Pages

30 September 2010

Umat Islam dibahagikan kepada 12 saf di hari akhirat



Pada suatu hari Muas bin Jabal bertanya pada Rasulullah tentang hari kiamat. Mendengar pertanyaan itu Rasulullah menangis. Di padang masyar pada hari kiamat, umat Islam terbahagi kepada 12 saf.

SAF PERTAMA
Manusia dibangkitkan dari kubur yang tidak mempunyai kaki dan tidak bertangan. Ini adalah kerana di dunia mereka suka menyakiti jiran-jirannya dan mereka akan dicampakkan ke dalam neraka.

SAF KEDUA
Manusia dibangkitkan dari kubur mnyerupai babi menuju ke padang Masyar. Ini adalah kerana mereka mempermudahkan sembahyang (lalai serta tidak menunaikan janjinya yang telah dilafazkan dalam solah) Firman Allah di dalam surah Al-Maun, ayat 45 & 47, bermaksud “Maka celakalah bagi orang-orang yang sembahyang iaitu yang lalai dalam sembahyang.

SAF KETIGA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan perutnya buncit seperti bukit atau gunung dan dipenuhi dengan ular-ular dan kalajengking. Besar ular dank ala itu seperti keldai. Ini adalah kerana semasa hidup mereka tidak pernah mengeluarkan zakat dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

SAF KEEMPAT
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan mulutnya yang mengeluarkan darah. Ini adalah kerana di dunia mereka berdusta di dalam jual beli dan mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

SAF KELIMA
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan badannya berbengkak-bengkak dan berbau lebih busuk daripada bangkai manusia. Ini adalah kerana di dunia mereka menyembunyikan kejahatan serta menunjukkan kebaikkan kerana mereka takutkan manusia sedangkan mereka tidak takut kepada Allah. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.

SAF KEENAM
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan halkum terpotong kerana di dunia mereka berdusta dan bersumpah palsu. Mereka akan dicampakkkan ke dalam api neraka.

SAF KETUJUH
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang masyar dengan keadaan mulutnya mengeluarkan darah dan nanah. Mereka menegah orang lain menjadi saksi keppada pihak yang benar sewaktu di dunia dan akan dicampakkkan ke dalam api neraka.

SAF KELAPAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan kakinya di atas kepalanya, kepalanya tunduk kerana malu akibat melakukan zina dan tidak sempat bertaubat. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

SAF KELAPAN
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke padang Masyar dengan keadaan mukanya hitm dan matanya biru serta perutnya penuh dengan api, maka dicampakkan mereka ke dalam api neraka.

SAF KESEPULUH
Manusia yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya, dibangkitkan dari kubur dengan keadaan badannya penuh dengan kurap dan sopak. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

SAF KESEBELAS
Manusia yang minum arak (kaki botol), mereka akan dibangkitkan dari kubur dengan hati dan matanya buta, giginya seperti tanduk lembu jantan serta bibirnya melabihi dada dan lidahnya terjulur ke perut. Mulutnya pula mengeluarkan benda-benda yang najis lagi jijik. Mereka akan dicampakkan ke dalam api neraka.

SAF KEDUABELAS.
Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke Padang Masyar dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama, lalu melintasi titian SIRATUL MUSTAQIM seperti kilat cepatnya kerana sewaktu di dunia mereka mengerjakan amalan yang baik tanpa maksiat, menjaga solah dan mati bertaubat. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga serta mendapat keampunan Ilahi……..



SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DIDALAM SAF YANG KEDUABELAS AMIN………………..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan