Home » , , , , » Perubahan Mayat Semasa Berada Di Dalam Kubur

Perubahan Mayat Semasa Berada Di Dalam Kubur


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan menempuhi beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa daripada malam pertama mayat masuk ke kubur hingga 25 tahun selepasnya.

Malam Pertama
Jasad mula membusuk pada bahagian perut dan kemaluan. Setelah itu, jasad akan mula berubah warna menjadi hijau kehitaman. 

Malam Kedua
Anggota-anggota bahagian tubuh yang lain akan mula membusuk seperti limpa, hati dan paru-paru.

Hari Ketiga
Anggota-anggota bahagian tubuh jasad mengeluarkan bau busuk yang kurang menyenangkan.

Selepas Seminggu
Wajah jasad mula membengkak iaitu kedua-dua matanya, bibir dan pipi.

Setelah 2 Minggu
Rambut pada jasad mulai gugur

Setelah 15 Hari
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun memakan seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan
Jasad hanya tinggal tulang sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itu, jangan sia-siakan hidup kita dan perbanyakkanlah amal ibadat dengan melakukan apa yang disuruh Oleh-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah SAW ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan

”Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Renung-renungkan dan selamat beramal.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

1 comments: