammad S.A.W. Kedudukannya sebagai seorang sahabat Nabi masih dipersoalkan oleh kerana tindakan yang dia ambil terhadap masyarakat Islam sebelum dia memeluk Islam, khususnya suatu peristiwa yang dikatakan kanibalisme sewaktu medan perang. 

Dia dilahirkan di Mekah, anak perempuan dari salah seorang dari pemimpin yang berpengaruh Quraysh, ‘Utbah ibn Rabi'ah. Dia mempunyai dua adik-beradik lelaki: Abu-Hudhayfah ibn Utbah dan Walid ibn Utbah. 

TANPA bercerita kisah wanita yang seorang ini, pengetahuan kita terhadap sejarah Islam seolah tidak lengkap, sebagaimana yang diketahui umum, beliau mempunyai watak yang sangat protagonis dalam Perang Uhud, sehingga beliau digelar sebagai pemakan hati, iaitu umpama manusia kanibal yang sanggup mengunyah anggota badan manusia yang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri. 

Namun sangat menarik jika kita dapat mengenali watak ini dengan lebih dekat melalui pelbagai pihak yang bercerita mengenai Hindun yang begitu memusuhi Islam sejak zaman jahiliah. Namun kita tidak akan menemui sebarang kisah yang mendedahkan sama ada Hindun seorang wanita yang jelita atau cantik pada zamannya. Tetapi yang sering diceritakan ialah mengenai jiwanya yang kental, seorang yang pintar berkata-kata, berpendirian tegas dan sangat berpengaruh terhadap kaumnya. Pendek kata dia menepati ciri-ciri wanita bangsawan walaupun menimbulkan pelbagai konflik. 

Imam Ibnu Abdil Jarir menyifatkan Hindun sebagai: "Hindun adalah seorang wanita yang berjiwa besar dan memiliki kehormatan." Nama sebenar wanita ini ialah Hindun binti Utbah bin Robiah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf Al Umawiyah Al Qurasyiyah. Ibunya bernama Shafiyyah binti Umayyah bin Haritsah bin Al Auqashi bin Murrah bin Hilal bin Falih bin Dzikwan bin Tsa'labah bin Bahtah bin Salim. 

Dia digambarkan sebagai seorang wanita Arab yang sangat luhur di kalangan wanita-wanita lain. Dia dikatakan seorang yang sangat fasih ketika berbicara, sangat berani, kuat, berjiwa besar, seorang yang berfikir atau berpandangan jauh dan penyair yang baik serta bijak. Pendek kata, dengan sifat-sifatnya itu Hindun dipandang sebagai wanita yang mulia, sekali gus mengangkat nama dan nasab keturunannya untuk disegani dan dihormati oleh seluruh penduduk Arab terutama di zaman jahiliah. 

Anaknya yang sangat terkenal dalam sejarah Islam sebagai pengasas Dinasti Umayyah iaitu Muawiyah bin Abu Suffian pernah menceritakan mengenai ibunya itu: "Ibuku adalah wanita yang sangat berbahaya di zaman jahiliah tetapi di dalam Islam, beliau menjadi seorang wanita yang mulia dan baik." Sebelum berkahwin dengan Abu Suffian, Hindun dikatakan pernah berkahwin dengan seorang pemuda bernama Al Fakih bin Mughirah Al Makhzumi sehingga melahirkan dua anak tetapi mereka kemudiannya bercerai. 

Dalam hal ini Hindun berkata kepada orang tuanya: "Aku adalah wanita yang memiliki hak. Maka janganlah menikahkan aku lagi dengan seorang lelaki sebelum menawarkan dirinya kepada aku." Lalu apabila dua orang lelaki datang meminangnya selepas itu, Hindun benar-benar memilih lelaki manakah yang terbaik untuk beliau jadikan suami. Dia menolak lelaki pertama, iaitu seorang yang boleh dipengaruhi kerana kebodohannya walaupun dia dari kalangan keluarga terhormat. 

Walau apa sekalipun yang Hindun akan lakukan kemudian hari, lelaki itu dikatakan akan tetap setia di samping Hindun. "Kekurangan lelaki itu dapat dicukupkan (disempurnakan) dengan kecerdasanmu, " kata bapa Hindun, Utbah. Namun Hindun lebih memilih lelaki kedua yang meminangnya apabila mendapati lelaki itu menepati ciri-ciri yang dia kehendaki. Antaranya, memiliki kehormatan yang tinggi, nasab dan kecerdasan yang tulin, sangat aktif pergerakannya, sangat berwibawa sehingga lelaki itu dikatakan dapat mengatur keluarganya sehingga seluruh anggota keluarga tunduk hormat terhadapnya. 

"Adapun lelaki pertama, dia adalah tuan yang akan lenyap kemuliaannya, akan membinasakan isterinya sendiri kerana akan hidup di bawah telunjuk isteri yang lebih berkuasa. "Jika melahirkan keturunan, anak-anaknya pasti menjadi bodoh dan tidak mampu menunjukkan kehebatan. "Maka jauhkan lelaki itu dariku dan tidak perlulah bapa memberitahu aku akan namanya. "Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan keperibadiannya dan dia boleh menjadi suami yang memiliki kemerdekaan yang sebenarnya di samping jika dilihat dari nasabnya maka tiada penghalang untuk kami berumahtangga. 

"Tetapi siapakah lelaki itu wahai bapaku," tanya Hindun. "Dia adalah Abu Suffian bin Harb," jawab Utbah. Namun ada sumber sejarah lain yang cuba mempertikaikan keperibadian Hindun yang bangsawan itu dengan mengatakan wanita ini sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan ramai lelaki sebelum berkahwin dengan Abu Suffian, salah seorang pembesar ternama Quraisy Mekah. 

Dengan lain perkataan, mereka menuduh Hindun sebenarnya seorang pelacur, malah hamil hasil hubungan dengan Abu Suffian menyebabkan Hindun terpaksa memberikan rasuah yang besar terhadap pembesar itu bagi membolehkan mereka berkahwin. Beliau seorang wanita yang pada masa jahiliyahnya adalah sangat benci terhadap Islam dan berdiri di barisan terdepan dalam memerangi Islam. Ia adalah Hindun binti ‘Utbah, isteri Abu Sufyan, dan juga ibu dari Khalifah Umawiyah, Mu’awiyah bin Abi Sufyan. 

SEBELUM KEISLAMANNYA 

Kebencian Hindun binti ‘Utbah terhadap Islam mulai bersarang di hatinya dari awal munculnya Rasulullah S.A.W. bersama dakwahnya. Dan setelah terjadinya Perang Badar, kebenciannya bertambah kuat dengan adanya dendam yang membara di hatinya kepada pembunuh ayah, bapa saudara dan saudara lelaki nya di peperangan itu. Sehingga beliau bernazar akan mengunyah jantung orang itu jika ia dapat membunuhnya. 

Hindun binti ‘Utbah yang telah dikuasai kemarahannya, membuat perancangan yang sangat matang untuk melunaskan dendamnya terhadap pembunuh orang-orang terdekatnya itu. Untuk tugas membunuh ia serahkan kepada seorang budak yang bernama Wahsyi yang ia janjikan kebebasan bila berhasil membunuh musuhnya yang tak lain adalah Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasulullah S.A.W. dan saudara sesusuan beliau. 

Dan bila telah terbunuh maka ia sendiri yang akan mengambil jantungnya, untuk menunaikan nadzarnya yang gila itu. Maka pada Perang Uhud niatnya itu terlaksana dengan apa yang ia rencanakan. Pada perang itu Hindun mendampingi suaminya yang memimpin barisan kaum musyrikin untuk menghadapi kaum muslimin. Di sana Hindun mempunyai peranan penting, beliau akan memimpin para wanita untuk memberikan semangat kepada suami dan kerabat mereka yang berperang menghadapi kaum muslimin dengan memukul gendang dan bersyair.

 Apabila ada pasukan yang ingin berpaling tadah dan melarikan diri, maka mereka mendorong mereka kembali ke medan perang. Ketika Wahsyi berjaya membunuh Hamzah, datanglah Hindun dan terus membelah perut Hamzah yang sudah tak bernyawa itu, lalu mengambil jantungnya dan ia mengunyahnya kemudian memuntahkannya, sehingga ia dikenal dengan sebutan aakilatul akbaad (pemakan jantung). Tidak cukup dengan itu saja, ia juga mengambil hidung dan telinganya dan menjadikannya sebagai kalung. 

HINDUN MASUK ISLAM 

Akan tetapi, ketika Fathu (penaklukan) Makkah, Allah tidak hanya membuka gerbang Makkah untuk kaum muslimin, tapi la juga membuka hati dan mata Hindun, bahwa semua yang dibawa dan yang disampaikan Rasulullah S.A.W. adalah benar-benar datang dari Allah Ta’ala. Apabila Abu Sufyan yang sudah masuk Islam ketika itu, merasa hairan ketika Hindun memintanya untuk mengantarkannya kepada Rasulullah S.A.W. untuk masuk Islam.

Abu Sufyan berkata: “Aku lihat kelmarin engkau masih membenci perkataan ini”. Dengan jujur Hindun berkata: “Demi Allah, aku tidak pernah melihat Allah diibadati sebenar-benarnya di Masjid ini kecuali malam ini. Demi Allah, mereka tidak melewati malam kecuali dengan solat, berdiri, rukuk, dan sujud”. 

Lalu Abu Sufyan berkata: “Sesungguhnya engkau telah melakukan semua yang engkau perbuat dahulu, maka pergilah dengan seorang laki-laki dari kaummu”. Kemudian Hindun meminta Utsman bin Affan untuk mengantarkannya kepada Rasulullah S.A.W. Dengan menyamar, Hindun pergi menghadap Rasulullah S.A.W. la takut Rasulullah akan mengenalinya dan akan marah dan benci kepadanya atas apa yang ia perbuat terhadap bapa saudara Nabi, Hamzah di masa perang Uhud. Ketika itu Rasulullah S.A.W. berada di bukit Shofa bersama Umar bin Khoththob lalu Rasulullah S.A.W. memperkenankan Utsman dan Hindun juga beberapa wanita yang datang untuk berbai’at kepada beliau. 

HINDUN BERBAI’AT 

Rasulullah S.A.W. kemudian berkata: “Aku bai’at kalian supaya kalian tidak akan menyekutukan Allah dengan suatu apapun.” Hindun lalu mengangkat kepalanya dan berkata: “Engkau telah mengambil dari kami sesuatu yang tidak engkau ambil dari kaum lelaki, maka kami telah memberikannya kepadamu.” Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: “dan tidak akan mencuri.” la berkata: “Wahai Rasulullah S.A.W. , aku pernah mencuri harta Abu Sufyan, kerana ia adalah seorang yang pelik, apa yang ia berikan kepadaku tidak cukup bagiku dan anak-anakku, apakah harta itu halal bagiku?” 

Abu Sufyan berkata: “Ya, apa yang engkau ambil dahulu dan setelannya halal bagimu.” Rasulullah S.A.W. berkata: “Jadi, engkau ini adalah Hindun binti ‘Utbah?” la berkata: “Benar, wahai Rasulullah S.A.W., maafkanlah aku atas apa yang aku perbuat di masa lalu.” Beliau menjawab: “Semoga Allah memaafkanmu”. Beliau melanjutkan: “Dan tidak akan berzina.” la berkata: “Apakah wanita yang merdeka akan mau berzina?” 

Kemudian beliau berkata lagi: “Dan kalian tidak akan membunuh anak-anak kalian.” Hindun berkata: “Kami telah mendidik mereka di masa kecil dan kalian membunuh mereka di Badar ketika dewasa.” Mendengar perkataan itu Rasulullah S.A.W. dan Umar pun tertawa, Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: “Allah-lah yang membunuh mereka, wahai Hindun.” 

Kemudian beliau membaca surat al-Anfal ayat 17 dan berkata: “Dan tidak akan berbuat dusta yang kalian ada-adakan dengan tangan dan kaki kalian (dusta di sini maksudnya adalah mengada-adakan pengakuan palsu mengenai hubungan antara laki-laki dan perempuan, seperti tuduhan berzina, tuduhan bahwa anak si Fulan bukan anak suaminya dan sebagainya).” Hindun berkata: “Sesungguhnya dusta itu adalah perbuatan yang sangat jelek. Engkau tidak menyuruh kami kecuali kepada petunjuk dan akhlak yang mulia.” 

Beliau berkata: “Dan kalian tidak akan mendurhakaiku dalam urusan yang baik.” la berkata: “Tidaklah kami duduk di majlis ini, dan kami ingin mendurhakai Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian Rasulullah S.A.W. membai’at mereka dan memintakan ampunan bagi mereka. Setelah berbai’at, Hindun berkata kepada Rasulullah S.A.W. “Wahai Rasulullah, sebelumnya tidak ada satu penghuni rumah pun di permukaan bumi ini yang aku ingin mereka terhina kecuali penghuni rumahmu, namun sekarang tidak ada satu penghuni rumah pun di permukaan bumi ini yang aku ingin mereka mulia selain penghuni rumahmu.” Lalu Rasulullah S.A.W. berkata: “Dan juga Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya”. 

SETELAH MENJADI MUSLIMAH 

Suatu hari ketika telah masuk Islam, setelah Allah membukakan hatinya untuk iman yang mana sebelumnya tertutup oleh kekafiran dan dibekukan oleh kemusyrikan, Hindun pernah mengirimkan hadiah kepada Rasulullah S.A.W. yang dihantarkan oleh budak perempuannya. Ketika itu Rasulullah S.A.W. sedang berada di khemah bersama isteri-isteri beliau dan beberapa orang wanita dari Bani Abdul Mutalib. 

Budak itu berkata:. “Sesungguhnya nyonyaku mengirimkan hadiah ini untukmu dan ia meminta maaf kepadamu.” Kemudian budak itu menyambung: “Sesungguhnya kambing kami akhir-akhir ini jarang beranak, hadiah ini adalah domba betina yang dipanggang”. Rasulullah S.A.W. lalu berkata: “Semoga Allah memberkati kambing kalian dan memperbanyak kelahirannya”. 

Kemudian pulanglah budak itu menghadap nyonyanya dan menceritakan do’a Rasulullah S.A.W. tadi. Maka senanglah Hindun dengan do’a Rasulullah S.A.W. itu. Budak tersebut menceritakan: “Kami melihat sendiri bagaimana banyaknya anak kambingnya dan seringnya melahirkan, yang tidak pernah kami lihat sebelumnya”. Hindun berkata: “Ini adalah berkat do’a Rasulullah S.A.W.”. Hindun berusaha menghapus masa lalunya dengan ikut serta berjihad di Perang Yarmuk, dan di sana ia mendapatkan cubaan yang baik. 

la pernah berkata mengingat masa lalunya: “Aku pernah bermimpi berdiri di bawah matahari dan di dekatku ada tempat berteduh namun aku tidak boleh berlindung di bawahnya. Ketika aku telah masuk Islam, aku bermimpi seolah-olah aku telah masuk dalam lindungannya. Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kita kepada Islam”. Dengan kata-kata inilah Hindun binti ‘Utbah menghiburkan dirinya sampai akhir hayatnya di masa kekhalifahan Umar bin Khattab pada tahun 14 H. Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya di syurga Firdaus yang tinggi. Amin.


Share artikel ini:

Penafian! Maklumat yang dipaparkan di blog ini diperoleh daripada pelbagai sumber dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah atau kemudaratan yang timbul akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung dalam blog ini. Terima kasih.

3 comments:

  1. alangkah indahnya hidup di zaman rasulu33ah s.a.w

    BalasPadam
  2. Seandainya kita (aku atau kamu) hidup di zaman rasullullah..Apakah dilunakkan hati kita utk beriman kpd Allah dan RasulNya muhammad SAW.. Bagaimana bila saat itu kita tergolong org2 yg menentang Nabi dan Allah menutup hati kita.. Alangkah bergembiranya terlahir sbg Islam (nikmat iman) dan tidak harus mencari dan menggali agama apa yg terbaik di dunia saat ini.. Islam agama rahmatan lil 'alamin..

    BalasPadam
  3. Hindun cuma pura2 masuk islam dendam kesumat leluhur hindun yang mati di uhud tidak bisa hilang,dan islam hanya bisa dihancurkan oleh munafiqin dari dalam buka dari luar

    BalasPadam

Translate

CLOSE