Gambar Hiasan: Lalat |
Masuk Syurga kerana lalat
Pada suatu hari, ketika sedang duduk bersama para sahabat , Rasulullah SAW telah bercerita,
"Ada seorang lelaki masuk syurga kerana lalat ," kata baginda . "Dan di sebaliknya , ada seorang lelaki masuk neraka , juga kerana lalat ," .
"Macam mana hal itu boleh terjadi , ya Rasulullah?" tanya salah seorang sahabatnya .
Lalu Rasulullah SAW meneruskan ceritanya.Menurut baginda , pada suatu ketika , dua orang pengembara beragama Islam telah melalui sebuah perkampungan yang dihuni oleh penyembah berhala . Dua orang pengembara itu ditangkap oleh orang-orang kampung itu .
"Sesiapa pun tidak boleh keluar dari kampung ini sebelum menyembelih haiwan korban untuk berhala kami !" kata ketua kampung itu .
"Tapi aku tak ada apa-apa untuk dikorbankan," jawab seorang daripada dua orang pengembara itu .
"Ya , nampaknya memang benarlah engkau berdua tidak ada apa-apa untuk dikorbankan buat berhala kami.Tetapi engkau boleh sembelih haiwan apa-apa pun yang terdapat di sini , hatta seekor lalat sekalipun tetap kami terima sebagai korban."
"Baiklah , aku akan sembelih seekor lalat asalkan engkau melepaskan aku," jawab salah seorang daripada pengembara itu .
Seterusnya dia menangkap seekor lalat dan menyembelih lalat itu . Perbuatannya direstui oleh ketua kampung dan orang kampung berkenaan . Seterusnya , dia telah dilepaskan .
Malangnya, oleh kerana perbuatannya itu , dia telah syirik kepada Allah SWT. Dialah lelaki yang memasuki neraka kerana lalat .
Selepas membebaskan lelaki yang menyembelih lalat tadi, ketua kampung itu menggesa seorang lagi tawanannya untuk melakukan hal yang sama namun dijawab oleh tawanan itu:
"Aku tak akan menyembelih apa-apa untuk berhala kamu. Aku hanya menyembah Allah yang Esa , Tuhan semesta alam."
"Cepat , sembelihlah lalat atau kau akan kami bunuh! "
"Tidak , aku hanya menyembah Allah , aku tidak akan melakukan korban sembahan untuk berhala kamu!" tegas tawanan itu .
Oleh itu , beliau telah dibunuh . Dialah lelaki yang masuk syurga kerana lalat.
Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan