Home » , , , , , , » Abdullah bin Mubarak batalkan Ibadah Haji kerana selamatkan wanita

Abdullah bin Mubarak batalkan Ibadah Haji kerana selamatkan wanita

Abdullah bin mubarak Tidak Jadi Pergi Haji Kerana Menyelamatkan Wanita
Gambar hiasah: Kaabah, Mekah
Abdullah bin Mubarak atau nama penuhnya Abu Abdurrahman Abdullah bin Mubarak al-Hanzhali al-Marwazi lahir pada tahun 118 H/736 M. Ayahnya orang Turki yang bekerja kepada pedagang dari Bani Handzalah dan ibunya orang Turki dari suku Khawarizmi. Selain dikenal sebagai ahli hadis, beliau juga seorang yang  zahid yang dermawan.

Suatu hari, dalam perjalanan menuju ke Baitullah untuk menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Mubarak singgah di kota Kufah. Tiba-tiba beliau terlihat seorang wanita memungut bangkai ayam di tempat pembuangan sampah kemudian mencabuti bulu-bulunya.

Lalu Mubarak bertanya kepada wanita tersebut, “Ini bangkai ayam atau sudah disembelih?”

Si wanita itu menjawab, “Bangkai, dan aku akan memakannya bersama anak-anakku yang kelaparan,” jawabnya jujur.

“Kenapa engkau berani melanggar ketetapan Rasulullah, kerana memakan bangkai tidak dibenarkan dalam Islam?” tanyanya lagi.

Pada awalnya, wanita itu menolak untuk berterus terang. Namun akibat desakan ibnu Mubarak, akhirnya ia menceritakan keadaannya yang menderita selama ini.

“Sudah tiga hari ini, aku dan anak-anakku tidak makan dan aku tidak mendapat sebarang pertolongan daripada sesiapa walaupun aku merayu dan meminta supaya dikasihani. Suamiku sudah meninggal dunia dan aku perlu menyara 4 orang anakku. ” si ibu bercerita dengan sedih.

Mendengar cerita itu, Mubarak segera menuju ke perkhemahannya. Lalu ia menuntun keledai dan segala perbekalan Hajinya ke rumah wanita tadi. Ibnu Mubarak memberikan semua bekalannya sambil berpesan,

“Jangan lagi memakan bangkai yang diharamkan itu,” tuturnya.

Wanita itu hampir tidak percaya dengan apa yang dilakukan ibnu Mubarak. Padahal barang yang diberikan itu adalah bekalan menuju Mekah untuk beribadah di Baitullah. Wanita itu menerima sedekah Mubarak dengan perasaan yang gembira dan penuh rasa syukur.

Ibnu Mubarak lantas menetap di kota itu beberapa waktu lamanya dan pulang ke tanah kelahirannya ketika orang-orang yang naik haji pulang ke negeri masing-masing.

Sebagaimana orang yang pulang dari ibadah haji, beliau disambut oleh sanak saudara dan keluarga. Sesampainya di rumah, keluarga dan para tetangganya berdatangan memberikan ucapan selamat termasuk mereka yang turut menunaikan ibadah haji pada musim itu juga.

Tiba-tiba Mubarak mengatakan kepada tetamu yang ada, “Jangan ucapkan selamat kepadaku, Tahun ini aku tidak pergi menunaikan ibadah haji.”

Namun sebahagian tetamu yang pulang dari Haji berkata “Bukankah engkau memegangkan duitku dan aku ambil kembali ketika kita bertemu di Arafah?”

“Malahan engkau juga memberi minum aku sewaktu kita bertemu di Mekah?” ujar yang lain memberikan pengakuan.

Ibnu Mubarak semakin bingung mendengar ucapan-ucapan para tetamu yang pergi haji. Beberapa kali ibnu Mubarak menyatakan beliau tidak pergi Haji kerana beliau hanya menetap di Kufah setelah kehabisan bekal akibat diberikan kepada seorang wanita yang kelaparan.

Suatu malam, ketika Mubarak tidur, dia bermimpi didatangi Rasullulullah SAW. “Hai ibnu Mubarak, Allah Swt menerima sedekahmu. Kemudian Dia menyuruh seorang Malaikat menyerupaimu untuk menggantikanmu melaksanakan ibadah haji.”

Wallahualam..

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment