Seseorang yang ditentukan Allah untuk menjadi nabi dan rasul adalah hamba yang terbaik, sabar dan soleh.
Nama nabi Zulkifli adalah di antaranya. Bapa nabi Zulkifli bernama nabi Ayyub. Manakala ibunya bernama Rahmah. Nama sebenar nabi Zulkifli adalah Basyar. Namun, kerana selalu berpegang kepada amanah dan janji, maka baginda digelar Zulkifli. Zulkifli bererti orang yang sanggup. Sejak kecil hingga dewasa dia tidak pernah berbohong kepada sesiapa.
Semua janji yang diucapkannya sentiasa ditepati sehingga teman dan ramai orang amat senang kepadanya. Baginda terkenal di kalangan masyarakat lantaran tingkah lakunya mencerminkan kebaikan dan kebenaran. Sikap dan pendiriannya tidak mudah goyah. Emosinya mampu dikawal secara baik. Saat ditimpa cubaan dan dirundung masalah, Baginda menerimanya dengan sabar, tanpa mengeluh. Nabi Zulkifli dibesarkan di sebuah negara yang dipimpin seorang raja yang arif dan bijaksana. Raja tidak suka mementingkan dirinya. Semua fikiran, tenaga dan harta kekayaannya ditumpahkan demi wilayah dan bangsa yang dicintainya. Justeru, rakyat hidup dalam aman dan makmur. Sayangnya raja itu sangat tua dan tidak memiliki keturunan. Raja sangat gelisah mengenai penggantinya kelak, termasuk nasib negara dan warganya.
Hampir setiap hari raja memikirkan persoalan itu. Maka, baginda meminta pertimbangan dan berbincang dengan penasihat istana. Akhirnya ditemukan jalan keluar terbaik, iaitu mengadakan sayembara terbuka dan ia tersebar ke seluruh negara. Sayembara itu untuk memberi kesempatan kepada seluruh rakyatnya agar memimpin negara. Rakyat diminta hadir di istana pada hari dan waktu yang ditentukan.
Saat yang ditunggu tiba. Sejak pagi hari rakyat datang beramai-ramai untuk menyertai sayembara berkenaan.
Nabi Zulkifli adalah antara yang hadir. Kemudian, muncul raja dengan baju kebesarannya dan berdiri di mimbar. Baginda memandang lautan manusia dan mereka mulai diam dalam suasana hening itu. “Wahai seluruh rakyat yang beta cintai, seperti diketahui, usia beta sudah lanjut. “Beta pun tidak mempunyai keturunan yang boleh meneruskan kejayaan kerajaan ini. Beta tidak akan lama lagi berada di antara kalian semua. “Sebagaimana yang berlaku selama ini, titah raja selalu dituruti dan tingkah lakunya diikuti rakyatnya. Maka dari itu, beta akan mengambil seorang daripada kalian yang terbaik. “Syarat utamanya, orang yang akan menggantikan tempat beta adalah orang yang pada siang hari melakukan puasa dan malam hari mengerjakan ibadah.” Demikian kandungan ucapan raja dengan nada yang tegas dan berwibawa. Raja mempersilakan rakyatnya yang sanggup dengan syarat yang diberikan itu agar mengangkat tangan. Namun selepas menunggu beberapa ketika, tidak ada seorang pun yang berani mengangkat tangan. Bagi mereka, syarat itu terlalu berat. Tiba-tiba nabi Zulkifli mengangkat tangan, melangkah ke hadapan raja, kemudian berkata dengan rendah hati; “Maaf, hamba sanggup menjalankan puasa di siang hari dan mengerjakan ibadah pada malam hari.” Semua yang hadir terkejut, tidak terkecuali raja. Raja tidak yakin kepadanya melihat usia nabi Zulkifli yang masih muda. Raja merenung nabi Zulkifli. Nabi Zulkifli kembali menegaskan; “Wahai tuanku, hamba tidak main-main dengan ucapan hamba. Apa yang tuanku minta akan hamba laksanakan.” Raja terdiam lantas memutuskan untuk menerima permohonan nabi Zulkifli. Malam harinya raja tidur dengan tenang. Sejak itu nabi Zulkifli tinggal di istana. Namun, kemewahan di istana, kilauan permata, hamparan permaidani tidak membuat nabi Zulkifli lupa diri. Beliau tetap hidup sederhana seperti dulu. Menjelang detik kemangkatan raja, baginda berpesan kepada nabi Zulkifli agar menjalankan tanggungjawab yang diamahkan kepadanya.
Nabi Zulkifli bersumpah menjaga amanat itu hingga akhir hayat. Kewafatan raja menimbulkan kedukaan rakyatnya.
Rakyat berharap pemimpin mereka lebih membawa kebaikan, kemakmuran dan kedamaian. Selepas menjadi raja, nabi Zulkifli mulai mengatur jadual berpuasa, beribadah serta melayani rakyatnya sepenuh jiwa.
Nabi Zulkifli bekerja siang dan malam. Seluruh keperluan rakyatnya dipenuhi. Urusan mereka diselesaikan secara baik dan adil tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Beliau tidak membezakan orang yang mahu meminta pertolongan. Semua diperlakukan sama rata dengan sabar. Hasilnya, di bawah kepemimpinan nabi Zulkifli rakyat hidup dengan senang dan bahagia. Sejak menjadi raja, nabi Zulkifli makin bertambah kuat ketakwaannya kepada Allah.
Pada satu malam, ketika nabi Zulkifli beranjak ke tempat tidur, pintu katilnya diketuk seorang pembantu istana. Menurut pembantunya, seorang warga datang untuk meminta bantuan. Nabi Zulkifli kemudian menemuinya dengan sikap ramah. Warga itu segera mengadukan persoalannya dengan menundukkan wajahnya. Dia mengaku baru dirompak di tengah perjalanan. Harta bendanya dirampas orang. Nabi Zulkifli mendengarnya dengan penuh kesabaran. Setelah meneliti apa yang disampaikan, nabi Zulkifli berasa ada yang ganjil. Lokasi yang tempat berlakunya peristiwa rompak itu adalah kawasan aman. Di wilayah negeri itu tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu. Nabi Zulkifli kemudian bertanya siapa sebenarnya tetamu berkenaan. Dia mengaku identiti sebenarnya adalah iblis yang menyerupai manusia. Tujuan kedatangannya itu hanya untuk menguji dan membuktikan kesabaran, kebaikan dan kesolehan Nabi Zulkifli. Kemudian, iblis itu pun menghilangkan diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan