Gempar! Sungai Euphrates Di Syria Hampir Kering Sepenuhnya.

Sungai Euphrates, Efrat, eufrat, furat
Sungai Euphrates, syria, eufrat, gunung emas, furat
Gambar: Sungai Euphrates mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Iraq

Gempar! Sungai Euphrates Di Syria Hampir Kering Sepenuhnya.

Namanya Sungai Eufrat atau Furat. Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat antara sungai terpanjang di Asia Barat. Ia merentasi tiga buah negara iaitu Iraq, Syria dan Turki.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya, sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu".

Dalam riwayat lain pula disebutkan: "Sudah dekat suatu masa dimana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatupun daripada harta itu". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalamnya.

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai gunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu.

Sudah keringkah sungai ini?

Sungai Euphrates di Syria ini hampir sepenuhnya kering. Lihat pada gambar yang diambil pada 24/05/2014. Gambar ini menunjukkan sungai Euphrates/ Efrat ini sudah mula hendak kering. 

Salah satu punca ianya kering adalah disebabkan oleh negara Turki yang memotong bekalan air untuk Syria. Subhan-Allah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua. Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat. Ya ALLAH

Benarkah ada harta karun didalamnya?

Itu juga belum pasti. Namun, dua batang anak sungai yang mengalir ke Sungai Furat sudah kering. Dan penduduk tempatan menemui kepingan syiling dan perhiasan emas dari dasar anak sungai yang telah surut itu.

Malah, para pengkaji Barat juga sentiasa cuba mencari kebenaran apakah Sungai Furat menyimpan harta tersembunyi seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, tidak hairanlah jika pencerobohan Barat keatas Iraq turut dikaitkan sebagai salah satu agenda mereka yang mahu merebut kekayaan yang tersembunyi dalam Sungai Furat.

Apa yang pasti, ingatan Rasulullah terhadap apa yang bakal berlaku ke atas Sungai Furat tidak mustahil akan terjadi tidak lama lagi.

Ketika ini, sudah dapat dilihat peperangan berlaku dimana-mana sahaja terutama di kalangan mereka yang tamak. Manusia akan bertelingkah hingga berbunuhan demi berebut kekayaan dari sungai ini.

Seperti yang dikatakan, keringnya Sungai Furat dan timbulnya kekayaan itu suatu petanda bahawa kiamat bakal menjelma tidak lama lagi.

Allah berfirman: "Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, yang Aku sembunyikan masa kedatangannya supaya setiap dari kamu dibalas dengan apa yang telah kamu lakukan". - Surah Taha, Ayat: 15.

Ingatlah pesan Rasulullah agar menjauhkan diri darinya. Lupakan kekayaan itu!

Wallahualam

Peristiwa Ganjil Semasa Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad, kelahiran Nabi Muhammad
Gambar Hiasan: Betapa Indahnya Ciptaan Allah, Allahuakbar..

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.

Sebelum Abdullah berkahwin dengan Aminah, terpancar cahaya gilang gemilang dari wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitab…

Sehinggalah beliau berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindak kepada Aminah pula apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta… Sehingga seorang perempuan ahli kitab datang berjumpa beliau menyatakan… apabila Abdullah membawa cahaya tersebut dia sangat mengimpikan untuk menjadi isterinya… Namun apabila cahaya tersebut tiada lagi, niat tersebut telah berkubur seumpama hilangnya cahaya dari wajah ayahanda Nabi Muhammad saw tersebut.

Ketika Abdullah berangkat ke Syria, sudah terdetik di hati si isteri bahawa suaminya tidak akan pulang lagi… Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan ibunya Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati bonda nabi mengenangkan nasib anaknya yang yatim tersebut.

Antara keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

1. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat, di laut, burung2 yang berkicau sibuk membincangkannya. Angin dari Utara mengkhabarkan kepada angin Selatan dan angin Timur mengkhabarkan kepada angin Barat berita bakal munculnya Penghulu tujuh petala langit dan bumi 9 bulan lagi. Bumi gempar dengan perkhabaran akan lahirnya insan istimewa tidak lagi

2. Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan ibundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

3. Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Al-Quran surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

4. Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Keajaiban Selepas Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Semasa baginda dilahirkan, ibundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin.

Wangi2an yang tidak terhingga laksana kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian ibundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.

Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua.

Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini.

Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…

Semua alam maya bertumpu mata terhadap baginda lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad SAW yang masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum.

Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena2 beliau menyusukan baginda Nabi SAW. Beliau seolah2 terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhatankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya. Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai. Oleh kerana bapa nabi saw sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu.

Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancar dari Saidina Muhammad SAW yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut.

Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terkeluar kata-kata "Ini malaikat atau manusiakah?" Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi.

Tanda-tanda Keajaiban Lain Selepas Kelahiran Nabi Muhammad SAW

1. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

2. Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

3. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

4. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

5. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

6. Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah… dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik… apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad saw.

7. Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw.

8. Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu nabi.

9. Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.

Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta.

Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…Sejak memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta.

Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.

Jadi marilah kita berselawat kepada baginda Nabi saw. Merayakan hari kelahiran baginda saw.

Rujukan: www.rawatanislam2u.com

Qarin? Siapakah Qarin disisi manusia?

qarin, jin, genie, qareen
Gambar Hiasan : Qarin 

Siapakah Qarin? 

Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun.

Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya digelar Qarin atau Jin pendamping manusia.

Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia.Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin qarin.

Rasulullah SAW ada bersabda :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Abdullah bin Mas’ud RA)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Qarin mendorong manusia ke arah kejahatan (gambar hiasan sahaja). Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, qarin akan sering membisikkan was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala melakukan maksiat dan sebagainya. Malah ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha qarin ini lalu Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.

Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sayyidatina Aisyah menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:

“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa yang terjadi, apakah yang menyebabkan engkau cemburu?”

Maka Aisyah berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aisyah bertanya lagi : “Apakah aku juga mempunyai syaitan?”

Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aisyah bertanya : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”

Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ

“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantunya membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk.

Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab syaitan tadi “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Saat Qarin Berpisah Dengan Manusia

Seterusnya, Qarin hanya akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia itu meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Source: Jambubatumedia

Kisah Nabi Yunus a.s.


Kisah Nabi Yunus a.s

Nabi Yunus a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Tidak banyak yang dikisahkan oleh Al-Quran tentang Nabi Yunus sebagaimana yang telah dikisahkan tentang nabi-nabi lain seperti Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus ialah bahawa beliau bernama Yunus bin Matta (Dalam Perjanjian Lama, Yunus bin Amittai hanya disebutkan di luar kitab Yunus sendiri yakni dalam II Raja-raja 14:25). 

Ia telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Ia merupakan seorang asing mendatang di tengah-tengah penduduk Ninawa itu. Ia menemui mereka berada di dalam kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyembah berhala menyekutukan kepada Allah.

Nabi Yunus a.s. membawa ajaran tauhid

Yunus membawa ajaran tauhid dan iman kepada mereka, mengajak mereka agak menyembah kepada Allah yang telah menciptakan mereka dan menciptakan alam semesta, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang mereka buat sendiri dari batu dan berhala-berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka. 

Ia memperingatkan mereka bahawa mereka sebagai manusia makhluk Allah yang utama yang memperoleh kelebihan di atas makhluk-makhluk yang lain tidak sepatutnya merendahkan diri dengan menundukkan dahi dan wajah mereka menyembah batu-batu mati yang mereka pertuhankan, padahal itu semua buatan mereka sendiri yang kadang-kadang dan dapat dihancurkan dan diubah bentuk dan memodelnya. Ia mengajak mereka berfikir memperhatikan ciptaan Allah di dalam diri mereka sendiri, di dalam alam sekitar untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan pencipta itulah yang patut disembah dan bukannya benda-benda ciptaannya.

Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya. Kerananya mereka tidak dapat menerimanya untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka yang sudah menjadi adat kebiasaaan mereka turun temurun. Apalagi pembawa agama itu adalah seorang asing tidak seketurunan dengan mereka.

Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. 

Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu? Engkau adalah seorang yang ditengah-tengah kami yang datang untuk merusakkan adat istiadat kami dan mengubah agama kami dan apakah kelebihan kamu diatas kami yang memberimu alasan untuk mengurui dan mengajar kami. 

Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau tidak akan dapat pengikut diantara kami dan bahawa ajaranmu tidak akan mendapat pasaran di antara rakyat Ninawa yang sangat teguh mempertahankan tradisi dan adat istiadat orang-orang tua kami."

Barkata Nabi Yunus menjawab: "Aku hanya mengajak kamu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah yang wajib ku sampaikan kepadamu. Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan menuntun kamu ke jalan yang benar dan lurus menyampaikan kepada kamu agama yang suci bersih dari benih-benih kufur dan syirik yang merendahkan martabat manusia yang semata-mata untuk kebaikan kamu sendiri dan kebaikan anak cucumu kelak. 

Aku sesekali tidak mengharapkan sesuatu upah atau balas jasa daripadamu dan tidak pula menginginkan pangkat atau kedudukan. Aku tidak dapat memaksamu untuk mengikutiku dan melaksanakan ajaran-ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan ajakanku , tetap menolak agama Allah yang aku bawa, tetap mempertahankan akidahmu dan agamamu yang bathil dan sesat itu, nescaya Allah kelak akan menunjukkan kepadamu tanda-tanda kebenaran risalahku dengan menurunkan azab seksa-Nya di atas kamu sebagaimana telah dialami oleh kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu.

Mereka menjawab peringatan Nabi Yunus dengan tentangan seraya mengatakan: "Kami tetap menolak ajakanmu dan tidak akan tunduk pada perintahmu atau mengikut kemahuanmu dan sesekali kami tidak akan takut akan segala ancamanmu. Cubalah datangkan apa yang engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami." 

Nabi Yunus tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Sepeninggalan Nabi Yunus penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka membawa kehancuran dan kebinasaan sebagaimana yang telah dialami oleh kaum musyrikin penyembah berhala sebelum mereka. 

Mereka melihat keadaan udara disekeliling Ninawa makin menggelap, binatang-binatang peliharaan mereka nampak tidak tenang dan gelisah, wajah-wajah mereka tanpa disadari menjadi pucat tidak berdarah dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan.

Dalam keadaan panik dan ketakutan , sedarlah mereka bahawa Yunus tidak berdusta dalam kata-katanya dan bahawa apa yang diancamkan kepada mereka bukanlah ancaman kosong buatannya sendiri, tetapi ancaman dari Tuhan. Segeralah mereka menyatakan taubat dan memohon ampun atas segala perbuatan mereka, menyatakan beriman dan percaya kepada kebenaran dakwah Nabi Yunus seraya berasa menyesal atas perlakuan dan sikap kasar mereka yang menjadikan beliau marah dan meninggalkan daerah itu.

Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya. Ibu binatang-binatang peliharaan mereka dipisahkan dari anak-anaknya sehingga terdengar suara teriakan binatang-binatang yang terpisah dari ibunya seolah-olah turut memohon keselamatan dari bencana yang sedang mengancam akan tiba menimpa mereka. 

Allah yang Maha Mengetahui bahawa hamba-hamba-Nya itu jujur dalam taubatnya dan rasa sesalannya dan bahawa mereka memang benar-benar dan hatinya sudah kembali beriman dan dari hatinya pula memohon dihindarkan dari azab seksa-Nya, berkenan menurunkan rahmat-Nya dan mengurniakan maghfirat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang dengan tulus ikhlas menyatakan bertaubat dan memohon ampun atas segala dosanya. 

Udara gelap yang meliputi Ninawa menjadi terang, wajah-wajah yang pucat kembali merah dan ebrseri-seri dan binatang-binatang yang gelisah menjadi tenang, kemudian kembalilah orang-orang itu ke kota dan kerumah masing-masing dengan penuh rasa gembira dan syukur kepada Allah yang telah berkenan menerima doa dan permohonan mereka.

Berkatalah mereka didalam hati masing-masing setelah merasa tenang, tenteram dan aman dari malapetaka yang nyaris melanda mereka: "Di manakah gerangan Yunus sekarang berada? Mengapa kami telah tunduk kepada bisikan syaitan dan mengikuti hawa nafsu, menjadikan dia meninggalkan kami dengan rasa marah dan jengkel kerana sikap kami yang menentang dan memusuhinya. Alangkah bahagianya kami andaikan ia masih berada di tengah-tengah kami menuntun dan mengajari kami hal-hal yang membawa kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat. Ia adalah benar-benar rasul dan nabi Allah yang telah kami sia-siakan. Semoga Allah mengampuni dosa kami."

Adapun tentang keadaan Nabi Yunus yang telah meninggalkan kota Ninawa secara mendadak, maka ia berjalan kaki mengembara naik gunung turun gunung tanpa tujuan. Tanpa disadari ia tiba-tiba berada disebuah pantai melihat sekelompok orang yang lagi bergegas-gegas hendak menumpang sebuah kapal. Ia minta dari pemilik kapal agar diperbolehkan ikut serta bersama lain-lain penumpang. 

Kapal segera melepaskan sauhnya dan meluncur dengan lajunya ke tengah laut yang tenang. Ketenangan laut itu tidak dapat bertahan lama, kerana sekonyong-konyong tergoncang dan terayunlah kapal itu oleh gelombang besar yang datang mendadak diikuti oleh tiupan angin taufan yang kencang, sehingga menjadikan juru mudi kapal berserta seluruh penumpangnya berada dalan keadaan panik ketakutan melihat keadaan kapal yang sudah tidak dapat dikuasai keseimbangannya.

Para penumpang dan juru mudi melihat tidak ada jalan untuk menyelamatkan keadaan jika keadaan cuaca tetap mengganas dan tidak mereda, kecuali dengan jalan meringankan beban berat muatan dengan mengorbankan salah seorang daripada para penumpang. Undian lalu dilaksanakan untuk menentukan siapakah di antara penumpang yang harus dikorbankan. Pada tarik pertama keluarlah nama Yunus, seorang penumpang yang mereka paling hormati dan cintai, sehingga mereka semua merasa berat untuk melemparkannya ke laut menjadi mangsa ikan.

Kemudian diadakanlah undian bagi kali kedua dengan masing-masing penumpang mengharapkan jangan sampai keluar lagi nama Yunus yang mereka sayangi itu, namun melesetlah harapan mereka dan keluarlah nama Yunus kembali pada undian yang kedua itu. Demikianlah bagi undian bagi kali yang ketiganya yang disepakati sebagai yang terakhir dan yang menentukan nama Yunuslah yang muncul yang harus dikorbankan untuk menyelamatkan kapal dan para penumpang yang lain. 

Nabi Yunus yang dengan telitinya memperhatikan sewaktu undian dibuat merasa bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah yang tidak dapat ditolaknya yang mungkin didalamnya terselit hikmah yang ia belum dapat menyelaminya. Yunus sedar pula pada saat itu bahawa ia telah melakukan dosa dengan meninggalkan Ninawa sebelum memperoleh perkenan Allah, sehingga mungkin keputusan undian itu adalah sebagai penebusan dosa yang ia lakukan itu. Kemudian ia beristikharah menghenimgkan cipta sejenak dan tanpa ragu segera melemparkan dirinya ke laut yang segera diterima oleh lipatan gelombang yang sedang mengamuk dengan dahsyatnya di bawah langit yang kelam-pekat.

Nabi Yunus a.s. ditelan ikan

Selagi Nabi Yunus berjuang melawan gelombang yang mengayun-ayunkannya, Allah mewahyukan kepada seekor ikan paus untuk menelannya bulat-bulat dan menyimpangnya di dalam perut sebagai amanat Tuhan yang harus dikembalikannya utuh tidak tercedera kelak bila saatnya tiba. Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus yang membawanya memecah gelombang timbul dan tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya memohon ampun kepada Allah atas dosa dan tindakan yang salah yang dilakukannya tergesa-gesa. Ia berseru didalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."

Setelah selesai menjalani hukuman Allah , selama beberapa waktu yang telah ditentukan, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan paus itu yang mengandungnya dan dilemparkannya ke darat . Ia terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah dan sakit. Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan di tempat ia terdampar sebuah pohon labu yang dapat menaungi Yunus dengan daun-daunnya dan menikmati buahnya. 

Nabi Yunus setelah sembuh dan menjadi segar kembali diperintahkan oleh Allah agar pergi kembali mengunjungi Ninawa di mana seratus ribu lebih penduduknya mendamba-dambakan kedatangannya untuk memimpin mereka dan memberi tuntunan lebih lanjut untuk menyempurnakan iman dan aqidah mereka. Dan alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk Ninawa dan tidak melihat satu pun patung berhala berdiri. Sebaliknya ia menemui orang-orang yang dahulunya berkeras kepala menentangnya dan menolak ajarannya dan kini sudah menjadi orang-orang mukmin, soleh dan beribadah memuja-muji Allah s.w.t.

Cerita tentang Yunus terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran dalam surah Yunus ayat 98, surah Al-Anbiaa' ayat 87, 88 dan surah Ash-Shaffaat ayat 139 sehingga ayat 148.

Wallahualam.

Kisah Nabi Zulkifli Dan Tipu Daya Iblis

Kisah Nabi Zulkifli Dan Tipu Daya Iblis

Nabi Zulkifli atau nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS merupakan anak dari Nabi Ayub as dan merupakan seorang raja dizamannya . Zulkifli A.s adalah salah seorang nabi Allah..dan dalam AlQuran ada disebutkan tentang baginda dalam dua petikan ayat yang bermaksud :

" Dan ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkifli..Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar...Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat kami..Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh"..(Al-Anbiya :21, 85-86).


"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa', dan Zulkifli..Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik "..( SHAAD, 38 : 48 )


Baginda dikenali Ezekiel dalam kitab injil..yang telah dibawa ke Babylon selepas kemusnahan Jurusalem..Baginda dirantai dan dipenjarakan...Baginda menghadapi segala kepayahan dengan sabar dan mencela perbuatan mungkar Bani Israel.

Ibn Jarir telah meriwayatkan satu peristiwa yang memberi cahaya kepada hidup Nabi Zulkifli..Apabila ilyasa' a.s meningkat tua...dia ingin memberikan tugas untuk memimpin bangsa israel kepada yang sesuai..dan hanya orang yang dipertimbangkan olehnya iaitu orang yang berpuasa pada siang hari , mengingati Allah pada malam hari dan menahan dari sifat marah.

Setelah mengumumkannya, salah seorang daripada mereka berdiri dan berkata ..."Aku akan patuhi pada syarat-syarat tersebut."...dan mengulanginya sebanyak tiga kali...dan lelaki itu berjanji dengan bersungguh-sungguh akan memenuhi syarat-syarat tersebut..Maka dia dilantik untuk membawa tugas tersebut.

Iblis Memulakan tipu daya terhadap Nabi Zulkifli

Selepas beberapa lama, dia telah di beri ujian...Pada satu hari...syaitan dalam jelmaan lelaki tua mengetuk pintu rumahnya..Lelaki tua itu dibenarkan masuk dan membuat aduan tentang kekejaman orang ramai terhadap dirinya..Dia menyuruh lelaki tua itu datang semula pada waktu petang dan berjanji akan membetulkan kesilapantersebut.

Lelaki tua itu berjanji tetapi tidak kembali semula pada waktu yang ditetapkan....Keesokan harinya lelaki tua itu datang lagi dan mengadu perkara yang sama...maka disuruh lelaki tersebut datang pada sebelah petang...Lelaki tua itu berjanji bersungguh-sungguh untuk datang pada sebelah petang ...tapi tetap memungkirinya...

Pada hari ketiga, lelaki tua itu datang semula mengetuk pintu rumahnya sekali lagi...Pada kali ini, pintu tidak lagi dibuka...Maka syaitan tersebut menyelinap masuk pintu biliknya dan menunjukkan diri nya yang sebenar pada lelaki itu...Dia sangat terkejut melihat jelmaan syaitan tersebut lalu menyoalnya...Lalu dia mendapati lelaki tua itu adalah syaitan yang cuba membuatnya marah namun syaitan itu gagal..Akhirnya lelaki tersebut dikenali sebagai ZULKIFLI kerana berjaya menunaikan janjinya dengan Nabi Ilyasa'.....Dia menahan marahnya walaupun dikacau oleh syaitan tadi..Tidak lama selepas itu dia diangkat sebagai nabi.

Wabak Penyakit Menular Semasa Pemerintahan Nabi Zulkifli

Baginda memerintahkan kaum israel untuk berperang dengan sesiapa yang melakukan kerosakan di bumi dan sesiapa yang menentang agama Allah..Para pengikutnya enggan menurut perintahnya kerana mereka takut mati..Sebagai balasan , kebanyakan mereka akhirnya ditimpa dengan malapetaka..Sejenis wabak telah menular dan menyebabkan kematian yang menyedihkan...Mereka lantas lari meninggalkan tempat tersebut untuk menyelamatkan diri.

Tiada siapa yang tinggal untuk mengebumikan mayat penduduk yang mati..Mayat-mayat membusuk dibawah sinaran cahaya matahari..Nabi Zulkifli keluar dari tempat persembunyian selepas tujuh hari..Baginda sangat sedih melihat keadaan yang dasyat yang dialami pengikutnya dan merayu...: "..Ya Allah, Engkau telah membinasakan pengikutku..Kasihanilah mereka dan kurniakanlah kehidupan baru pada mereka"...lalu Allah memakbulkan doa nabi, maka diberikan kembali kehidupan kepada mereka....Alhamdulillah...

Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran :Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah mati, supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah , 2: 56 )

Kemudian , Nabi Zulkifli a.s, meninggalkan pengikutnya dan berhijrah ke Babylon dan wafat di sana...Begitula kisah kesabaran seorang Nabi...dan sentiasa la bersyukur dengan nikmat Allah...berjihad lah di jalan nya walau seperit mana pun ujiannya... InsyaAllah...pasti ada hikmah nya..Allah itu maha pemurah dan mengasihani hamba-hamba nya...Subhanallah

Mayat Shuhada Uhud Terkeluar Dari Kubur Selepas Banjir


Gambar: Mayat Shuhada Uhud Yang Terkeluar Ketika Banjir


Mayat Shuhada Uhud Terkeluar Dari Kubur Selepas Banjir.

Mati syahid adalah suatu kurniaan Allah yang sangat besar diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas untuk agama Islam. Kurniaan yang besar ini adalah suatu galakan untuk para pejuang Islam terus istiqomah dalam perjuangannya menegakkan agama. Mati syahid adalah suatu ganjaran yang lebih besar dari harta seisi dunia, orang yang mati syahid diberikan kemudahan untuk masuk syurga tanpa hisab. Ketika matinya sebagai pahlawan dan perwira agama, mereka tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan dan tidak perlu dimandikan, ini adalah kerana mereka masih hidup, adakah perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan bagi orang yang masih hidup. 

Firman Allah Ta’ala :


وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ


“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki .” (QS. Al Baqarah, 169)

Orang mati syahid akan bangkit di hari kiamat nanti dengan darah berlumuran, rupanya rupa darah tapi baunya bau kasturi, sabda Rasulullah SAW :

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكلم أحد في سبيل الله والله أعلم بمن يكلم في سبيله إلا جاء يوم القيامة اللون لون الدم والريح ريح المسك قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وقد روي من غير وجه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسل

(Tiada seseorang yang mengisahkan tentang orang-orang yang berjihad fisabilillah, sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui dan Dia sahaja yang mampu mengkhabarkan akan kelebihan orang berjuang fisabilillah, melainkan orang mati syahid akan datang pada hari kiamat dengan warna darah tetapi baunya bau kasturi)

Dalam siri peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda, ramai yang telah berjaya menemui SYAHID ini. Antara peperangan yang menyaksikan sahabat-sahabat terkorban sebagai syahid ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain.

Satu berita yang sangat menggemparkan, tentang Syuhada’ Uhud yang bersemadi di dalam pagar batu di Bukit Uhud, mereka sering dilawati oleh jemaah Haji dan jemaah Umrah. Ketika berlaku banjir pada tahun lepas 2013, maka kebanyakan jenazah para syuhada’ ini telah terkeluar.

Bilangan dan Nama Shuhada Yang Terkorban

Bilangan syuhada’ Uhud berjumlah 70 orang semuanya, senarainya adalah seperti berikut :

1. Hamzah bin Abdul Muththalib bin Hasyim
2. Abdullah bin Jahsyi
3. Mus’ab bin ‘Umair
4. Shammas bin ‘Utsman
5. ‘Amru bin Mu’adz bin An-Nu’man
6. Al-Harits bin Anas bin Rafi’
7. ‘Imarah bin Ziad
8. Salamah bin Tsabit bin Wahsyi
9. ‘Amru bin Tsabit bin Wahsyi
10. Tsabit bin Wahsyi
11. Rifa’ah bin Wahsyi
12. Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah Al-Yaman)
13. Saifi bin Qaizhi
14. Habbab bin Qaizhi
15. ‘Abbad bin Sahli
16. Al-Harits bin Ans bin Mu’adz
17. Iyas bin Aus
18. ‘Ubaid bin At-Taihan
19. Habib bin Yazid bin Taimi
20. Yazid bin Hathib bin Umaiyah bin Rafi’
21. Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid
22. Hanzalah bin Abu ‘Amir (Syahid yang dimandikan oleh Malaikat)
23. Unais bin Qatadah
24. Abu Habbah bin ‘Umar bin Tsabit
25. ‘Abdullah bin Jabair bin An-Nu’man (Ketua Batalion Pemanah)
26. Abu Sa’ad Khaitsamah bin Khaitsamah
27. ‘Abdullah bin Salamah
28. Subai’ bin Hathib bin Al-Harits
29. ‘Amru bin Qais
30. Qais bin ‘Amru bin Qais
31. Tsabit bin ‘Amru bin Zaid
32. ‘Amir bin Mukhallid
33. Abu Hurairah bin Al-Harits bin ‘Alqamah bin ‘Amru
34. ‘Amru bin Muthraf ‘Alqamah bin ‘Amru
35. ‘Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (Adik-beradik Hussan bin Tsabit)
36. Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, Khadam Nabi saw)
37. Qais bin Mukhallid
38. Kaisan (Hamba kepada Bani An-Najjar)
39. Salim bin Al-Harits
40. Nu’man bin ‘Abdu ‘Amru
41. Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair
42. Saad bin Ar-Rabi’ bin ‘Amru bin Abu Zuhair
43. Aus bin Al-Arqam
44. Malik bin Sinan dari Bani Khadrah (Bapa kandung Abu Sa’id Al-Khudri)
45. Sa’id bin Suwaid
46. ‘Utbah bin Rabi’
47. Tsa’labah bin Sa’ad bin Malik
48. Saqaf bin Farwah bin Al-Budai
49. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Wahab
50. Dhamrah (Halif bagi Bani Tharif)
51. Naufal bin ‘Abdullah
52. ‘Abbas bin ‘Ubadah
53. Nu’man bin Malik bin Tsa’labah
54. Al-Mujdar bin Ziad Dikebumikan dalam satu kubur
55. ‘Ubadah bin Al-Hashas
56. Rifa’ah bin ‘Amru
57. ‘Abdullah bin ‘Amru (dari Bani Haram) Dikebumikan dalam satu kubur
58. ‘Amru bin Al-Jamuh (dari Bani Haram)
59. Khallad bin ‘Amru bin Al-Jamuh
60. Abu Aiman, Maula ‘Amru bin Al-Jamuh
61. Salim bin ‘Amru bin Hadidah
62. Antarah (Maula Salim)
63. Sahal bin Qais bin Abu Ka’ab
64. Dzakwan bin ‘Abdu Qais
65.’Ubaid bin Al-Mu’alla
66. Malik bin Tumailah
67. Harits bin ‘Udai bin Khursyah
68. Malik bin Iyas
69. Iyas bin Udai
70. ‘Amru bin Iyas

Gambaran Mayat Shuhada Ketika Berlakunya Banjir

Waktu berlaku banjir di Madinah, kubur 70 orang ditenggelami air banjir sehingga menyebabkan mayat syuhada' Uhud terkeluar, dan kelihatan masih utuh serta segar lagi dan masih berdarah. Sayangnya, hanya dua mayat sahaja yang dikenali iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib kerana terdapat kesan tembus dadanya kerana telah dikeluarkan jantungnya oleh Hindun, badannya tegap dan agak tinggi, tangan Hamzah masih menutup lukanya di perutnya yang terkena lembing yang dilontar oleh Wahsy, bekas terkena lembing itu masih lagi berdarah biarpun mayat itu melalui masa ribuan tahun.

Mayat kedua yang dikenali ialah Saidina Abdullah bin Jahsy kerana di kenali dari kuping dan hidungnya yang terpotong-potong kerana diikat benang. Kedua-dua sahabat ini sahaja yang diletak nisan, manakala yang lainnya tidak dikenali, dikebumikan semula tanpa nisan. Jika kita menziarahi syuhada' Uhud sekarang ini, akan kelihatan dua nisan tersebut.

Syaikh Mahmud Ash-Shawaf adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, pekuburan yang terkenal. 

Beliau berkata” Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya diatas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir dan berbau wangi aroma misk. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”

Wallahualam..

Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE