Gambar: Terowong yang di gali Israel di bawah Masjid Al-Aqsa
Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui
secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk
“membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan
ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah
Masjidil Al-Aqsa.
Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita
tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini
memerlukan perhatian dunia Islam. Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa
yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan
nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi! Nabi
Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa Berbalik kepada
sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab
membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”.
Nabi Sulaiman As berbeza dari
Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat
manusia, dan bangsa jin. Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat
Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara
ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat
mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan
pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah,
kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar
untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin
dan setan.
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran
mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait
walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh
berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh
melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin
“baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan
manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT. Jadi arahan Nabi Sulaiman AS
supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir
kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang
berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak
akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
Baginda menanamkan
buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik
beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of
Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman
a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir
berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka
pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan.
Mereka benar-benar
jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan
pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera
menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. Ahli okultisme
menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan
kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima
rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran
sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka,
melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang
nyata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan