Keistimewaan Bulan Ramadan Dan Pengisiannya


Keistimewaan Bulan Ramadan Dan Pengisiannya

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2020) mulai pada tarikh 24 April 2020 (Masihi) Bersamaan 1 Ramadhan 1441 (Hijrah). Diharapkan pada tarikh ini, kita semua telah bebas daripada Wabak Covic 19 dan semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan seterusnya. 

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya” (Sabda Rasulullah S.A.W - Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)


Terdapat banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Jom ketahui 10 keistimewaan bulan Ramadhan yang utama.

1. Bulan kemenangan bagi umat Islam

Kemenangan terbesar bagi umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan, dalam peperangan Badar Al-Kubra. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 17 Ramadhan pada Hari Jumaat, tahun 2 Hijrah. Tahun ini merupakan tahun pertama umat Islam disyariatkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Perang ini dianggap kemenangan terbesar kerana jumlah umat Islam yang sedikit pada masa tersebut iaitu seramai 313 orang berjaya menewaskan tentera kafir yang berjumlah 1300 orang.

2. Ganjaran pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)

Petikan hadis di atas jelas menunjukkan ganjaran pahala yang berlipat ganda yang bakal didapatkan oleh orang yang mengamalkan ibadah di bulan Ramadhan.

Jadi marilah kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah pada bulan ini.

3. Dosa-dosa lalu diampunkan

“Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. (Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Pintu rahmat terbuka luas

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079 

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka akan dibuka seluas-luasnya. ALLAH S.W.T meluaskan rahmat-NYA kepada seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

5. Pintu langit terbuka luas

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899. 

ALLAH S.W.T membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.

6.Pintu syurga terbuka luas

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898 

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. 

7. Pintu neraka tertutup rapat

“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup” Hadis Riwayat Bukhari dalam sahihnya, Hadis no. 1899 

8. Syaitan dibelenggu

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)” 

9. Malam Lailatul Qadar 

Terdapat Surah khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar iaitu Surah Al-Qadr, ayat 1-5.

Malam ini digambarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam ini akan mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T. 

Bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr?

a) Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017 

b) Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Daripada kedua hadis berikut, dapat kita simpulkan bahawa kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan pahala dengan menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya. 

c) Aisyah r.a berkata:

​Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Antara ibadah yang amat dianjurkan oleh Rrasulullah S.A.W pada bulan Ramadhan adalah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. 

10. Ibadat solat terawih

Solat sunat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ibadah ini hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Dan boleh dilakukan secara berjemaah ataupun bersendirian. Solat sunat terawih dan bulan Ramadhan sudah cukup sinonim antara satu sama lain. Ibadat solat sunat terawih cukup istimewa kerana dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang melakukannya.

PENGISIAN RAMADHAN

1. Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya.

2. Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail

3. Meningkatkan amalan harian

4. Menunaikan solat tarawih

5. Bertadarus al-quran

6. Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain

7. Beriktikaf terutama 10 malam terakhir

8. Memperbanyakkan sedekah

9. Memberi makanan kepada orang yang berpuasa

10. Bersahur

11. Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum

12. Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat

13. Menunaikan umrah jika mampu

Kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkah ini. Semoga ibadah kita semua diberkati dan diberikan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

Selamat beribadah dan Salam Ramadhan 2020.

Wallahualam.

Kredit/Sumber: iluvislam.com, syariah.perak.gov.my

Malam Lailatul Qadar, Tanda dan Kelebihannya

Malam Lailatul Qadar, Tanda dan Kelebihannya


Lailatul Qadar memilki Keutamaan yang sangat besar, kerana malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, malam ini juga memilki keutamaan lebih baik dari seribu bulan. Orang-orang yang beriman berharap akan mendapatkan Lailatul Qadar, sehingga orang-orang beriman berlumba-lumba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah. Hal ini sesuai dengan firman Allah Swt dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.” (QS. Al-Qadar : 1-5) 

Dalam Lailatul Qadar sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal, sekurang-kurangnya adalah berjemaah shalat Isyak dan Subuh. Dalam satu hadis Rasulullah Saw bersabda: 

“Barangsiapa solat maghrib dan Isyak secara berjamaah sehingga habis bulan Ramadhan maka sungguh ia telah mendapat bahagian yang banyak dari lailatul qadar.” (HR. Imam Baihaqy) 

Bagi kalangan yang tidak mampu untuk beribadah sepanjang malam hendaknya memperbanyak membaca zikir dan ayat al-quran yang mengandung nilai lebih seperti ayat kursi, akhir surat al-Baqarah, surat al-Zalzalah, al-Kafirun, surat al-Ikhlash, surat Yasin karena semua ayat-tersebut memiliki fadhilah yang besar sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis. 

Selain itu juga dianjurkan memperbanyak membaca istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, selawat kepada Nabi SAW, dan berdoa untuk diri sendiri dan orang-orang yang kita sayangi baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. (Hasyiah Shawy `ala Jalalain jilid 4 hal 455) 

Disebutkan sebagian ulama : “Barang siapa solat pada malam lailatul qadar solat sunat empat rakaat, setelah fatihah membaca surat at-Takatsur dan surat al-ikhlas 3 kali maka akan dimudahkan baginya sakaratul maut, dan dihilangkan kan azab kubur dan diberikan empat tiang dari nur yang masing-masing diatasnya ada seribu malaikat.” ( Syeikh Daud al-Fathany, Jam`ul Fawaid hal 114) 

Selain memperbanyak amal-amalan tadi, Rasulullah Saw juga menganjurkan berdoa sebagaimana sabdanya dalam satu hadits Rasulullah ditanyakan oleh Siti Aisyah: 

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi SAW: 

“Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: Ucapkanlah: ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku).” (HR. Ahmad, At-Turmudzi, Ibn Majah dan An-Nasai)

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang menakjubkan.


1. Suasana Sejuk di Malam Lailatul Qadar. 

Saat malam Lailatul Qadar, udara terasa sejuk. Tidak panas dan tidak dingin. Suasananya sangat nyaman. Di malam itu tidak ada hawa yang panas maupun terasa dingin.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman, lihat Jaami’ul Ahadits 18/361, shahih).

Suasana memang sangat sejuk sekali, sehingga terasa nikmat bagi mereka yang beritikaf lalu menemukan satu malam ini. Syaikh Khalid Al-Mushlih hafizhahullah menyatakan bahawa tidak ada tanda khusus jika seseorang telah mendapatkan Lailatul Qadar.

2. Suasana terasa sangat tenang 

Saat tiba malam lailatul Qadar, suasana terasa sangat tenang. Tidak ada kebisingan. Semuanya terasa amat tenteram dan nyaman. Inilah malam yang terasa sangat khidmat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dalam surat Al Qadar ayat 4 dijelaskan “Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril”.

Banyak malaikat yang akan turun pada malam Lailatul Qadar, kerana banyaknya keberkahan di malam Lailatul tersebut. Turunnya malaikat ke dunia untuk menandakan turunnya berkah dan rahmat.

Seperti halnya ketika malaikat turun saat ada yang membacakan Alqur’an, sebagaimana mereka akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam sebuah majlis zikir. Seperti itu juga malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu, kerana malaikat sangat mengagungkan mereka.

Suasana pada malam itu memang sangat tenang sekali, tak ada suara kicau burung atau binatang lain pada malam itu. Semua tumbuhan di dunia ini bersujud kepada Allah.swt pada malam itu.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,”Barang siapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan redha dari Allah.swt, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.” (HR. Bukhari)

3. Langit tampak cerah. 

Langit tampak terang dan terlihat indah. Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa sinar yang terang dan panas.” (HR. Muslim no. 762)

Dalam hadist lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang.” (HR. Ibnu Hibban).

Ibnu Katsir menjalaskan dalam kitab tafsirnya, bahawa catatan takdir di lauhul mahfudh dalam setahun akan diperincikan pada malam lailatul qadar, juga akan dicatat ketentuan ajal dan rezekii.

Perlu diingat juga, keterangan dari Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahwa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah.swt. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan pada malaikat dan ia akan mengetahui apa yang akan terjadi, kemudian ia akan melakukan tugas sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah.swt kepadanya.

4. Sinar matahari bersinar dengan lembut 

Di pagi hari setelah malam Lailatul Qadar, sinar matahari bersinar dengan lembut. Dan suasana hari itu pun terlihat cerah. Hal ini seperti diterangkan dalam sebuah hadits, ”Lailatul qadr adalah malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin, matahari pada hari itu bersinar kemerahan lemah.” Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang disahihkan oleh Al Bani.

5. Angin Berhembus Sepoi-sepoi

Pada malam Lailatul Qadar, angin pun berhembus lembut. Ini membuat suasana terasa sangat nyaman. Tidak panas dan juga tidak dingin.

6. Tidak Hujan

Pada malam Lailatul Qadar, tidak terjadi hujan. Saat itu malam terasa begitu syahdu dengan suasana langit yang cerah.

7. Terjadi di 10 Hari Terakhir Ramadhan

Malam Lailatul Qadar terjadi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Hal ini seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169)

8. Tiba di Malam Ganjil

Kedatangan malam Lailatul Qadar lebih mungkin terjadi di malam-malam ganjil bulan Ramadhan. Hal ini seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. 2017)

Semoga perkongsian ini bermanafaat dan semoga Allah mempertemukan kita dengan malam lailatul qadar. Perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini. Amin.

Wallahualam.

Jom Amalkan Diet Rasulullullah Sewaktu Berbuka Dan Bersahur

Diet Rasulullullah Contoh Terbaik Sewaktu Berbuka Dan Bersahur Sepanjang Ramadhan



Mengambil makanan berkhasiat sangat penting terutama dalam pemakanan seharian. Apatah lagi sepanjang Ramadan semua individu perlu memilih menu seimbang terutama ketika berbuka dan bersahur bagi mengekalkan tenaga seharian.

Bagi kanak-kanak yang mula belajar berpuasa pula, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan semua gizi lengkap dalam hidangan berbuka dan bersahur dapat diberikan kepada anak mereka.

Pendapat ini turut dipersetujui Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 32, yang mengakui dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda contoh terbaik untuk semua. Rasulullah SAW seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan diambil agar mendapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.

“Sebab itu ada langkah yang dianjurkan Nabi Muhammad dalam pengambilan makanan ketika berbuka puasa iaitu dimulakan dengan makanan manis iaitu kurma atau tamar kering kerana dari sudut saintifik memang terbukti baik untuk kesihatan. Begitu juga ketika bersahur harus bangun walaupun hanya mengambil segelas air,” katanya. 

Semua ini perlu diajar dan diberi penerangan oleh ibu bapa kerana apa juga ilmu yang disampaikan harus bersama penerangan dan tujuan ia dilakukan. Kini, ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah mengenai pemakanan anak-anak sedangkan pemakanan sangat penting kerana ia akan membentuk pemikiran, peribadi dan fizikal yang sihat. 

Dalam Surah An Nahl ayat 16:114 ada menyebut, “Maka makanlah yang halal lagi thoyyib (baik) daripada rezeki yang diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya menyembah”. 

“Makanan halal di sini bukan saja halal dari sudut Islam tetapi suci, bersih penyediaannya serta sumber yang halal. Dalam kisah Ashabul Kahfi mengenai tujuh pemuda yang tertidur di dalam gua selama 309 tahun, apabila sampai tempoh yang ditetapkan Allah mereka pun dibangunkan. 

“Pemuda itu terjaga kerana lapar dan ketika bangun mereka saling bertanya berapa lama mereka tertidur. Pemuda itu menyangka mereka tertidur sehari atau separuh hari saja tanpa menyedari mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama di dalam gua. 

“Oleh kerana terlalu lapar, sebahagian daripada mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari makanan. Akhirnya mereka memilih pemuda bernama Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.Walaupun dalam keadaan yang cemas dan sukar serta kelaparan, mereka masih berpesan kepada sahabat yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya memilih makanan yang bersih, halal dan berkhasiat,” ceritanya. 

Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya sumber makanan halal dan berkhasiat untuk mendapatkan kembali tenaga. Untuk mendapatkan kembali tenaga pentingnya makanan tambahan. Malah Nabi Muhammad sendiri menjaga kesihatan sepanjang tahun dengan memilih makanan tertentu sebagai amalan. Antaranya madu, habbatus sauda malah susu juga adalah makanan Rasullullah SAW walaupun ia tidak dinyatakan secara khusus. Ketika memelihara kambing Nabi Muhammad turut mengambil susu kambing. 

“Nabi juga menggemari betis kambing namun tidaklah diambil setiap hari. Baginda makan buah-buahan dulu sebelum mengambil makanan lain. Antara buah kegemaran nabi ialah tembikai dan mentimun. Makanan berkhasiat menjadikan tubuh sihat dan bertenaga,” katanya. 

Tambah Asyraf, makanan sihat dan berkhasiat harus mula diberikan oleh ibu bapa ketika anak-anak masih kecil. Mungkin Ramadan adalah masa yang sesuai melatih mereka mengenai makanan berkhasiat. Misalnya dengan memperkenalkan mereka dengan kurma, makanan kaya karbohidrat, protein dan vitamin untuk berbuka puasa dan bersahur serta memastikan si kecil mengambil segelas susu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 

“Ibu bapa boleh memberitahu mengenai kandungan susu yang kaya kalsium dan menjadikan mereka mampu berpuasa sepanjang hari. Menerusi cerita yang disampaikan akan menyebabkan si kecil lebih tertarik untuk mengambil makanan sihat berbanding makanan segera atau ringan. 

“Namun semua ini bergantung kepada ibu bapa kerana merekalah yang akan menunjukkan perilaku terbaik kepada anak,” katanya. 

Ditanya mengenai ganjaran sekiranya si kecil mampu berpuasa penuh ia tidak menjadi masalah. Kanak-kanak sememangnya dilatih untuk menerima ganjaran sekiranya mereka berjaya melakukan sesuatu. Misalnya dalam pertandingan membaca al-Quran, pemenang diberikan hadiah bagi memberikan mereka semangat dan motivasi. Konsep ini boleh diterapkan ketika berpuasa. 

“Hadiah berupa ganjaran ini adalah permulaan yang menyeronokkan. Jika mereka berjaya puasa, apa salahnya berikan sesuatu supaya dengan cara ini dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak seterusnya menjadi pendorong untuk mereka berusaha dengan lebih kuat,” katanya.

Iklan Berbayar 

p/s Anda juga boleh mencuba Set Ramadan Shaklee untuk membekalkan tenaga berterusan dan mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa di Bulan Ramadan.

Kelebihan Set Ramadhan ini ialah ia dapat disediakan secepat 1 minit sahaja dan sesuai untuk anda yang sangat ringkas dan sibuk.

Jom dapatkan segera Set Ramadhan Shaklee. 


Untuk Order Produk Di Atas, anda bolehlah menghubungi Salina (013-278 3475), anda akan di konsult secara percuma. Terima kasih.

Kredit/Sumber: MyMetro

Cari Redha Allah Bukan Redha Manusia

Cari Rheda Allah Bukan Redha Manusia


Tazkirah...

Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.



Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, "Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda." Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.

Kitab Mukasyafatul Qulub, karya Imam Al-Ghazali

Ahbab Darulhasani

Selamat beramal.

Dikongsi Oleh: Ustaz Nizam SKPP

10 Perkara yang membatalkan puasa

10 perkara yang membatalkan puasa. 


10 Perkara yang membatalkan puasa
10 Perkara yang membatalkan puasa

Pertama
Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan. Termasuk perkara ini ialah : 

1. Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung. 

2. Suntikan makanan atau menambah vitamin. 

Kedua
Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

Ketiga
Memuntahkan makanan dengan sengaja.

Keempat
Jimak (Bersetubuh)

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: 
Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. 

Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelima
Keluar Mani dengan sengaja.

Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Keenam dan Ketujuh 
Keluar darah Haid dan Nifas . 

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة 


Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari) 

Kelapan 
Gila. 

Kesembilan 
Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan. 

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ 

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217] 

Kesepuluh 
Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .

SOAL-JAWAB PERKARA YANG MENJADI KEMUSYKILAN.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa? 

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. - Muntah dengan sengaja - Mengeluarkan air mani - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita - Menjadi gila - Pitam sepanjang hari - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini? 

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk di atas). Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang? 

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan di atas) 

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa? 

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa. 

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE