Pages

26 Januari 2011

-: Uwais rindu bertemu Rasulullah

Tajuk/Title*:Uwais rindu bertemu Rasulullah
Cerita/Story*:TERDAPAT seorang pemuda tinggal di negeri Yaman. Pemuda itu bernama Uwais bin al-Qarni. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Beliau bekerja sebagai pengembala unta. Unta-unta itu adalah milik abangnya yang terletak di sebuah tempat bernama Qarni.

Selain itu, Uwais juga membuat kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kebun orang dan memetik buah kurma. Rezeki yang diperolehinya itu, hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Ayahnya sudah meninggal dunia. Uwais bergantung kasih sayang kepada ibunya yang sudah tua dan lumpuh. Beliau anak yang baik. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh pada malam hari, sedangkan pada siang harinya, beliau sibuk mencari nafkah bagi menyara diri dan ibunya.

"Uwais adalah seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya. Beliau sanggup menjaga ibunya yang lumpuh dan buta. Beliau juga tidak pernah mengeluh atau menyesal mempunyai ibu seperti itu," kata seorang penduduk yang tinggal di kampung itu.

Sikap Uwais yang sangat baik menjadi sebutan orang ramai di kampung itu. Malah, ibunya yang tua itu menjadi semakin kasih dan sayang pada anaknya itu.

Pada suatu hari, Uwais mendapat berita, Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam berperang di Bukit Uhud.

Peperangan itu dinamakan Perang Uhud. Uwais al-Qarni mendapat tahu Nabi Muhammad tercedera dalam perang itu. Malah, gigi Nabi Muhammad juga turut patah kerana diserang oleh musuh.

"Gigi Nabi Muhammad patah. Saya sepatutnya melawat Nabi Muhammad sekarang. Saya mahu merawat kesakitan beliau. Tetapi saya tidak dapat pergi ke sana," bisik Uwais seorang diri.

Uwais sedih sendirian apabila mengenangkan kecederaan yang berlaku pada Nabi Muhammad. Kemudian, beliau mengambil seketul batu.

"Saya mahu mengetuk batu ini pada gigi saya supaya saya dapat merasakan kesakitan seperti mana yang ditanggung oleh Nabi Muhammad pada masa ini," kata Uwais seorang diri.

Rasa cintanya kepada Nabi Muhammad tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi. Tanpa berfikir panjang, Uwais mengambil seketul batu dan mengetuk giginya sehingga patah. Darah mengalir keluar dan beliau merasai kesakitannya.

Uwais al-Qarni mahu berjumpa Nabi Muhammad di kota Madinah. Tetapi beliau tidak dapat pergi lama kerana dia mempunyai ibu yang sudah tua dan lumpuh. Tetapi, ibu Uwais mengizinkannya pergi berjumpa Nabi Muhammad.

"Saya Uwais al-Qarni. Saya datang mahu berjumpa Nabi Muhammad. Saya datang dari Yaman," kata Uwais kepada Aisyah binti Abu Bakar.

"Maafkan saya, Nabi Muhammad tiada di rumah. Beliau berada di medan Perang Uhud," jawab Aisyah.

Uwais tergamam seketika.

"Perlukah saya menunggu Nabi Muhammad pulang. Ibu saya sakit di rumah. Tiada sesiapa menjaganya," bisik Uwais.

Akhirnya, Uwais terpaksa pulang ke rumahnya segera. Ibunya sakit di rumah. Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa Nabi Muhammad.

"Sampaikan salam saya kepada Nabi Muhammad dengan lafaz assalamualaikum," kata Uwais dan beredar pergi.

Selepas berjaya melawan musuh dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad pulang ke rumah. Seperti biasa, beliau bertanya kepada isterinya, "Adakah sesiapa mahu berjumpa saya selama saya tiada di rumah?"

"Ada. Seorang pemuda bernawa Uwais al-Qarni. Beliau datang mahu berjumpa tuan. Saya lihat beliau begitu kecewa selepas mengetahui tuan tiada di rumah," kata Aisyah kepada Nabi Muhammad.

"Beliau memberitahu saya, beliau tidak dapat menunggu tuan kerana ibunya sakit di rumah. Tambahan pula, tiada sesiapa menjaga ibunya," jelas Aisyah, isteri Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar penjelasan itu.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada kepada sahabat yang lain, "Sekiranya kamu mahu mengenali Uwais al-Qarni, kamu dapat lihat di tengah tapak tangannya ada tanda berwarna putih".

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Ali dan Umar al-Khattab, "Apabila kamu berdua berjumpa Uwais al-Qarni nanti, kamu mintalah beliau berdoa dan memohon keampunan daripada Allah. Beliau adalah penghuni langit".

Begitulah kisah seorang sahabat yang sangat menyayangi dan mengasihi Nabi Muhammad. Seorang pemuda yang patuh dan taat kepada ibunya yang tua dan sakit lumpuh itu.


•Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.
Daripada/From*:Hamba Allah



Powered by EmailMeForm

Malaikat bantu tentera Islam



KEMUNCULAN tiga pahlawan Islam, iaitu Ubaidah bin Harith, Ali bin Abi Talib dan sepupu Ali yang juga bapa saudara Rasulullah, Hamzah Abdul Mutalib sama sekali tidak menggentarkan pihak lawan.

Mereka ialah Utbah bin Rabiah dan anaknya Walid bin Utbah serta saudaranya Syaibah bin Rabiah ingin bertarung satu lawan satu dengan para pahlawan Islam itu.

Ibarat buku bertemu ruas, akhirnya ketiga-tiga pahlawan Quraisy ini berjaya ditumpaskan dengan mudah oleh Ubaidah, Ali dan 'Singa Allah', Hamzah.

Namun Ubaidah sebenarnya mengalami kecederaan parah ketika berlawan dengan Utbah. Sebelah tangannya putus ditetak lawan. Ini menyebabkan Hamzah segera membantu Ubaidah dengan menerkam dan terus membunuh Utbah.

Namun Ubaidah dengan semangatnya yang masih tinggi terus bertahan walaupun cedera parah akhirnya gugur sebagai syahid.

Setelah ketiga-tiga pahlawan mereka dibunuh menyebabkan, tentera Quraisy tergamam dan tidak lagi berani mencabar untuk berlawan satu lawan satu. Lalu strategi ditukar kepada serangan besar-besaran terhadap tentera Islam.

Pihak musuh yakin dengan cara itu dengan jumlah anggota tentera Quraisy yang lebih ramai berbanding pihak lawan, kemenangan di medan Badar akan menjadi milik mereka.

Rasulullah yang mengetahui taktik serangan yang bakal dilakukan oleh pihak musuh terus mengeluarkan arahan kepada anggota tentera baginda, satu arahan yang disifatkan agak pelik dan luar biasa kerana tidak pernah strategi seperti itu dilakukan sebelum ini.

Lazimnya serangan akan dibalas dengan serangan. Maka pada suatu titik pertempuran kedua-dua belah akan bertempur dan berlawan antara satu sama lain.

Tetapi kali ini baginda meminta anggota tenteranya supaya bertahan.

Baginda memerintahkan supaya tenteranya duduk berlutut dan menunggu kemaraan pihak musuh.

"Kalau pihak musuh mula menyerang sambil memanah kamu bertahan di belakang perisai masing-masing. Tetapi apabila mereka semakin dekat dan menyerbu untuk menyerang ketika itulah kamu segera bangun dan serentak itu juga kamu balas serangan dengan cara mengejut," tegas Rasulullah.

Sebagaimana yang dijangkakan, gerombolan tentera Quraisy mara dan apabila mendapati pihak Islam tidak turut mara, mereka begitu galak untuk terus menyerang dengan anak-anak panah dihala dan menghujani tentera Islam.

Sebagaimana diarahkan, tentera Islam hanya tunduk menahan di sebalik perisai masing-masing. Namun ada juga anggota tentera Islam yang menemui ajal akibat terkena anak panah yang beracun dari pihak musuh itu.

Namun pasukan tentera Islam terus bangkit secara mengejut dan mengeluarkan pedang masing-masing lalu dengan pantas menyerang pasukan Quraisy yang menyerbu mereka.

Lalu berlakulah pertempuran buat pertama kalinya antara tentera kafir Quraisy dan tentera Islam.

Walaupun dalam jumlah yang sedikit daripada pihak lawan namun tentera Islam tetap bertarung seolah-olah kekuatan seorang tentera Islam itu mampu mengalahkan lebih dari seorang tentera musuh. Atau dengan nisbah 1:3.

Begitupun dikatakan bantuan Allah sebagaimana yang dipohon oleh baginda turut bersama dengan pasukan tentera Islam.

"Bergembiralah wahai Abu Bakar! Bergembiralah wahai Abu Bakar! Ini Jibrail, malaikat yang sedang menunggang kuda putih datang bagi mengetuai 1,000 malaikat lain yang turun membantu kita," kata Rasulullah SAW.

Kehadiran para malaikat untuk membantu itu sebenarnya tidak disedari oleh para anggota tentera Islam yang lain. Ini kerana mereka tetap beradu berlawan dan bertempur walaupun ada malaikat yang turut memerangi kafir Quraisy itu.

Dalam satu riwayat oleh Ibnu Saad menyebutkan: "Pada hari itu ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang putus sehingga terpelanting jatuh ke tanah tanpa diketahui siapa yang mencantasnya."

Dan pelbagai lagi dikisahkan oleh para sahabat mengenai kehadiran para malaikat yang membantu tentera Islam.

Begitu pun dikatakan di pihak musuh ada Iblis yang menyamar untuk membantu mengalahkan tentera Islam pula.

Iblis menyamar diri sebagai Suraqah bin Malik (terkenal sebagai musuh Islam dan pernah memburu Rasulullah ketika baginda keluar menyelamatkan diri bersama Abu Bakar As Siddiq sehingga mereka menyembunyikan diri ke Gua Tsur).

Tetapi apabila Iblis itu menyaksikan kehadiran ribuan para malaikat, dia menjadi gentar dan tahu adalah mustahil untuknya membantu mengalahkan tentera Islam.

Apabila iblis itu ditahan apabila dilihat cuba melarikan diri, Iblis itu berkata dengan ketakutan: "Aku melihat apa yang kamu tidak lihat, aku benar-benar takut!"

Tentera musuh mula melihat tanda-tanda kekalahan apabila satu demi satu atau semakin ramai tentera mereka yang berjaya dibunuh oleh tentera Islam.

Begitupun mereka masih diperkuatkan dari aspek semangat oleh ketua panglima mereka yang tak pernah mengenal erti kalah, Abu Jahal.

Sesuai dengan peranannya, Abu Jahal akan mengeluarkan kata-kata semangat dan menyeru kepada bala tenteranya supaya meneruskan serangan kerana inilah sahaja peluang yang ditunggu-tunggu selama ini untuk mereka menghancurkan umat Islam.

Jika ada di kalangan tentera Quraisy yang mati ditangan tentera Islam, tuduh Abu Jahal hanya disebabkan mereka bertindak terlalu gopoh dan tidak berhati-hati.

Namun Abu Jahal benar-benar tidak dapat menerima hakikat bahawa kekalahan akan hanya menjadi milik kepada tentera yang beliau pimpin.

Malah nyawanya sendiri dalam bahaya kerana sentiasa diintai dan diambil kesempatan untuk dibunuh oleh mereka yang begitu marah dengan tindak tanduk beliau selama ini yang begitu memusuhi Islam.

Credit to: Utusan Malaysia

16 Januari 2011

Kenali Dajjal

Asal-Usul Keluarganya

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’

Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?

Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.

Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dankekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan ‘Kafir’ yang bererti ia adalah seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: ‘…. Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya..’ (Hadis Sahih Muslim)

Wallahuaklam. Semoga kita dilindungi dari fitnah Dajjal.