Ubai Mati Di Tangan Nabi Muhammad SAW

Manusia Yang Mati Di Tangan Nabi Muhammad SAW

Kisah Ubai bin khalaf seorang yang nyata kekafirannya berazam untuk bunuh Nabi SAW. Dia membela seekor kuda dan memberinya cukup makan untuk dibawa ke medan perang.


Semasa beliau melihat Nabi SAW dalam perang Uhud, beliau telah ternampak Nabi SAW dan ingin membunuhnya. Nabi SAW melarang para sahabat untuk membunuh Ubai dan membiarkan Ubai bin Khalaf datang kepada Nabi SAW.

Semasa dia hampir kepada Nabi SAW, Nabi SAW telah mengambil lembing daripada salah seorang sahabat dan melemparnya kepada Ubai menyebabkan leher Ubai bin Khalaf sedikit luka.. Ubai bin Khalaf menjerit (dikatakan jeritan beliau seperti seekor lembu jantan) kerana Nabi SAW telah membunuhnya.

Tentera kafir menenangkannya dan mengatakan ini hanya luka kecil. Abu Sufian telah mengejeknya dengan berkata "Kamu menjerit begitu kuat sekali kerana luka yang sedikit?" Ubai berkata,, "Kamu tahukah pukulan siapakah ini? Ini adalah pukulan Muhammad. Demi Latta Wal Uzza, kesakitan yang aku alami ini begitu dahsyat. Sekiranya kesakitan ini dibahagikan kepada penduduk Hijaz (Tanah Arab) maka semuanya akan binasa.

Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku SUDAH YAKIN bahawa aku tidak akan terlepas daripadanya. Setelah Muhammad berkata demikian, jika Muhammad meludahi aku sekalipun nescaya aku akan MATI!!"

Cuba kita lihat kisah ni. Orang kafir yang jelas kekafirannya pun YAKIN dengan apa yang Nabi SAW cakap. Cuba kita renung diri kita..berapa banyak sunnah Rasulullah SAW yang kita ikut. Kita kata kita cintakan Rasulullah SAW tapi sunnahnya??

....dan akhirnya dia mati dalam perjalanannya pulang ke Kota Makkah.

Mengenai Ubai bin Khalaf ini ada hadith yang menyebutkan namanya secara jelas:

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ ، حَدَّثَنِي كَعْبُ بْنُ عَلْقَمَةَ ، عَنْ عِيسَى بْنِ هِلَالٍ الصَّدَفِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ ذَكَرَ الصَّلَاةَ يَوْمًا ، فَقَالَ : مَنْ حَافَظَ عَلَيْهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا وَبُرْهَانًا وَنَجَاةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ لَمْ يُحَافِظْ عَلَيْهَا لَمْ يَكُنْ لَهُ نُورٌ وَلَا بُرْهَانٌ وَلَا نَجَاةٌ ، وَكَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ قَارُونَ ، وَفِرْعَوْنَ ، وَهَامَانَ ، وَأُبَيِّ بْنِ خَلَفٍ

Daripada Abdullah bin Amr daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda menyebut (tentang) solat pada suatu hari, lalu Baginda bersabda:

"Barangsiapa yang memeliharanya (solat), adalah baginya cahaya, bukti dan penyelamat (pada) Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang tidak memeliharanya, tiadalah baginya cahaya, bukti dan penyelamat. Dan adalah dia (pada) Hari Kiamat bersama Qarun, Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

[Ahmad (6576 - Al-Arna'uth); Kata Syaikh al-Arna'uth: Isnadnya hasan.]

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Nabi SAW adalah manusia yang paling sempurna dalam keberanian yang amat diperlukan bagi seseorang pemimpin perang. Baginda tidak pernah membunuh seorangpun dengan tangan baginda sendiri melainkan Ubai bin Khalaf, yang dibunuh baginda dalam peperangan Uhud yang baginda tidak pernah membunuh seorang lain sebelum atau selepasnya sama sekali.” (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada Ibn Mas’ud:

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling dahsyad diazab pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang dibunuh oleh Nabi atau membunuh seorang Nabi, pemimpin kesesatan dan pembuat berhala.” (HR Ahmad dan dinilai Hasan oleh al-Arnaut)

Wallahualam.

Kredit/Sumber: FB Surau Al Muttaqin Putrajaya 5r6, bin-sahak.blogspot.com

Asy-Syaima Saudara Susuan Rasulullah

 Asy-Syaima Saudara Susuan Rasulullah
Gambar Hiasan

ASY-SYAIMA atau nama sebenarnya Khadzzamah atau Hadzafah ialah anak perempuan Halimatus as-Sadiah. Halimatus as-Sadiah ialah ibu susuan Nabi Muhammad.

Asy Syaima turut menjaga dan mengasuh Nabi Muhammad semasa kecil. Dia dan Nabi Muhammad adalah saudara susuan. Dia selalu membantu ibunya menjaga Nabi Muhammad.

Semasa umur Nabi Muhammad dua tahun, Halimah dikehendaki menghantar Nabi Muhammad kepada ibunya, Aminah. Namun selepas mendapat persetujuan Aminah, Halimah dapat membawa pulang Nabi Muhammad dan terus menjaganya sehingga berusia lima tahun.

Nabi Muhammad suka bermain bersama-sama anak-anak Halimah. Halimah mempunyai tiga orang anak iaitu Abdullah, Anisah dan Asy-Syaima. Halimah ada menggembala kambing. Sejak Nabi Muhammad tinggal dengannya kambing-kambingnya mengeluarkan hasil yang banyak.

Semasa Halimah mengawal kambing-kambingnya, Nabi Muhammad akan diawasi dan dijaga oleh Asy-Syaima.

"Mari ke sini Muhammad. Kakak akan bawa awak bermain di sana," kata Asy-Syaima sambil mendukung Muhammad yang masih kecil.

Asy-Syaima sering membantu ibunya menjaga Nabi Muhammad. Dia akan memastikan Nabi Muhammad berada dalam keadaan baik. Dia selalu bermain-main dengan Nabi Muhammad. Jika Nabi Muhammad berlari, dia akan mengejarnya. Jika Nabi Muhammad nampak keletihan, dia akan mendukung Nabi Muhammad.

"Jangan main panas," ujar Halimah menasihat Asy-Syaima dan Nabi Muhammad.

"Baik, saya akan jaga Muhammad elok-elok," kata Asy-Syaima kepada ibunya.

"Muhammad mari kita main di bawah pokok sana," ajak Asy-Syaima.

Nabi Muhammad segera menuruti pelawaan Asy-Syaima. Mereka bermain di bawah pokok. Sedang asyik mereka bermain, Asy-Syaima pun menyanyikan satu lagu untuk Nabi Muhammad.

Lagu itu berbunyi, "Wahai tuhan kami, biarkan Muhammad bersama kami sehingga saya dapat melihat Muhammad meningkat remaja dan menjadi seorang pemuda. Seterusnya saya dapat melihat dia menjadi pemimpin yang terhormat dan disegani. Binasakan musuh-musuh dan orang yang selalu dengki kepadanya. Berilah dia kekuatan dan kemuliaan yang abadi".

Ungkapan-ungkapan Asy-Syaima itu akhirnya menjadi kenyataan. Pada suatu hari, Halimah sibuk membuat kerjanya. Dia terlupa melihat tempat Nabi Muhammad bermain.

Pada hari itu cuaca sangat panas. Jenuh Halimah mencari Nabi Muhammad disekeliling rumahnya tetapi tidak jumpa.

"Ke manakah agaknya Muhammad ini?" bisik Halimah sendirian.

Kemudian Halimah teringat Asy-Syaima sering bermain dengan Nabi Muhammad. Dia segera mendapatkan anak-anaknya itu. Dia pergi ke tempat permainan yang biasa mereka main.

"Di sinikah kamu berdua. Hari ini panas terik. Mengapakah kamu biarkan Muhammad bermain di tengah panas?" tanya Halimah kepada anak perempuannya itu.

Asy-Syaima lantas menjawab, "Muhammad tidak pernah terkena panas matahari. Saya selalu mengikutinya dan lihat ada sekelompok awan yang melindunginya. Apabila Muhammad berlari, awan itu juga turut bergerak pantas. Apabila Muhammad berhenti, awan itu juga berhenti".

Halimah terkejut mendengar cerita anak perempuannya itu. Dia seperti tidak percaya dengan cerita anaknya itu.

Lalu Halimah pun bertanya, "Benarkah? Atau kamu sengaja membuat cerita supaya kamu tidak dimarahi oleh ibu".

"Benar ibu. Saya berkata benar," jawab Asy-Syaima.

Halimah menjadi hairan. Dia melihat wajah Nabi Muhammad. Kejadian itu adalah satu peristiwa aneh yang berlaku ke atas Nabi Muhammad. Dia dapat merasakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang anak yang baik.

Kemudian Halimah berkata sendirian, "Dahulu semasa mula-mula saya bawa Muhammad ke perkampungan ini, semua kambing peliharaan saya menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak.

"Pada hal waktu itu tempat ini mengalami musim kemarau yang panjang. Pada hari ini pula satu lagi kejadian aneh berlaku kepada Muhammad. Muhammad memang anak yang baik dan teristimewa".

Selama lima tahun Nabi Muhammad diasuh dan dijaga oleh Halimah dan dibantu oleh Asy-Syaima. Mereka hidup dengan aman dan bahagia. Asy-Syaima dan keluarganya sangat dihormati dan dicintai oleh Nabi Muhammad.

Kredit/Sumber: Utusan Online

Cintai Rasullullah SAW

NABI MUHAMMAD SAW

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). 
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  • Qasim
  • Abdullah
  • Ibrahim
  • Zainab
  • Ruqaiyah
  • Ummi Kalthum
  • Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW:

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

  • Thuwaibah
  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

  • Halimah Al-Saidiyyah
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  • Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  • ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

  • Al-Harith
  • Muqawwam
  • Zubair
  • Hamzah ***
  • Al-Abbas ***
  • Abu Talib
  • Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  • Abdul Ka ' bah
  • Hijl
  • Dhirar
  • Umaimah
  • Al-Bidha (Ummu Hakim)
  • Atiqah ##
  • Arwa ##
  • Umaimah
  • Barrah
  • Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia Agung

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  1. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW
  2. Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  3. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  4. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  5. Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  6. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  7. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  8. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  9. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  10. Wajahnya seperti bulan purnama.
  11. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  12. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  13. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  14. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  15. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  16. Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  17. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  18. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  19. Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  20. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  21. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  22. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  23. Rambutnya sedikit ikal.
  24. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  25. Rambutnya terbelah di tengah.
  26. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  27. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  28. Seimbang antara kedua bahunya.
  29. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  30. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  31. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  32. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  33. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  34. Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  35. Warna putihnya lebih banyak.
  36. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  37. Warna kulitnya putih tapi sihat.

Kelebihan Berselawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

selawat, Nabi Muhammad
Selawat Jenis Pendek


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW 

‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).


Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.


Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.” 

Jenis-Jenis Selawat 

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

Kelebihan SELAWAT menurut hadis-hadis Rasulullah SAW:

1. Diampunkan dosa-dosanya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api."


Dari Zaid bin Rafi' Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa membaca selawat 100 kali untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang berselawat ke atasku pada tiap-tiap hari Jumaat 40 kali, dihapuskan oleh Allah SWT akan segala dosanya."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa daripada air dingin terhadap api dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak (hamba)."

2) Diterima amalan / yang paling utama
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."

3) Didoakan oleh Malaikat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku kerana mengagungkan aku, maka Allah Taala menciptakan dari selawat itu satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayap di timur, satu sayap dibarat, sedang dua kakinya di bawah bumi ke tujuh dan lehernya sampai ke Arasy dan Allah berfirman kepada Malaikat itu: "Bacalah selawat untuk hamba-Ku ini, sebagaimana dia telah membaca selawat Nabi-Ku Muhammad SAW, maka Malaikat itu pun membaca selawat (memohon kesejahteraan) untuknya (orang yang berselawat) sampai hari kiamat." 

4) Tidak dapat lihat pahala, jika tidak berselawat
Dari Said, Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi SAW, kecuali akan mendapat kerugian, meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka."

5) Terselamat dari kejutan kiamat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa yang membaca selawat untukku 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, maka Allah mengamankannya dari kejutan yang maha besar pada hari kiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan para siddiqin di dalam syurga."

6) Bersama Rasulullah SAW di dalam syurga
Dari Anas r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sunnahku maka sesungguhnya dia cinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sesuatu, maka dia banyak menyebut-nyebutnya."

Dari Ibnu Abbas, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa berpegang pada sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid."

7) Ikan berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di balik Gunung Qaf dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu, maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu."

8) Dapat syafaat Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Brangsiapa yang membaca selawat yang ertinya : "Ya Allah! Limpahkanlah selawat untuk Nabi Muhammad dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau (pada hari kiamat): maka pasti syafaatku di hari kiamat."

9) Mendapat cahaya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka."

10) Sembahyang diterima
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawat untukku."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa mengerjakan sembahyang dengan sungguh-sungguh tetapi tidak membaca selawat di dalam sembahyang itu untukku dan untuk keluargaku, maka sembahyangnya tidak diterima."

11) Terlepas dari sifat munafik
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Taala memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali, maka Allah memberinya 100 kali selawat dan barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebas dari neraka, bahkan di hari kiamat Allah Taala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mereka yang mati syahid."

12) Tidak terpisah sehingga, diampunkan dosa
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiadalah dua orang Islam berjumpa kemudian berjabat tangan serta membaca selawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, baik yang terdahulu mahupun yang kemudian dari sebab kemuliaan Allah Taala.

13) Rasulullah SAW tahu siapa yang berselawat
Dari Abu Hurairah dan Amar bin Yasir r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan satu malaikat dan telah memberinya kemampuan mendengar semua makhluk sedang ia selalu berdiri di atas kuburku sampai hari kiamat: maka tidak seorang dari umatku yang membaca selawat untukku, kecuali dia (malaikat) itu menyebutkan namanya dan nama ayahnya, serta berkata; Hai Muhammad! Sesungguhnya fulan bin fulan membaca selawat untukmu!"

14) Lupa jalan ke syurga jika tidak berselawat
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang lupa membaca untukku maka dia lupa jalannya ke syurga."

15) Masuk neraka jika tidak berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang disebutkan namaku di hadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka."

16) Tidak akan fakir
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500 kali, maka dia tidak akan fakir."

17) Menjadi Sinar
Dari Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku, kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat."

18) Dapat ramai isteri
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa di antara kamu yang paling banyak selawatnya untukku, maka dia itulah yang paling ramai isterinya (bidadari) di syurga (kelak)."

19) Bercahaya di atas titian Mustaqim
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Orang yang membaca selawat untukku baginya cahaya di atas Titian Mustaqim, mereka yang memiliki cahaya, maka dia tidak termasuk penghuni neraka."

20) Mendapat apa yang dihajati
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sungguh Allah Taala itu mempunyai para malaikat yang selalu berjalan dimuka bumi serta menyampaikan salam dari umatku, maka apabila ada seorang yang membaca selawat untukku dalam 1hari 100 kali, maka Allah Taala mengkabulkan seratus hajatnya, 70 dari hajat itu untuk akhirat dan 30 lagi untuk dunia."

Wallahualam.

Pemakaian Nabi Muhammad SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam walaupun sebagai pemimpin dunia yang suci dan agung, namun Baginda begitu bersederhana dalam cara pemakaian dan kehidupan bagi seorang insan yang bergelar…Rasulullah 

Pakaian 

Menyukai warna hijau dan putih. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin. 

Pakaian yang paling digemari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘qamis;. Baginda juga menyukai kain ‘Hibarah’ iaitu kain keluaran Yaman yang terbuat dari kapas. 

Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat. Bagindìa sering memakai kain sarung, Qithri (selindang) dan penutup badan samada baju kemeja (qamish) atau jubah. Semua pakaian Baginda tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis. Kemeja mengenakan kancing baju. 

Kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Baginda mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut itu saja. 

Baginda juga memakai kain bertampal seperti cara pakaian para hamba. Adakalanya memakai kain sehelai/sarung yang tiada kain lain di atasnya. Kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. 

Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian. Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk Baginda setiap kali berpindah tempat duduk. 

Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang. Terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam. Kadangkala mengerjakan solat memakai ‘syamlah’ (kain bulu hitam). 

Semasa memakai pakaian baginda berdoa:- “Alhamdulillaahilladzii kasaanii maa uwaarii bihi auratii wa atajammalu bihi fin-naas (Segala pujian bagi Allah yang menganugerahkan kepadaku pakaian yang dengan pakaian itu aku menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia)”. 

Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya. Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda – diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati. 

Cincin 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai cincin dijari manis dan kelingking. Baginda tidak pernan memakai cincin di ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. 

Cincin Baginda diperbuat dari perak manakala permatanya dari Abessina (Habsyi). Ukiran yang tertera di cincin Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah ‘Muhammad’ satu baris, ‘Rasul’ satu baris, dan ‘Allah’ satu baris. Sesungguhnya apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam masuk ke jamban, maka ia melepaskan cincinnya. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. 

Baginda mengchopkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda. 

Serban 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai ‘qalansuah’ (kupiah); dengan atau tanpa serban. Dalam urusan rasmi Baginda sering memakai serban berwarna hitam. 

Mempunyai serban as-sahab (awan) yang kemudiannya diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda. 

Khuf 

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menerima hadiah sepasang khuf hitam pekat dari an-Najasyi. Iaitu setokin yang diperbuat dari kulit nipis yang dipakai di musim sejuk. Ketika memakai khuf, Baginda berwuduk hanya dengan menyapu keduanya (yakni tidak membasuh kaki). 

Sandal 

Sandal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diperbuat daripada kulit dan mempunyai tali qibal dikedua-dua belahnya. Baginda sering memakai sandal dengan memulainya dari yang sebelah kanan dan bila ia melepaskannya, bermula dari yang sebelah kiri. 

Senjata 

Nama pedang perang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Zulfaqar. Lain-lain pedang: Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak. 

Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur. Lain-lain Barangan Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak yang diisikan kulit kayu kurma yang halus. 

Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal. Baginda tidur di atas tikar yang dibawahnya tiada suatupun yang lain. Nama bendera Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam a: Al-‘Uqab. Nama untanya: Al-‘Udl-ba, nama kudanya: Al-Duldul, nama kaldainya: Ya’fur. nama kambingnya: ‘Ainah. 

Baginda mempunyai tempat bersuci dari tembikar, yang beliau berwuduk padanya dan meminum daripadanya. Maka orang banyak menghantar anak-anaknya yang kecil yang telah berakal. Lalu mereka itu masuk ke tempat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka itu tiada ditolak untuk masuk ke tempat beliau. 

Apabila anak-anak itu mendapat air pada tempat bersuci tadi, lalu mereka minum. Dan menyapu mukanya dan tubuhnya dengan air tersebut. Mereka itu mencari barakah dengan yang demikian. والله أعلم بالصواب (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Please Subscribe my youtube channel. Tq.

Translate

CLOSE