Home » , , , , , , , » Khanaz Anak Syaitan

Khanaz Anak Syaitan

Anak Syaitan Bernama Khanaz


Di awal Nabi Adam dan Hawa di turunkan ke Bumi., syaitan laknatullah yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam, memikirkan bagaimana cara hendak menganggu kacau anak cucu Adam dari patuh dengan suruhan Allah. 


Suatu hari ibu syaitan laknatullah duduk berfikir "macam mana aku hendak kenakan anak cucu Adam"....dan tiba-tiba dia nampak anak dia yang bernama khanaz. lalu di panggilnya "khanaz ....mari sini ikut mak...". 

Lalu dia pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggallah Hawa keseorangan di rumah, tiba-tiba, pintu rumah diketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." ibu syaitan laknatullah menjawab "Tolong jagakan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik".

Hawa yang tidak mengetahui apa-apa muslihat ibu syaitan laknatullah, sedia memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berfikir dan " Ini mesti anak syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...".

"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama berfikir "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi-isi dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila ibunya datang biar dia nampak dan tahu anaknya sudah tiada...".

Keesokkan pagi harinya ibu syaitan laknatullah itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja. "Mana anak aku..."Tanya ibu syaitan pada Hawa. Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan. 

"anak kamu........Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan laknatullah... lalu sudah kami kerat-kerat anak kamu dan kami gantungkan dagingnya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa. 

"Oh...ia ke?..."jawab ibu syaitan laknatullah dengan nada yang tidak risau. Kemudian ibu syaitan laknatullah meneriak memanggil anaknya "Khanazzzzz....!!!" 

Tiba-tiba daging-daging khanaz laknatullah yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi khanaz laknatullah kembali dan ibu syaitan laknatullah masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan khanaz lakantullah dan dia berpesan akan kembali lagi esok hari nya. 

Apabila Adam pulang dan terlihatlah anak syaitan laknatullah yang bernama khanaz laknatullah itu lagi dan bertanyakan pada Hawa kenapa anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerang apa yang berlaku. 

"Kita tak boleh biarkan usaha syaitan laknatullah untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita lakukan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak syaitan laknatullah ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut dan ibunya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam. 

Keesokan paginya datang lah lagi ibu syaitan laknatullah ini bertanyakan khanaz laknatullah. ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya ibu syaitan laknatullah. "Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!" jawab Hawa. 

"Oh ia ke? Kata ibu sayitan laknatullah lalu meneriak mamanggil "khanaz laknatullah!!!"...kemudian bercantumlah kembali daging khanaz laknatullah dari abu dan menjadi Khanaz laknatullah kembali. Kemudian di serahkankan kembali pada Hawa untuk menjaga khanaz laknatullah. 

Apabila Adam pulang, mendapati anak syaitan laknatullah itu masih berada di rumahnya. "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini sajalah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam. 

Keesokan pagi, datanglah lagi ibu syaitan laknatullah bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya ibu syaitan laknatullah.  "anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya ibu syaitan laknatullah. 

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Ia ke...? Lalu ibu syaitan laknatullah memanggil anaknya" khanaz!!!" "ia mak...." jawab khanaz laknatullah dari dalam badan Hawa.. Bagus anakku..kamu duduk sana , jangan keluar-keluar. Arah ibu syaitan laknatullah pada khanaz laknatullah. 

Itulah cerita dia kawan-kawan...duduklah khanaz laknatullah dalam tubuh badan manusia sehinggá Hari Kiamat.

Tugas Syaitan Khanaz

  • Bila kita makan ia(laknatullah) pun makan, kita minum ia(laknatullah) pun minum. 
  • Apa aktiviti kita buat dia(laknatullah)akan menyertai JIKA KITA TIDAK MEMBACA BISMILLAH. 
  • Bila kita solat dia(laknatullah) akan berusaha supaya kita was-was, itulah mana yang sedang solat, tiba-tiba tidak ingat berapa rakaat sudah disolatkan. 
  • Buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyakkan dengan BERISTAGAFAR... 
  • khanaz laknatullah akan belari / bermain dalam darah kita...ubatnya...banyakkan Zikir... 
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari khanaz laknatullah ini. Sabda Rasulullah S.A.W., setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa., sekurang-sekurangnya BISMILLAH dan khanaz laknatullah akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus apabila kita memulakan dengan membaca Bismillah sebelum makan. 

Bagaimana syaitan laknatullah yang tidak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.. Surah An Nas jua menceritakan hal syaitan laknatullah bernama khanaz laknatullah yang sentiasa membuat kita merasa was-was. 

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah S.W.T., BISMILLAH. 

Walllahualam....

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment