6 Penyakit Akhir Zaman

6 Penyakit Akhir Zaman






PADA akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.

Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.

Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.

Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).

Dua penyakit dikatakan itu ialah;

Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.

Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.


Ramai anak muda kini lebih mementingkan keseronokkan tanpa mengetahui halal dan haram.

Malangnya umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi SAW kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni.

Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah SAW sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.

Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.


Peperangan banyak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.

Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:

Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].

Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga - [Riwayat Bukhari].

Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah.

Kredit/Sumber: mstar.com.my

Adakah Wabak Covic-19 Antara Tanda Akhir Zaman?

Wabak Penyakit Tanda Akhir Zaman

Mutakhir ini, kita dapat melihat bukti kekuasaan Allah dengan tersebarnya koronavirus yang berpunca daripada kejahatan tangan-tangan manusia yang membuat kerosakan di atas muka bumi.



Ia terjadi kerana mereka tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan Allah kepada kita.


Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Tanda akhir zaman

Baginda Rasulullah juga telah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak. Sabda baginda Rasulullah: Dari 'Auf bin Malik RA berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW ketika terjadi perang Tabuk dan baginda sedang berada di dalam sebuah khemah yang terbuat dari kulit. Lalu baginda bersabda: Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:

1. Kematianku

2. Pembebasan Baitulmaqdis (dalam riwayat lain: pemakmuran Baitulmaqdis)

3. Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba

4. Melimpahnya harta benda sehingga ada lelaki yang diberi seratus dinar namun masih marah (kerana merasa kurang)

5. Timbulnya fitnah sehingga tidak ada satu pun rumah orang Arab (dalam riwayat lain: rumah orang Islam) melainkan ia akan memasukinya

6. Akhir sekali perjanjian yang akan berlaku antara kamu sekalian dan bangsa kulit kuning (Bani al-Asfar iaitu Rom), lalu mereka akan mengkhianati perjanjian tersebut dan mereka akan datang menghadapi kalian di bawah lapan puluh (80) panji-panji perang, di bawah setiap panji pula terdiri daripada dua belas ribu (12,000) tentera. - [HR al-Bukhari 2940].

Punca tersebarnya penyakit

Baginda Rasulullah pernah menyebut di dalam sebuah hadis mengenai azab yang Allah akan turunkan kepada umat manusia jika kita melakukan kerosakan itu.

Sabda Rasulullah: Wahai sekalian kaum Muhajirin, ada lima hal yang jika kalian terjatuh ke dalamnya, dan aku berlindung kepada Allah supaya kalian tidak menjumpainya.

1. Tidaklah nampak zina di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.

2. Tidaklah mereka menipu dalam timbangan kecuali akan ditimpa dengan kemarau berpanjangan serta kezaliman penguasa atas mereka.

3. Tidaklah mereka menahan zakat (tidak membayarnya) kecuali hujan dari langit akan ditahan dari turun ke atas mereka, dan sekiranya bukan kerana haiwan-haiwan (yang sentiasa berzikir kepada Allah), nescaya manusia tidak akan diberikan hujan.

4. Tidaklah mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka dari kalangan orang kafir berkuasa atas mereka, lalu musuh tersebut mengambil sebahagian apa yang mereka miliki.

5. Dan selama pemimpin-pemimpin mereka (kaum muslimin) tidak berhukum dengan Kitabullah (al-Quran) dan mengambil yang terbaik dari apa-apa yang diturunkan oleh Allah (syariat Islam), melainkan Allah akan menjadikan permusuhan di antara mereka.” - [HR Ibnu Majah 4009].

Justeru, musibah menerusi penyakit ialah sesuatu wabak dan penyakit yang membahayakan tidak ada sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah.

Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 107: Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya.

Antara yang nabi anjurkan ketika berlakunya wabak dan penyakit berjangkit ini ialah bersabar atas ujian Allah serta tidak keluar daripada tempat wabak penyakit.

Sabda Rasulullah: Dari Aisyah berkata; "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid". - [HR Bukhari 3215]2.

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita supaya kita sentiasa berdoa kepada Allah agar terhindar daripada segala penyakit dan wabak.

Antara doa yang boleh kita amalkan ialah: Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ia dibaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh.

Dan barang siapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” - [HR Abu Daud 5088]

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. - [HR Abu Daud 1554].

Semoga Allah sentiasa memelihara kita di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan segala penyakit dan sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan damai.

Wallahualam

Sumber/Kredit: mstar.com.my

Doa Memohon Perlindungan Dari Penyakit Covid-19


Kredit/Sumber: facebook.com/SINARdotmy

Rasulullah merindui umat akhir zaman

Rasulullah merindui umat akhir zaman


"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-
saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku
berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci.

Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih- Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain.

Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah. Selawat & salam buat junjungan mulia Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10 kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah
mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “ Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ujarnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua?

Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Fadilat Selawat 

untuk renungan Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sumber: Kisah-Kisah NABI Muhammad SAW

Solat Subuh Yang Terakhir

Solat Subuh Yang Terakhir

Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar.

Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai “Armagedon” ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat.

Solat, Subuh, Masjid Akbar New Delhi
Gambar Hiasan (Solat Subuh di Masjid Akbar New Delhi)

Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh sebanyak 70.000 orang. Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as. Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.

Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .

Pada masa yg sama di luar sana 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yg suci. Beliau ialah Nabi Isa a.s . Nabi Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid [ sesetengah perpendapat Nabi Isa a.s turun di Masjid Ummayad, Damascus Syria ]di mana Imam Mahdi r.a dan kaum muslimin bersolat subuh.

Turunnya Nabi Isa a.s untuk membuat perhitungan yg terakhir . Inilah detik terpadamnya fitnah yg menguasai manusia berabad – abad lamanya. Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya yang telah sesat. Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .

Di dlm sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila dia mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.

Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua tersenyum dan suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira. Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin. Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia. Tanpa berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh Itulah subuh yg terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yg fana ini.

Imam Mahdi yg berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya . Dlm hal ini Rasulullah saw mengulas dlm satu hadisnya …. “perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini”.

Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan nabi Isa a.s serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu di buka ,setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah Si Mata Satu [Dajjal Al-Masih].

bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang tantinum yg bersalut emas dan mereka semua bertongga kaum Yahudi ketika itu berjumlah seramai 70,000 tentera belum lagi termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yg terpedaya dan mengikuti dajjal.

Bala tentera Dajjal
Bala tentera Dajjal (gambar Hiasan)

Nabi Isa yg berumur 33 tahun itu maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya, apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya . Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal menjadi cair.

Maka kelihatanlah jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yg sesat tersihir terkejut melihat perubahan tuhannya(dajjal) itu maka mereka tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri. Sesungguhnya tuhan yg diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.

Seperti maksud drp potongan hadis, "kemudian ia (Nabi Isa a.s) pergi menuju mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa….."

Dajjal sangat mengenal manusia yg berdiri di hadapannya itu, sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya sudah sampai, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yg baru diperolehi itu drp manusia.

Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di dapati musuhnya sudah ada di hadapan nya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sesampai di sana alangkah terkejutnya buat ke dua kalinya, Nabi Isa a.s sudah ada di hadapannya.

Haikal Sulaiman-Istana Dajjal, Israel
Haikal Sulaiman-Istana Dajjal di Israel yg bakal dibina [gambar Ilustrasi]

Sesungguhnya pada ketika ini ia merasa dekatnya ajal, dajjal tidak berputus asa lalu dia lari ke arah negaranya iaitu Israil, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, Dia melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.

Nabi Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal dan seterusnya lembing itu menusuk tepat ke dada dajjal dan serta merta dajjal pun mati,maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman. Nabi Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yg dibasahi darah dajjal. Seperti yg diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya ….. “akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya”

Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu , mereka ketakutan kerana tuhannya dajjal sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka.

Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan menghabiskan semua kaum yahudi zionis di muka bumi yg berabad mencengkam dunia.

Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi bahkan termasuklah pokok –pokok dan batu-batu. sekiranya mereka bersembunyi dibelakang pokok-pokok atau batu-batu. Pokok -pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap “Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia ! lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yg bersembunyi itu. Seperti yang diceritakan pada suatu hadis yang maksudnya ” Hai Muslim,hai hamba Allah, hai orang yg bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia ” hadis yang lain menyebut ”…. sehingga pohon dan batu-batun memanggil ” wahai roh Allah di sini ada Yahudi ” maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yg tidak di bunuh oleh Isa “.

Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:78
Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:78

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh".

- Seperti pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yg kita lihat sekarang ini dan telah terkandung dlm surah Al-Mai'dah di atas sebagai bukti sahih.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia,” kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi” (HR. Bukhari dan Muslim).


Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:41
Surah Al-Mai'dah -Ayat 5:41

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar".

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW. Sama juga halnya dgn Nabi Khidir a.s., para malaikat, para ambia dan iblis yang ditangguhkan kematian sehingga qiamat nanti..

Kisah Tentang Dajjal Dan Hari Kiamat

Kisah Dajjal Dan Hari Kiamat

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; “Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. 

Jawab Rasullullah; “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya .Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”.


Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, 

Jawab Rasullullah : “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya.

Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. 

Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka.Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan.

Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam.Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. 

Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal.

Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal.Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. “Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut.

Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; “Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. 

Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.

Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; “Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

" (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan, dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran."

(Al-Waqiah ayat 4-6 )

Wallahualam.
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE