Pakaian
Menyukai warna hijau dan putih. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘qamis;. Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas.
Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat. Bagindìa sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah. Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis. Kemeja mengenakan kancing baju.
Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja.
Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba. Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya. Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya.
Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian. Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang. Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam. Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam).
Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”.
Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya. Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.
Cincin
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai cincin dijari manis dan kelingking. Baginda tidak pernan memakai cincin di ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk.
Cincin Baginda diperbuat dari perak manakala permatanya dari Abessina (Habsyi). Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘Muhammad’ satu baris, ‘Rasul’ satu baris, dan ‘Allah’ satu baris. Sesungguhnya apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masuk ke jamban, maka ia melepaskan cincinnya. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu.
Baginda mengchopkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.
Serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai ‘qalansuah’ (kupiah); dengan atau tanpa serban. Dalam urusan rasmi Baginda sering memakai serban berwarna hitam.
Mempunyai serban as-sahab (awan) yang kemudiannya diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.
Khuf
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menerima hadiah sepasang khuf hitam pekat dari an-Najasyi. Iaitu setokin yang diperbuat dari kulit nipis yang dipakai di musim sejuk. Ketika memakai khuf, Baginda berwuduk hanya dengan menyapu keduanya (yakni tidak membasuh kaki).
Sandal
Sandal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diperbuat daripada kulit dan mempunyai tali qibal dikedua-dua belahnya. Baginda sering memakai sandal dengan memulainya dari yang sebelah kanan dan bila ia melepaskannya, bermula dari yang sebelah kiri.
Senjata
Nama pedang perang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Zulfaqar. Lain-lain pedang: Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur. Lain-lain Barangan Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak yang diisikan kulit kayu kurma yang halus.
Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal. Baginda tidur di atas tikar yang dibawahnya tiada suatupun yang lain. Nama bendera Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam a: Al-‘Uqab. Nama untanya: Al-‘Udl-ba, nama kudanya: Al-Duldul, nama kaldainya: Ya’fur. nama kambingnya: ‘Ainah.
Baginda mempunyai tempat bersuci dari tembikar, yang beliau berwuduk padanya dan meminum daripadanya. Maka orang banyak menghantar anak-anaknya yang kecil yang telah berakal. Lalu mereka itu masuk ke tempat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka itu tiada ditolak untuk masuk ke tempat beliau.
Apabila anak-anak itu mendapat air pada tempat bersuci tadi, lalu mereka minum. Dan menyapu mukanya dan tubuhnya dengan air tersebut. Mereka itu mencari barakah dengan yang demikian. والله أعلم بالصواب (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Share artikel ini:
Thank's Infonya Bray .. !!!
BalasPadamwww.bisnistiket.co.id