Asy-Syaima Saudara Susuan Rasulullah

 Asy-Syaima Saudara Susuan Rasulullah
Gambar Hiasan

ASY-SYAIMA atau nama sebenarnya Khadzzamah atau Hadzafah ialah anak perempuan Halimatus as-Sadiah. Halimatus as-Sadiah ialah ibu susuan Nabi Muhammad.

Asy Syaima turut menjaga dan mengasuh Nabi Muhammad semasa kecil. Dia dan Nabi Muhammad adalah saudara susuan. Dia selalu membantu ibunya menjaga Nabi Muhammad.

Semasa umur Nabi Muhammad dua tahun, Halimah dikehendaki menghantar Nabi Muhammad kepada ibunya, Aminah. Namun selepas mendapat persetujuan Aminah, Halimah dapat membawa pulang Nabi Muhammad dan terus menjaganya sehingga berusia lima tahun.

Nabi Muhammad suka bermain bersama-sama anak-anak Halimah. Halimah mempunyai tiga orang anak iaitu Abdullah, Anisah dan Asy-Syaima. Halimah ada menggembala kambing. Sejak Nabi Muhammad tinggal dengannya kambing-kambingnya mengeluarkan hasil yang banyak.

Semasa Halimah mengawal kambing-kambingnya, Nabi Muhammad akan diawasi dan dijaga oleh Asy-Syaima.

"Mari ke sini Muhammad. Kakak akan bawa awak bermain di sana," kata Asy-Syaima sambil mendukung Muhammad yang masih kecil.

Asy-Syaima sering membantu ibunya menjaga Nabi Muhammad. Dia akan memastikan Nabi Muhammad berada dalam keadaan baik. Dia selalu bermain-main dengan Nabi Muhammad. Jika Nabi Muhammad berlari, dia akan mengejarnya. Jika Nabi Muhammad nampak keletihan, dia akan mendukung Nabi Muhammad.

"Jangan main panas," ujar Halimah menasihat Asy-Syaima dan Nabi Muhammad.

"Baik, saya akan jaga Muhammad elok-elok," kata Asy-Syaima kepada ibunya.

"Muhammad mari kita main di bawah pokok sana," ajak Asy-Syaima.

Nabi Muhammad segera menuruti pelawaan Asy-Syaima. Mereka bermain di bawah pokok. Sedang asyik mereka bermain, Asy-Syaima pun menyanyikan satu lagu untuk Nabi Muhammad.

Lagu itu berbunyi, "Wahai tuhan kami, biarkan Muhammad bersama kami sehingga saya dapat melihat Muhammad meningkat remaja dan menjadi seorang pemuda. Seterusnya saya dapat melihat dia menjadi pemimpin yang terhormat dan disegani. Binasakan musuh-musuh dan orang yang selalu dengki kepadanya. Berilah dia kekuatan dan kemuliaan yang abadi".

Ungkapan-ungkapan Asy-Syaima itu akhirnya menjadi kenyataan. Pada suatu hari, Halimah sibuk membuat kerjanya. Dia terlupa melihat tempat Nabi Muhammad bermain.

Pada hari itu cuaca sangat panas. Jenuh Halimah mencari Nabi Muhammad disekeliling rumahnya tetapi tidak jumpa.

"Ke manakah agaknya Muhammad ini?" bisik Halimah sendirian.

Kemudian Halimah teringat Asy-Syaima sering bermain dengan Nabi Muhammad. Dia segera mendapatkan anak-anaknya itu. Dia pergi ke tempat permainan yang biasa mereka main.

"Di sinikah kamu berdua. Hari ini panas terik. Mengapakah kamu biarkan Muhammad bermain di tengah panas?" tanya Halimah kepada anak perempuannya itu.

Asy-Syaima lantas menjawab, "Muhammad tidak pernah terkena panas matahari. Saya selalu mengikutinya dan lihat ada sekelompok awan yang melindunginya. Apabila Muhammad berlari, awan itu juga turut bergerak pantas. Apabila Muhammad berhenti, awan itu juga berhenti".

Halimah terkejut mendengar cerita anak perempuannya itu. Dia seperti tidak percaya dengan cerita anaknya itu.

Lalu Halimah pun bertanya, "Benarkah? Atau kamu sengaja membuat cerita supaya kamu tidak dimarahi oleh ibu".

"Benar ibu. Saya berkata benar," jawab Asy-Syaima.

Halimah menjadi hairan. Dia melihat wajah Nabi Muhammad. Kejadian itu adalah satu peristiwa aneh yang berlaku ke atas Nabi Muhammad. Dia dapat merasakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang anak yang baik.

Kemudian Halimah berkata sendirian, "Dahulu semasa mula-mula saya bawa Muhammad ke perkampungan ini, semua kambing peliharaan saya menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak.

"Pada hal waktu itu tempat ini mengalami musim kemarau yang panjang. Pada hari ini pula satu lagi kejadian aneh berlaku kepada Muhammad. Muhammad memang anak yang baik dan teristimewa".

Selama lima tahun Nabi Muhammad diasuh dan dijaga oleh Halimah dan dibantu oleh Asy-Syaima. Mereka hidup dengan aman dan bahagia. Asy-Syaima dan keluarganya sangat dihormati dan dicintai oleh Nabi Muhammad.

Kredit/Sumber: Utusan Online

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan
Gambar Hiasan

Bukan tetamu, tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib. Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala, pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita.

Siapakah wanita itu, apa yang dia lakukan di dalam rumah kita? Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini .

Apa Kerja Jin Ummu Sibyan ?

Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil, jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan. Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung .

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil , di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya , maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua. Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan, diantaranya adalah;

1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh . 

Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini ; 

1. Sawan tangis 
2. Autisme (over hiperaktif) 
3. Nakal dan keras kepala 
4. Malas 

Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ; 

1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar , yang mungkin berlangsung sampai tengah malam 
2) Kusut fikiran 
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang 
4) Mengigau ketika tidur 
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan 

Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan; 

1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib 
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering) 

Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak; 

1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis 2) Halau dengan bahasa sendiri seperti “wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” 

InsyaAllah dengan izin Allah, 

Ummu Sibyan akan pergi …

Wallahualam..

Rabiah Teman Rasulullah Di Syurga

Rabiah Teman Rasulullah Di Syurga

Sahabat ini seorang yang tekun beribadah kerana mengharapkan dapat menjadi teman Rasulullah SAW di syurga. Namanya, Saidina Rabiah bin Ka'ab. Ketika Islam mula tersebar dikota Madinah, usianya masih kecil. Bagaimanapun, Islam sudah meresap ke dalam kalbunya sehingga beliau merasai nikmat keimanan. Tatkala kali pertama melihat Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah Baginda, Rabiah berkata: "Aku langsung jatuh hati pada Rasulullah SAW. Aku amat mencintai dan merinduinya sehinggakan ke mana sahaja Baginda pergi, aku pasti akan cuba sedaya upayaku untuk mengikut Baginda."

Rabiah Teman Rasulullah Di Syurga
Gambar Hiasan
Satu hari Rabiah berkata kepada dirinya: "Wahai Rabiah, mengapa engkau tidak menghadiahkan dirimu untuk Rasulullah SAW sebagai orang yang berkhidmat kepada Baginda. Serahkanlah dirimu kepada Baginda dan jika Baginda meredai engkau, maka berbahagialah engkau kerana dapat mendekati Baginda SAW. Bahkan meraih cinta Rasulullah SAW. Engkau akan meraih kebaikan dunia mahupun akhirat." 

Tidak lama sesudah itu, beliau bertemu Rasulullah SAW untuk menawarkan dirinya menjadi pembantu Baginda dan Baginda tidak menghampakan harapan Rabiah. Inilah antara sunah Baginda yang sentiasa menunaikan harapan dan permintaan orang lain. Rabiah diterima menjadi pembantu Rasulullah SAW dan sejak itu, Rabiah umpama bayang-bayang Baginda. Ke mana sahaja Baginda pergi, pasti Rabiah akan mengikutinya. Apabila malam berlabuh dan selesai Rasulullah SAW mengerjakan solat Isyak, barulah Rabiah pulang. Tetapi, terdetik di hatinya jika beliau pulang dan Rasulullah SAW bangun di tengah malam serta berhajatkan sesuatu, siapakah yang akan menyempurnakan permintaan Baginda. 

Memikirkan perkara itu, Rabiah terus setia menunggu di hadapan pintu rumah Rasulullah SAW. Beliau menjadikan bendul rumah Baginda sebagai bantal. Kebaikan dibalas Rasulullah Rasulullah SAW selalu sembahyang malam dan sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan kepadanya, Baginda akan membalas kebaikan dilakukan oleh orang itu. Ini sunah Rasulullah SAW. Disebabkan Rabiah sudah lama berkhidmat dan berbakti kepadanya, Rasulullah SAW ingin membalas kebaikan Rabiah itu. 

Pada satu hari, Baginda memanggilnya dan Rabiah segera datang kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda berkata: "Mintalah sesuatu kepadaku dan hari ini akan aku berikan kepadamu." Rabiah membalas: "Tidak pernah terlintas di hatiku ya Rasulullah untuk meminta sesuatu daripadamu." Kemudian Baginda menyuruh Rabiah berfikir dahulu dan kembali semula jika ada permintaan. Rabiah seorang anak muda yang fakir dan tidak mempunyai apa-apa. 

Beliau kemudian berfikir untuk meminta sesuatu kebaikan daripada kebaikan dunia supaya keluar daripada kemiskinan. Saat Rabiah melangkah menuju ke rumah Baginda SAW, hatinya berbicara: "Wahai Rabiah, kenapakah perlu kamu meminta kebaikan kehidupan dunia yang tidak kekal, sedangkan Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang sangat besar di sisi Allah SWT. Andai kata kamu meminta kepadanya kebaikan akhirat, pasti Allah SWT akan tunaikan dan kabulkan permintaan kamu." 

Pada ketika Rabiah berasa tenang kerana tahu apakah yang mahu diminta kepada Rasulullah SAW. Kakinya melangkah laju. Tatkala melihat Rabiah, Rasulullah SAW tersenyum lantas berkata: "Sekarang, apa yang kamu ingin minta wahai Rabiah?" Rabiah kemudian menjawab tanpa bertangguh: "Ya Rasulullah, aku meminta kepadamu untuk berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT menjadikan aku sebagai teman baikmu di dalam syurga." Maka Rasulullah SAW terkejut dengan permintaan itu lalu Baginda bertanya: "Siapa yang menasihatimu untuk meminta sebegini?" Rabiah mengatakan: "Tiada sesiapa." Rasulullah bertanya lagi: "Tidakkah kamu mahu menukar kepada permintaan yang lain?" Kata Rabiah: "Tidak ya Rasulullah." Baginda kemudian berkata: "Jika begitu wahai Rabiah, bantulah aku dengan kamu memperbanyakkan sujud." Perbanyak sujud dalam solat Maka, dengan sebab ini jika kita teliti daripada kehidupan orang soleh, mereka memperbanyakkan sujud dengan banyaknya solat. 

Disebutkan oleh anak Imam Ahmad ibn Hanbal, bahawa Imam Ahmad solat malam sehingga 300 rakaat kerana ingin menjadi teman Rasulullah SAW di syurga. Sejak itu, Rabiah sangat menekuni bukan hanya solat tetapi seluruh ibadah supaya dapat mengecapi cita-cita untuk bersama Rasulullah SAW di syurga. Beginilah kisah sahabat yang seluruh hidupnya diberikan untuk berkhidmat kepada kekasih Allah SWT. Semoga kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW yang kita lafazkan, dapat kita ungkaplan dengan perbuatan dan amalan.

PERBANYAKKAN sujud kita ketika solat supaya dapat menjadi teman baik Rasulullah di syurga. ALANGKAH indahnya hidup kita jika dapat berdampingan dengan Rasulullah SAW di dalam syurga. 

Wallahualam

Kredit/Sumber: BeritaHarian

Bentuk Dan Ciri Dajjal Laknatullah

Bentuk Dan Ciri Dajjal Laknatullah

ciri dajjal
Gambar Hiasan

Pandangan Imam al-Qurtubi dalam al-Tazkirah. Antara lain katanya:

Dajjal adalah fitnah yang amat besar sehingga Rasulullah SAW sering membaca doa memohon perlindungan daripada Dajjal dalam setiap solatnya. Perkara ini berdasarkan pada hadis sahih: Daripada Aisyah Ummul Mukminin, bahawa Rasulullah SAW pada setiap solat (setelah tahiyat akhir) membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا، وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مَنَ الْمَاْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu daripada azab kubur, aku berlindung pada-Mu daripada buruknya fitnah al-Masih al-Dajjal, daripada fitnah hidup dan mati. Ya Allah aku berlindung pada-Mu daripada dosa serta hutang yang sukar untuk dibayar.” Riwayat al-Bukhari.

Disunahkan membaca doa pada akhir solat sebelum memberi salam menurut hampir semua ulama dan bahkan ada ulama yang mewajibkan membacanya.

Secara terperinci, ciri-ciri Dajjal dapat dilihat dalam beberapa hadis berikut:

  • “Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh Rasulullah SAW jaf, fa’, ra’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun oleh mukmin yang buta huruf. Menurut kami, perkara ini tidak akan tersembunyi (meragukan) lagi bagi sesiapa sahaja.”
  • “Ternyata dia seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting, dan bermata sebelah.” Riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Umar.
  • Dalam hadis riwayat Thabrani daripada Abdullah Ibnu Mughaffal dinyatakan, “Dajjal berkulit coklat dan dan berambut kerinting.”
  • “Sesungguhnya al-Masih al-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung telapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebalah dengan mata yang terhapus.” Riwayat Abu Daud daripada Ubadah bin Somit dan Ahmad.
  • “Sesungguhnya kepala Dajjal itu dari belakang kelihatan tebal dan berkelok-kelok.” Riwayat Ahmad daripada Hisyam bin ‘Amir.
  • “Pada matanya yang sebelah kanan, seakan-akan ia adalah satu biji anggur yang terapung.” Riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar.
  • “Bukanlah sesungguhnya dia itu bermata sebelah dan tertulis di antara kedua mata Dajjal itu perkataan kafir, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin.” Riwayat Muttafaq ‘Alaih , daripada hadis Anas.
  • Tertulis di antara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’. Riwayat al-Tirmizi daripada Anas.
  • “Dajjal itu adalah mata kirinya buta dan rambutnya kasar; dia mempunyai syurga dan neraka yang syurganya itu sebenarnya adalah neraka, sedangkan nerakanya sebenarnya adakah syurga. Riwayat Huzaifah.
  • “Sesungguhnya aku mengetahui sifat Dajjal itu; dia mempunyai dua buah sungai, yang satu mengandungi air putih sedangkan yang lain mengandungi nyalaan api. Jika seseorang yang melihat sungai yang mengandungi nyalaan api itu, maka hendaklah dia menutup matanya dan mendekati ke arahnya, maka dia akan dapat meminum air sejuk darinya. Ciri-ciri Dajjal itu adalah mata kanannya buta, kukunya kasar dan di antara kedua matanya tertulis perkataan “Kafir” yang dapat dibaca oleh semua orang mukmin yang melihatnya, baik yang boleh menulis membaca mahupun tidak. Riwayat Muslim.
  • Ibn Umar mengatakan bahawa suatu kali Rasulullah SAW menceritakan mengenai Dajjal kepada kami lalu baginda berkata, “Sesungguhnya Allah SWT matanya tidak buta sebelah; ketahuilah bahawa Dajjal itu buta mata kanannya.”
  • Ibn Umar juga mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku tertidur di Kaabah, aku bermimpi melihat seorang yang amat gagah rupanya, lurus rambutnya serta berminyak, sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Dia adalah al-Masih bin Maryam (Nabi Isa AS).” Kemudian aku lihat lagi di belakangnya seorang yang amat buruk rupanya, buta mata kanannya dan kerinting rambutnya, juga sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Maka aku pun bertanya kepada orang, “Siapakah orang itu?” Mereka menjawab, “Al-MAsih al-Dajjal (Dajjal).”
  • Rasulullah SAW bersabda, “Salah satu mata Dajjal seperti kaca berwarna hijau dan berlindunglah kamu daripada azab kubur.” Riwayat Ubai bin Ka’ab.
Wallahualam.

Sumber/Kredit: muftiwp.gov.my

Penaklukan Baitul Maqdis (Tanda Kiamat Semakin Hampir)

Penaklukan Baitul Maqdis (1 dari 6 Tanda Kiamat) 

Dari auf bin malik bahwasanya Rosulullah bersabda; “Hitunglah enam hal menjelang kiamat, yaitu: kematianku, kemudian penaklukan baitul maqdis, kemudian kematian massal seperti penyakit qu`as pada kambing, kemudian melimpahnya harta, hingga seseorang di beri seratus dinar, ia masih merasa tidak suka, Kemudian fitnah yang memasuki setiap rumah orang arab, kemudian perdamaian antara kamu dan bani ashfar [kafir] lalu mereka berhianat dan mendatangi kamu dengan 80 panji yang di setiap panjinya ada 12000 prajurit.” HR Bukhori

Apa Yang Kita Tahu Tentang Masjid Al-Aqsa?

El Quds atau Kota Baitul Maqdis terletak di Palestina di Syam, ia adalah merupakan Kiblat Umat Islam yang pertama dan tempat isra’ Nabi Muhammad, ia merupakan Masjid ketiga Umat Islam setelah Masjidil haram di Makkah dan Masjid An Nabawi di Madinah.

Kota ini dibangun 5000 tahun yang lalu oleh suku Kan’an yang mereka namakan dengan “Ursyalim”. Kerana itulah kata “Yerussalem” bukanlah berasal dari bahasa Ibrani tetapi berasal dari bahasa Kan’an.

Apa yang anda ketahui tentang Masjid al-Aqsa? Adakah kita perhatikan setiap kali disebut akan nama “Masjid Al Aqsha” maka media lokal (Arab) maupun media internasional, akan menampilkan gambar “Dome of the Rock.”


  • Perhatikan perbezaan atara Masjid Qubbah Al-Shakhra dan masjid Al-Aqsa
  • Perhatikan perbezaan antara Masjid Qubbah Al-Shakhra dan masjid Al-Aqsa

Maka banyak orang Muslim dan Non-Muslim, dengan maksud yang berbeza-beza telah membuat kesalahan dengan mencetak dan menyebarluaskan gambar itu. Umat Muslim mengirim kemana-mana, dirumah maupun di pejabat. Akhirnya anak-anak tertipu dan tidak dapat membezakan kebenaran dari dua masjid.

Perhatikanlah setiap saat disebut nama masjid Al-Aqsa selalu yang ditampilkan adalah masjid Qubah Al-Shakhra yang dibangun oleh Sayyidina Umar ra bukan masjid Al-Aqsa. Dan banyak diantara kita yang tidak tahu bagaimana bentuknya masjid Al-Aqsa. Hal ini kembali kepada maksud Yahudi untuk menghapus masjid Al-Aqsa dari ingatan muslimin.

Mereka sengaja atau tidak sengaja selalu menampilkan foto masjid Qubbah al-Shakhra dan mengenyampingkan masjid Al-Aqsa sehingga ia lebih benar dan dikenal dikalangan masyarakat muslim atau non muslim. Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang Rasulallah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bermi’raj bersama sama Jibril ke langit, dan sebelum naik ke langit beliau solat bersama-sama para nabi dari nabi Adam as sampai nabi Isa as.

Allah telah memberi keberkahan kepada masjid Al-Aqsa dan tempat-tempat di sekelilingnya, sesuai dengan Firman Allah. “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.“

“Ini meyakinkan saya bahwa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membangun kuil mereka tanpa sepengetahuan masyarakat dunia. Jika terdapat pihak yang membangkang atau tidak percaya, maka Israel akan menunjuk

Sejarah Penaklukan Baitul Maqdis

Memang berbeda cara Islam menaklukkan negeri dengan non-Islam. Kebanyakan dan bahkan semua penakluk non-Islam menaklukkan negeri jajahan dengan cara yang tidak manusiawi. Segala sesuatu yang ada dalam negeri taklukkannya dirusak. Penduduknya dibinasakan, tidak peduli apakah itu wanita, orang tua dan anak-anak. Hal ini terjadi dimanapun dan di setiap pekan waktu sejarah.

Sedangkan Islam berbeda. Rasulullah mengajarkan kepada para shahabatnya untuk memelihara tawanan dengan baik. Bahkan makanan yang diberikan tawanan pun lebih baik daripada yang menawan. Rasulullah mengajarkan cara perang dan penklukkan suatu Negara dengan cara yang baik pula. Tidak diperbolehkan untuk membunuh orang tua, wanita dan anak-anak. Juga tidak diperbolehkan menghancurkan rumah-rumah ibadat di suatu negeri. Maka tidak heran, jika seperti itulah cara ummat Islam berperang, santun dan damai. Mungkin teman-teman sudah mengetahui, namun alangkah baiknya jika bersama kita ingat bagaimana Baitul Maqdis, kota suci di Palestina, ditaklukkan dibawah panglima Abu Ubaidah Ibnul Jarrah itu.

Ketika kaum Muslimin mengadakan pengepungan terhadap kota Baitul Maqdis selama 4 bulan, penduduk kota itu rela untuk mengadakan perdamaian dengan kaum Muslimin dan mereka bersedia mengadakan perdamaian dengan kaum Muslimin dan mereka bersedia menyerahkan kota suci itu dengan syarat kaum Muslimin harus mendatangkan Khalifah Umar bin Al-Khatab untuk menerima kota suci itu.

Penguasa Nasrani kota itu adalah bernama pendeta Kopernikus. Beliau mau menyerahkan kota suci itu dengan syarat Umar sendiri yang harus hadir untuk menerima penyerahannya. Untuk memenuhi kehendak rakyat Baitul Maqdis itu panglima yang ketika itu Abu Ubaidah Ibnul Jarrah menulis surat kepada Umar dan meminta kehadirannya untuk menerima penyerahan kota itu.

Permintaan itu diterima oleh Umar dengan senang hati. Kemudian beliau dengan ditemani seorang budaknya datang dengan mengendarai seekor unta bergantian dengan budaknya. Kehadiran Umar secara sederhana itu membuat takjub hati rakyat Baitul Maqdis. Mereka hampir tidak percaya ketika melihat pribadi Umar menuntun unta yang ditunggangi oleh budaknya memasuki kta suci itu.

Mereka kira bahwa dalam kebesaran Umar itu akan ditandai pula dengan kebesaran dalam pengawalannya dan sebagainya. Umar memasuki kota itu dengan penuh tawadhu kepada Allah yang telah membukakan kota suci itu kepada kaum Muslimin dengan secara damai. Beliau masuk kota suci itu dengan didampingi oleh pendeta Kopernikus. Dalam kesempatan itu beliau masuk Masjidil Aqsha dan bershalat di dalamnya. Setelah itu beliau mengadakan peninjauan ke berbagai daerah kota suci itu dan menyuruh kepada semua gubernurnya untuk berlaku baik terhadap penduduk kota suci itu karena mereka berhak untuk mendapatkan penghormatan lebih dari penduduk kota lainnya.

Dan dalam kesempatan itu pula beliau mengumumkan pemberian perlindungan dan keamanan bagi jiwa mereka, harta benda, maupun rumah peribadatan penduduk. Dan melarang kaum Muslimin utnuk mendirikan masjid diatas tempat peribadatan kaum Nasrani (dilarang merusak gereja untuk mendirikan diatasnya masjid Islam).* Lihat: Hadharatul Arab, hal 135 Dalam kitab Futuhul Buldan juga disebutkan kisah perjalanan Umar ke Baitul Maqdis, dimana Umar melewati desa Jabiah dekat kota Damaskus, beliau melihat sekelompok orang yang menderita sakit kusta.

Mereka dipencilkan oleh penduduk setempat di atas suatu bukit, karena mereka amat berbahaya sekali bagi kesehatan penduduk kota itu. Keadaan mereka amat sengsara sekali, sehingga hal ini menggerakkan hati Umar untuk mengumpulkan semua gubernurnya di kota Damaskus. Setelah mereka semuanya hadir di hadapan Umar bin Al Khatab, beliau berkata: “Demi Allah aku tak akan meninggalkan kota ini sebelum kamu sekalian mengirim kepada mereka makanan, dan mencatat nama mereka dalam catatan orang yang patut dibantu setiap bulannya. ** Kitab Futuhl Buldan, hal. 166.

Dalam hal ini perlu kita tanyakan dalam diri kita sendiri, apakah sebabnya pendeta Kopernikus ketika akan menyerahkan kota suci Baitul Maqdis mensyaratkan kehadiran Umar sendiri ke kota suci itu, padahal sepanjang sejarah untuk menyerahkan suatu kota cukup ditangani oleh Panglima perang yang dapat menaklukkan kota-kota itu. Disini tampak sekai kecerdikan pendeta Kopernikus yang agung itu. Dimana sebenarnya beliau sangat butuh sekali akan perlindungan bagi daerah kekuasaannya. Beliau telah mendengarkan keadilan dan ketoleransian Umar terhadap rakyat daerah-daerah yang telah ditaklukkan oleh kaum Muslimin.

Karena itu beliau menggunakan kecerdikannya untuk mengundang pribadi Umar sendiri untuk menangani penyerahan kota suci tersebut dengan harapan agar Umar sendiri yang menjamin keamanan dan perlindungan bagi kota suci itu. Harapan pendeta tersebut berhasil dan penduduk kota suci itu disamping diberikan perlindungan sebagaimana wajarnya, mereka juga diberikan keistimewaan-keistimewaan khusus, karena mereka termasuk penduduk kota suci.

Kota Baitul Maqdis telah ditaklukkan oleh kaum Muslimin pada masa ‘Umar bin Khaththab Al Faruq saat itu secara damai pada tahun 638 Masehi atau 18 Hijrah. Dan kemudian Baitul Maqdis pernah juga dikuasai secara berganti-gantian antara kaum muslimin dan Nasrani. Kaum Nasrani berhasil menduduki kembali Baitul Maqdis pada saat kaum Muslimin sedang lengah pada tahun 1098 Masehi atau 492 Hijrah.

Kemudian pada tahun 1188 Masehi, Baitul Maqdis kembali ditaklukkan oleh panglima Islam Shalahuddin Al Ayyubi. Yang Kemudian dikuasai lagi oleh kaum nasrani dari Raja Al Kamil pada tahun 1228 Masehi. Lalu kaum Muslimin kembali menguasainya lagi pada tahun 1239 Masehi oleh An Nashir Al Ayyubi. Kemudian sekali lagi Baitul Maqdis kembali dikuasai oleh kaum nasrani pada tahun 1243 Masehi berlalu waktu satu tahun. Dan yang terakhir sekali adalah ia dikuasai oleh kaum Zionis setelah penyerbuan 1967 Masehi.

Penaklukan Baitul Maqdis Belum terjadi, dan akan terjadi menjelang kemunculan al mahdi, dan yang menaklukkanya adalah kaum kafirin

Menurut Sejarah diatas, pada umumnya menganggap bahwa Penaklukan tersebut itu sudah terjadi. Hal itu didasarkan pada sejarah bahwa palestina sudah di taklukan umat islam pada masa umar bin khattab, namun begitu mudahnya kesimpulan itu keluar. Perlu di ketahui bahwa Palestina pernah di taklukan beberapa kali, baik oleh umat islam atau kaum kafir. Lalu penaklukan yang mana yang di maksudkan oleh Rosulullah, padahal Rosulullah hanya menyebutkan satu penaklukan.
Pada gilirannya penaklukan Baitul Maqdis yang terakhir adalah dilaksanakan oleh Imam Mahdi yang mana zaman kemunculannya sudah mulai terlihat tanda-tandanya dan sudah membayang kehadirannya.

Jika kita perhatikan perkataan Rosulullah, yang mana beliau menghitung enam hal, maka disini, sepertinya kita di suruh benar-benar memperhatikan apa yang Rosulullah katakan. Dan ini sepertinya sesuatu yang penting, dan seharusnya kita memperhatikanya. Insya Allah ini tidak terlalu sulit untuk di pahami.Pada dasarnya, semua isi hadis menunjukan sesuatu yang sifatnya keburukan untuk kita [umat islam]. Kewafatan beliau sudah pasti keburuk bagi umat islam, karena setelah beliau tiada maka, sudah tidak ada lagi tempat untuk bertanya, menyelesaikan perselisihan dan lain sebagainya.Peristiwa penghianatan ashfar nanti, sudah pasti keburukan untuk umat islam. Fitnah yang memasuki setiap rumah orang arab, sudah jelas berisi keburukan. Melimpahnya harta, yang seseorang di beri seratus dinar ternyata masih kurang puas, ini pun mengandung keburukan. Kematian masal yang di ibaratkan seperti menimpa hewan ternak juga keburukan untuk umat islam. Maka penaklukan Palestina-pun, jika dilihat dari semua ísi hadis yang lain yang mengandung keburukan untuk umat islam, maka konteksnya sudah jelas, yaitu sifatnya keburukan untuk umat islam. sebenarnya apa yang saya pahami tidak terlalu sulit untuk di pahami oleh orang lain, andai saja mereka tidak tergesa gesa dalam mengambil keputusan.

Jika mereka mudah untuk memahami penaklukan roma dan konstantinopel yang melakukan adalah umat islam, maka seharusnya mereka pun bisa memahami apa yang dipahami. Soal penaklukan dua kota kafir tersebut indikasinya sangat jelas bahwa yang akan menaklukanya adalah islam. Begitu pula penaklukan Palestina, hanya saja yang melakukannya adalah sebaliknya, yaitu orang kafir. Dan kejadian tersebut belum terjadi, dan akan terjadi menjelang kemunculan atau kedatangan al mahdi.

Sedangkan kenapa Penaklukan Palestina terjadi pada saat menjelang kemunculan Al-mahdi, itu karena pada awal hadis di katakan `hitunglah enam hal menjelang kiamat`. Dan penghianatan ashfar/rum terjadi pada saat imam mahdi telah berkuasa. Dan kewafatan beliau terjadi menjelang kiamat, walaupun rentang masanya jauh, tetapi dekat dalam arti tidak ada nabi setelahnya, karena beliau nabi akhir zaman.

Wallahu alam

Sumber: FB Akhir Zaman

Malam Lailatul Qadar, Tanda dan Kelebihannya

Malam Lailatul Qadar, Tanda dan Kelebihannya


Lailatul Qadar memilki Keutamaan yang sangat besar, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, malam ini juga memilki keutamaan lebih baik dari seribu bulan. Orang-orang yang beriman berharap akan mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga orang-orang beriman berlumba-lumba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah. Hal ini sesuai dengan firman Allah Swt dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.” (QS. Al-Qadar : 1-5) 

Dalam Lailatul Qadar sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal, sekurang-kurangnya adalah berjemaah shalat Isyak dan Subuh. Dalam satu hadis Rasulullah Saw bersabda: 

“Barangsiapa solat maghrib dan Isyak secara berjamaah sehingga habis bulan Ramadhan maka sungguh ia telah mendapat bahagian yang banyak dari lailatul qadar.” (HR. Imam Baihaqy) 

Bagi kalangan yang tidak mampu untuk beribadah sepanjang malam hendaknya memperbanyak membaca zikir dan ayat al-quran yang mengandung nilai lebih seperti ayat kursi, akhir surat al-Baqarah, surat al-Zalzalah, al-Kafirun, surat al-Ikhlash, surat Yasin karena semua ayat-tersebut memiliki fadhilah yang besar sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis. 

Selain itu juga dianjurkan memperbanyak membaca istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, selawat kepada Nabi SAW, dan berdoa untuk diri sendiri dan orang-orang yang kita sayangi baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. (Hasyiah Shawy `ala Jalalain jilid 4 hal 455) 

Disebutkan sebagian ulama : “Barang siapa solat pada malam lailatul qadar solat sunat empat rakaat, setelah fatihah membaca surat at-Takatsur dan surat al-ikhlas 3 kali maka akan dimudahkan baginya sakaratul maut, dan dihilangkan kan azab kubur dan diberikan empat tiang dari nur yang masing-masing diatasnya ada seribu malaikat.” ( Syeikh Daud al-Fathany, Jam`ul Fawaid hal 114) 

Selain memperbanyak amal-amalan tadi, Rasulullah Saw juga menganjurkan berdoa sebagaimana sabdanya dalam satu hadits Rasulullah ditanyakan oleh Siti Aisyah: 

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi SAW: 

“Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: Ucapkanlah: ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku).” (HR. Ahmad, At-Turmudzi, Ibn Majah dan An-Nasai)

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang menakjubkan.


1. Suasana Sejuk di Malam Lailatul Qadar. 

Saat malam Lailatul Qadar, udara terasa sejuk. Tidak panas dan tidak dingin. Suasananya sangat nyaman. Di malam itu tidak ada hawa yang panas maupun terasa dingin.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Jaami’ul Ahadits 18/361, shahih).

Suasana memang sangat sejuk sekali, sehingga terasa nikmat bagi mereka yang beritikaf lalu menemukan satu malam ini. Syaikh Khalid Al-Mushlih hafizhahullah menyatakan bahawa tidak ada tanda khusus jika seseorang telah mendapatkan Lailatul Qadar.

2. Suasana terasa sangat tenang 

Saat tiba malam lailatul Qadar, suasana terasa sangat tenang. Tidak ada kebisingan. Semuanya terasa amat tenteram dan nyaman. Inilah malam yang terasa sangat khidmat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dalam surat Al Qadar ayat 4 dijelaskan “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril”.

Banyak malaikat yang akan turun pada malam Lailatul Qadar, kerana banyaknya keberkahan di malam Lailatul tersebut. Turunnya malaikat ke dunia untuk menandakan turunnya berkah dan rahmat.

Seperti halnya ketika malaikat turun saat ada yang membacakan Alqur’an, sebagaimana mereka akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam sebuah majlis zikir. Seperti itu juga malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu, kerana malaikat sangat mengagungkan mereka.

Suasana pada malam itu memang sangat tenang sekali, tak ada suara kicau burung atau binatang lain pada malam itu. Semua tumbuhan di dunia ini bersujud kepada Allah.swt pada malam itu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,”Barang siapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan redha dari Allah.swt, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.” (HR. Bukhari)

3. Langit tampak cerah. 

Langit tampak terang dan terlihat indah. Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang terang dan panas.” (HR. Muslim no. 762)

Dalam hadist lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang.” (HR. Ibnu Hibban).

Ibnu Katsir menjalaskan dalam kitab tafsirnya, bahawa catatan takdir di lauhul mahfudh dalam setahun akan diperincikan pada malam lailatul qadar, juga akan dicatat ketentuan ajal dan rezekii.

Perlu diingat juga, keterangan dari Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahwa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah.swt. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan pada malaikat dan ia akan mengetahui apa yang akan terjadi, kemudian ia akan melakukan tugas sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah.swt kepadanya.

4. Sinar matahari bersinar dengan lembut 

Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah. Hal ini seperti diterangkan dalam sebuah hadits, ”Lailatul qadr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang disahihkan oleh Al Bani.

5. Angin Berhembus Sepoi-sepoi

Pada malam Lailatul Qadar, angin pun berhembus lembut. Ini membuat suasana terasa sangat nyaman. Tidak panas dan juga tidak dingin.

6. Tidak Hujan

Pada malam Lailatul Qadar, tidak terjadi hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah.

7. Terjadi di 10 Hari Terakhir Ramadhan

Malam Lailatul Qadar terjadi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Hal ini seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

8. Tiba di Malam Ganjil

Kedatangan malam Lailatul Qadar lebih mungkin terjadi di malam-malam ganjil bulan Ramadhan. Hal ini seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Semoga perkongsian ini bermanafaat dan semoga Allah mempertemukan kita dengan malam lailatul qadar. Perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini. Amin.

Wallahualam.
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE